Pages

Tuesday, May 31, 2011

domo..kiyowo~

Jangan tangguh!

Selasa.
Menyelesaikan tugasan harian. Sambil mengulang dengar lagu I Love You This Big.
Tak bosan ke?
Tak. sebab lagu tu ada meaning~

How about today?
Ermm, let see..hari ni tak berapa nak bosan sangat. Sebab awal pagi tadi Kak Huieda dah bagi balik kat aku few docs yang aku boleh uruskan. Dah siap pun.
Jadi, ada masa untuk berblog~ Sementara menunggu Puan habis Meeting JPP,
Lepas ni nak buat post JPP plak.
Delegate tugas untuk diselesaikan inter-unit and inter-departmental.

Kat rumah pun sekarang ni sedang giat delegate tugas untuk majlis Ecah.
Last week kami kemas rumah sewa Ecah. Along, Mama dan Ecah cat pagar. Baba cabut rumput.
Pastu kami semua tergolek dog. (selingan: kat rumah sewa Ecah ada banyak dogs. Bising je bile kami datang. Asyik menyalak..pening!)
Sambung balik..
Mama bawa karpet rumah yang kaler merah ke sana. Lantai rumah sewa tu lantai marmar. Kaki Mama tak tahan.
Ha, yang bestnye, rumah tu memang sejuk je. Tak macam rumah kita. Mungkin kawasan keliling kut~ padahal waktu tu adalah tengahhari buta..tapi masih nyaman~ selesa…

Sebenarnya aku nak cerita pasal delegate. Bahagi kerja.
Baik dalam kehidupan peribadi, baik dalam kerja, baik dalam berkeluarga.
Ada orang memang dari kecik lagi pandai membahagi masa untuk lakukan kerja.
Ada orang dah besar baru belajar macam mana nak bahagikan kerja.
Aku teringat masa zaman belajar dulu ..aku paling tak reti kemas baju masuk dalam beg untuk balik ke kampung.
Masa mula-mula sampai, Mama yang kemaskan almari. Aku tak reti. Kalau aku yang buat, proses tu akan makan masa yang saaaaaaaaaangat lama.
Masa kat asrama kan kita basuh kain sendiri. Jemur dan bila kering kita angkat. Kawan-kawan sebilik terus lipat dan simpan. Aku plak, lepas angkat aku letak atas katil. Sampai dah jadi macam gunung, sampai dah tak ada ruang untuk tido, sampai tido atas kain bersih. Sampai dah tak tau kain tu dah pakai ke belum (well, the last part was a bit exaggerating~ aku tak campur kain busuk ngan kain bersih..huhu)

The point is, kalau tak ada masa sesangat sekalipun, selesaikan tugas yang ada depan mata sehingga selesai. Itu pembahagian masa yang baik. Biar selesai satu-satu. Biar lambat asalkan selamat. Memang la terasa sangat benci sebab bukan minat kita nak lipat ke nak kemas ke. aku bernasib agak baik kerana roommate aku memang tak pedulik.

Jangan tangguh!



Monday, May 30, 2011

bos..bosa..bosan~

Hari ini di office kebosanan melanda. Jadi aku manfaatkan masaku untuk menulis perkara yang aku rasa perlu direpekkan..(apakah~)

Sis Ekin, CT Raf dan Ida tak ada di office. Cuti. Ambil peluang cuti sekolah ni untuk merehatkan kepala.
Bosannya~ kak Huieda pun hadir ke kursus Budgeting di tingkat atas. Oh bosannya~

Hari ni bos besar tak ada, bos kecik tak ada, geng Chanteks tak ada. Aku buhsannya!!!!

Pagi bli kuih n makan di opis saje..
Then ada staff lapor diri..dari CBBP. aku minta Encik Shahid setel sementara aku print n sediakan surat lapor diri dia..
Buat SAS untuk yuran staff yg blajaq kat New Zealand.
Byk dok aku ada ngan sis Huieda. Kalau tak gerak, tak dapaek la aku nk proceed dengan kerja2 sepatutnya..

