aku masih punya Datuk Saudara. Namanya Tok Jun. Isteri Tok Jun, Nek Su Jah. mereka ada tiga orang anak, Pak Long Hafiz, Pak Ngah dan Mak Su Nadhirah Hani. Pak Long kerja rasanya. Pak Ngah masih belajar di kolej. yang ada di rumah hanya Mak Su.
petang tadi kami berkumpul di rumah Tok Jun. Taman Kosas, Ampang. we are the first to arrive :) mama bawak Mee goreng basah untuk potluck. tak sangka Nek Su Jah pun buat mee juga untuk hidangan petang tadi. ada Mak Su Nadhirah bantu juga kemas apa yang patut.
lepas kami sampai, aku, DJ dan Ecah tolong Nek Su Jah di dapur. hehe, masa ni la nak tunjuk bakat. kalau kat rumah, haram~ (sorry Mama!!)
DJ sendukkan Mee Goreng Mama dalam mangkuk. Aku kupas kulit telur rebus (untuk Mee Kari Nek Su Jah) dan Ecah buat air. dalam setengah jam gitu, Uncle Jamil pun sampai. berdua je ngan Auntie Ani. hehe, Besday 'Boy'.
then kami makan je dulu. tak perlu tunggu orang lain, sebab nk elak tetamu lapar~ (Nek Su Jah yang kata). then, family Uncle Akex, Auntie Fatah dan Mira. Auntie Ijan dan Mikhail. Auntie Cikin dan Uncle Nahar serta Jia. Uncle Yusof, Dek Mat dan Auntie Shikin. Auntie Shikin bawak Makcik Ana (sepupu Baba dan lain2) Then, Auntie Rehan sampai. Last to arrive was Auntie Jah dan Auntie Yati. agak meriah sebab bukan senang nak kumpulkan adik beradik Baba yang perempuan. ada lima semuanya. dan petang tadi, lima-lima ada :)
adik beradik lelaki Baba, yang ada hanya Uncle Jamil, Baba, Uncle Nahar dan Uncle Akex. yang tak ada Uncle Faid and Uncle Halim.
anyways~ kami bincang fasal kenduri anak Tok Jun yang akan di adakan pada bulan Julai nanti. aduh, aku akan jadi MC (sekali lagi). Ecah, memang muka jaga bunga telur :) hehe DJ dan Aminah belum tahu lagi skop tugasanya merangkumi apa. mungkin juga tak sempat mahu sertai. masing-masing sibuk dengan urusan belajar.
Pak Long Hafiz sebaya dengan aku. 27 tahun. masa Mama dalam pantang (Aku), yang turut sama dalam pantang adalah Nek Su Jah (Pak Long Hafiz), Auntie Jah (Ina), Auntie Cikin (Nash), Mak Teh (Yati) dan...
ramai kan? :) ya, kami keluarga besar. Mama ada 10 adik beradik, Baba ada 11.
sekali-sekali berkumpul macam ni, memang seronok!
Saturday, June 18, 2011
impian
semua orang ada impian.
semuanya hidup dalam angan dan cita.
manusia, lahiriah memang tidak mampu lari daripada perkara-perkara ini.
aku suka pandang sekeliling.
memerhati kebesaran Ilahi. sambil mempelajari sikap manusia menjalani kehidupan sehari-hari.
aku berpeluang untuk banding-bezakan mana yang elok dan mana yang tidak.
ini semua memotivasikan aku untuk lebih berusaha.
kadang bersua juga dengan perkara yang tak disangka.
tiba waktu, ada juga momen yang terpaksa buat-buat suka.
insiden yang buat aku terpaksa mengubah diri supaya compatible dengan keadaan semasa.
bukan semua perkara yang berlaku itu positif.
bahkan kadang kala dalam perkara negatif yang berlaku atas diri kita,
itu yang mendatangkan kekuatan pada diri untuk bangkit semula setelah puas berbicara,
dengan akal fikir kita.
entah.
memang pernah aku dengan ungkapan ini.
sometimes we do need to live our lives one letter at a time (quote from P.S I Love You)
tetapi tanggungjawab kepada ALAH, ibu bapa, adik beradik, kerja, komuniti dan sosial tak membenarkan itu.
kita perlu bangkit dengan pantas kerana zaman ini, masa tak menunggu sesiapa.
sebagai konklusi, biarlah kita yang berada dihadapan masa..
Back to the future!!
Friday, June 17, 2011
Thursday, June 16, 2011
motivasi pagi khamis
Hidup tidak selalunya indah. Disitulah letaknya keindahan hidup.
Ni la tajuk motivasi pagi ni di stesen radio IKIM fm.
Ustaz Pahrol Mohd. Juoi ni bukan satu nama asing J aku start dengar namanya sejak Zaman UiTM lagi. Zaman GEMA to be exact :p beliau ada buku sendiri, pieces yang ditulis oleh beliau juga kerap diterbitkan di majalah-majalah. Ceramahnya ada di radio.
Ok, berbalik kepada tajuk @ topic yang dikupas, antara yang aku boleh shorthand kan adalah point-point berikut:-
· Ujian yang ALLAH bagi itu memanglah pedih, tapi, itulah ubat.