Buhsan..sedo tak sedo dah jam 5..ok, lagi 15 minit bleh angkat kaki..tak sabonye~

I love you this big

Ini adalah lagu baru Encik Scotty yang saya suka semenjak top 2 American Idol musim ke-10..heheh~
dia comel..muka dia seksi..suara dia macho~
lagu ni sesuai ditujukan pada adek beradek, n kekasih-kekasih~ (wow!)
I know I'm still young
But, I know how I feel
I might not have too much experience
But, I know when love is real.

By the way my heart starts pounding
When I look into your eyes
I might look a little silly
Standing with my arms stretched open wide.

I love you this big
Eyes have never seen... this big
No-one's ever dreamed... this big
And I'll spend the rest of my life
Explaining what words cannot describe but, I'll try
I love you this big

I'll love you to the moon and back
I'll love you all the time
Deeper than the ocean
And higher than the pines.

Cause girl, you do something to me
Deep down in my heart
I know I look a little crazy
Standing with my arms stretched all apart.



So much bigger than I ever dreamed my heart ever would
I love you this big
And I'd write your name in stars across the sky
If I could, I would



~Scotty~

Wajib jaga solatnya dan tidak merokok

Sekarang ni dah tak ramai lelaki berkualiti yang boleh dijadikan sandaran untuk meng-imam-i hidup.
Pilihan semakin terhad. Minggu lalu kami sekeluarga hadiri kenduri di Bota, Perak. Dua pupu aku kahwin. Moga Kak Azie bahagia dengan Abg Daing sampai akhir hayat. Kak Azie ni langkah bendul jugak kesnya. Adik dia kawin dulu last 2-3 years.
Masa tu aku study lagi rasanya. Mama dengan baba je yang hadir kenduri Pakcik Anuar at that time J

Kami ke Bota dengan kereta Baba J ingat boleh alternate driving dengan mama dan aku..tp Baba menunjukkan prestasi yang agak cemerlang (walaupun ada sekali tu hampir nk terlanggar divider!! Ngantuk kut..takda org borak dengan dia huhu~)
Masa on the way kami bersembang la..untuk hilangkan bosan dan mengantuk ;p

Kami ckp pasal kenduri Ecah… tetiba aku tergerak mulut nak tanya, “Baba, Baba kisah tak kalau kat rumah Baba ada Andartu? Along le tu~ Emm, kisah tak?”
Baba cakap, “La, apasal pulak nak kisah? Lebih baik daripada kahwin awal tapi tak bahagia. Hang pun boleh tengok saudara mara kita. Uncle-uncle dan auntie-auntie..berapa tahun kahwin dan masih kekal lagi. Cari la orang yang boleh bimbing kita, yang solat dan jaga agama dia. Biar orang itu boleh jaga kita nanti.”

Pada aku,  isu ni agak remeh dan tak patut dijadikan tajuk berita dan diangkat sebagai isu besar. Kahwin awal atau lewat, bukanlah satu pilihan. Bukan juga satu kehendak. Manusia merancang. Tuhan juga. Dan tak siapa boleh sangkal bahawa perancangan Tuhan adalah terlebih baik bagi hambaNYA.

Pernah bercinta. Pernah merancang masa depan dengan seseorang. Aku sangka inilah dia. Mahligai yang bakal dibina bersama dengan orang yang aku sayang, yang aku fahami dan kenali. Namun, terbuktilah hati itu milik Tuhan. DIA yang berkuasa membalikkan hati manusia. Siapa sangka perasaan yang disemai dalam masa empat tahun berakhir atas satu kesilapan kecil? Tu semua asbab J dan aku terima. Tak ada jodoh~

Agak lega kerana boleh berbicara soal ini tanpa rasa ragu dan bersalah dengan kedua orang tua aku. Betapa dulu aku merasakan yang mereka tidak akan pernah faham dan takkan bisa menyelami hati dan perasaan aku. Timbul rasa bangga, kerana dalam susah dan senang, keluargalah tempat mengadu, dan berkongsi rasa.

Aku masih ingat hari hubungan kami terputus (baca: diputuskan)…

Abang dan pak Long dia datang kerumah untuk menyampaikan berita. “Maaflah pakcik, hubungan ini tak boleh diteruskan lagi. Dia (ex-bf saya la~) tak boleh nak teruskan.” Katanya kalau ada lelaki lain yang lebih baik untuk aku, terimalah. Dia masih tak bekerja dan apa pun tak ada. Suara Baba tenang menerima berita ini. Aku tahu hatinya tersentuh juga. Mujur kami masih belum dalam peringkat beria-ia :p Familinya pernah datang untuk merisik. Janji dalam tiga tahun. Bukan jodoh rupanya.

Aku sedih. Memang sedih. Mana taknya, angan-angan telah dipasang. Tak dapat pula nak melihatnya terlaksana. Alhamdulillah, aku berjaya bangkit semula. Pedih, sakit. Tapi aku ada keluarga yang kuat dan tabah. Aku ada iman dan aku yakin dengan ketentuan yang DIA tetapkan.

Bercakap soal ini, airmata pastilah bergenang. To re-live the moment..huhu, it’s not my favorite.

Apa pun, aku tak kisah. Betul aku tak kisah J ini peluang aku untuk berbakti pada Mama dan Baba..
Macam aku cakap awal tadi, lelaki berkualiti sekarang ni susah nak cari. Syarat aku tak banyak..2 je J
Wajib jaga solatnya dan tidak merokok. Banyak sangat ke yang perlu diikuti?

Pemerhatiannya, majoriti gagal pada syarat pertama. Itulah, bila Tuhan dibelakangkan..dunia diutamakan.
Aku pun bukan little Miss Perfect~ aku ngaku, solat pun tak sempurna. Tapi aku berhak mencari yang terbaik untuk bimbing aku. Aku dah penat asyik menjaga orang. Aku nak dijaga, for a change… Aku lebih rela bersendiri daripada bergantung nasib pada yang sesat hatinya. Lelaki yang kuat adalah lelaki yang taat pada Tuhannya. Barangsiapa yang jaga solatnya, hidupnya akan dijaga. Aku mahukan itu.

Pernah bercinta dengan lelaki tua, pernah bercinta dengan lelaki sebaya, pernah bercinta dengan lelaki muda. Untungnya aku~ J ini adalah tanda..

Yang pasti, jodohku masih belum ketemu. Saban hari aku berdoa, jika ada yang baik, ketemukan aku dengan si dia. Jika bukan itu orangnya, tunjukkan aku serta jauhkan aku daripadanya. Doa ini senjata orang mukmin. Cinta lepas kahwin lebih nikmat. Aku YAKIN seyakinnya~

Belum tiba waktu aku, aku akan terus tunggu~

Thursday, May 26, 2011

rindu

few weeks passed, since my last paper on the 8th of May~.

aku isikan hujung minggu dengan mengemas rumah. majlis Ecah dah nk dekat. last 2 weeks rumah bau hancing  dengan  bau tengik kucing-kucing yang ada tu. taik merata.. kencing pancut sukahati~ dem..

minggu ni, lepas kemas n gotong royong cuci rumah, kembali ceria dengan bau yg bebas dr hancing kucing :) happy~

saat2 ni rindu plak kat hadek-hadek.
kalau semua ada kat rumah agaknya lagi havoc dan gembira.
meng-five-S kan rumah, bilik dan semua barang2 lama membuatkan aku ter-come across kenangan lamo~ dem~

gambar2 lama muncul balik :)
buku autograph tetiba ada ..segala kenangan kat UiTM subur kembali. ohh, zaman tak tau apa. enjoy life as it is. blajo pun mcm main2. gilak berpersatuan. weng sana, weng sini.
aku tak menyesal. satu pun aku tak sesal..sebab i had my time.

it was fun. it was sad. it was challenging. the ups and downs. the friends and foes (tak banyak pun..ntah2 takde :)). it made me, me. wouldn't missed it for the world~

nk balik dah..
skarang layan cite Pasta..Korean. light. easy. ceria je citer dia. no sappy feelings.

jeles tgok org duk update blog. haku nk jugak..
kdg2 kesibukan kerja seharian buat aku lupa dengan azam aku untuk pos seberapa banyak post untuk tahun ni :)

well, aku akan mula balik...

Tuesday, May 10, 2011

Tuesday, May 3, 2011

head or heart?

i'll follow my heart. i believe deep inside, only pure heart recognize the pure and true heart. things will fall right at its designed place and love will eventually find its way to the hearts that hunger for it.