· Ujian ALLAH juga tanda DIA sayang kita (hamba)
· Perlu ada rasa kehambaan antara kita dengan ALLAH, barulah rasa berdosa dan mahu bertaubat serta improve diri kepada yang lebih baik J
· Dugaan datang ada sebabnya
· Musibah melanda, ada hikmahnya
· Hidup tak selalunya indah, itu yang menjadikannya indah. Disitulah keindahan hidup
· Semuanya milik ALLAH, semuanya hak ALLAH~
· Ada kebaikan yang tersirat. Sebagai hamba kena YAKIN dan BERTENANG.
Wednesday, June 15, 2011
kepulangan
ya, malam ni Baba akan pulang semula dari trip Acheh.
lama sungguh rasanya trip kali ini dengan Paksik Kasbun. Lebih seminggu.
ya, aku rindu. tapi rasanya Mama lagi rindu!
rancak berblog. singgah di blog orang lain juga. ramai sungguh pengikutnya. aku? hanya satu orang saja :)
my sis, dDy. aku komen dia, dia komen aku. bezanya, puak zaman dDy lebih didedahkan dengan teknologi di hujung jari. maka follower blog dDy lebih meriah.
aku tak kisah. sebab, aku menulis bukan kerna nama. haa!
aku minat. sambil menekan-nekan kekunci laptop ini, idea yang datang aku taipkan saja. contohnya, pos ini aku ingin dedikasikan pada kepulangan Baba dari Acheh. tapi tersimpang pula dengan cerita-ceriti lain yang tiba-tiba jengah kepala.
hari ini saja sudah lebih lima pos yang aku simpankan.
melepas rindu dendam. melepas gian menulis. haa!
sayup dengar suara lelaki dalam rumah. ehh! kami perempuan je yang ada dalam rumah ni sekarang.
Mama, Aku, Ecah dan dDy. aku amati lagi. ehh! suara Baba!!
alhamdulillah, Baba dan balik!! :D
*masih berdebar dengan gempa di Sumatera semalam.

doa
"Ya Allah ya Tuhanku, tenangkanlah hati mereka yang menyimpan perasaan benci dan dengki terhadapku. Berikan mereka peluang untuk mengenali diriku yang hanya hamba pada kekuasaan-Mu ya Allah. Semoga mereka dapat menerimaku dan redha atas ketentuan-Mu untukku." Amin..
sabar ek Cik Ana R..biarkan mereka dengan mulut mereka..
saya pinjam doanya~ i can feel this..
sabar ek Cik Ana R..biarkan mereka dengan mulut mereka..
saya pinjam doanya~ i can feel this..
Blogwalking untuk isi masa lapang~
aku sedang gila mengikuti 2 blog ini.
Kehidupan Ringkas tapi Signifikan
Hasil tulisannya memang positif, diperkenalkan oleh kenalan pejabat.
Sekali baca terus jatuh hati. Bloggernya Prof. Muhd. Kamil Ibrahim. (mantan) Boss UiTM cawangan.
Salah Taip
Hasil tulisan sahabat yang aku kenal semasa event debat. Kecil orangnya. Tapi berapi pedas pendapatnya.
Pendebat senior (pakar) yang tak jemu mencurah ilmu. Khairulnizam Bakeri yang juga dikenali sebagai Bonzai.
mantan penuntut UiTM. oh ya, beliau ada buku sendiri. Pecah. aku akan cari di pasaran :)

coretan malam 1
bila tiada yang perlu diperjudi, untung nasib tanggung sendiri
dalam kelat dan payaunya ranjau hidup, masih jua ada yang lupa diri
bukan senang mau senang, bukan susah mau susah
sampai masa, nyawa juga tiada nilainya
semua milik Dia yang Esa.
dalam kelat dan payaunya ranjau hidup, masih jua ada yang lupa diri
bukan senang mau senang, bukan susah mau susah
sampai masa, nyawa juga tiada nilainya
semua milik Dia yang Esa.
lepak di Chicken King
Tamat waktu bekerja, aku mulakan perjalanan ke Chicken King, kami (Aku, Kak Ekin, CT Raf dan Ida) pernah lepak di sini. Cozy. Relaxing. Teringin milkshake vanilla yang pernah CT Raf dan Kak Ekin order last time kami ke sini.
Macam biasalah, aku akan sesat dulu sebelum sampai ke tempat tuju. Malu sungguh bila terpaksa menelefon Kak Ekin untuk bertanya arah. Macam mana orang Kajang boleh sesat di tempat sendiri? Ha, ini soalan yang aku tak tahu nak jawab bagaimana. Hanya boleh tersenyum payau.
Aku terpaksa ulang alik jalan yang sama untuk kali ketiga! Baru berjumpa. Ohh, bangga~
Seronok juga melepak sambil membaca buku. Mungkin satu masa aku akan melepak di sini bersama Cik Nanim. Just for the sake of lepaking and reading, leisurely. No obligation whatsoever~
Dan ya, aku seorang saja.
hanya sebelas =)
Aduh~
Lembab sungguh laptop di rumah. Menunggu saja sudah satu jam!
*credit to Salah Taip blogger yang nerda..ha~
Subscribe to:
Posts (Atom)