Pages

Friday, August 26, 2011

Unforgettable Buka Puasa

last night Geng Chantek (GC) buat plan terkejut untuk buka puasa bersama2.
alhamdulillah semuanya ada. baik yang bujang mahupun yang telah berkeluarga.
rasa harmoni, rasa tenang dan content sekali.

me and K.Ekin gerak dulu ke Alamanda sebab nk booking tempat untuk buka puasa. kami decide untuk buka puasa di Johnny's..second choice, Fish Market. aku rasa macam tak percaya dah 45 minit jalan, semua tempat dah fully booked!!! OMG~



last2 kami ke Nando's. tu je yang tak boleh book. kena walk in. kami pun tanya la tempat untuk 8 pax. alhamdulillah ada :)

time menunggu, semua pakat bercerita macam2. bile ayam dah start masuk mulut je semua senyap. nak tahu kenapa? PEDASNYA..mak ai~ Ira sampai berdesing telinga. dia order exra hot peri-peri..aku dengan K.Ekin order hot peri-peri chicken. pun terdiam sebab pedas gila :) hehehe

memang unforgettable ~

balik tu aku singgah MPH, shuping buku lagi...Nicolas Sparks' Dear John dengan Safe Haven buku baru dia..


Line Clear!

Jalan tak jem langsung. inilah semangat RAYA yang kita nak :) hehe
aku sampai awal, got spare time to read and to surf online.


Wednesday, August 24, 2011

Pencil and Eraser



Pencil: I'm sorry.... 
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.
Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)

I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

This is for all parents out there.....
Let us so live that when we come to die even the undertaker will be sorry.


Monday, August 22, 2011

hati-hati

tak semua yang nampak baik itu betul-betul baik. jangan sampai tertipu dengan 'topeng'. hati-hati semua ~

Friday, August 19, 2011

catatan bila 10

Bila ALLAH uji, itu tanda DIA ingat kita.
berbanyaklah ingati DIA agar hidup penuh berkat..

takutkan azab ALLAH!!


 Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

 Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

 Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

 Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

 Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

 Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

 Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

 Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

 Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

 Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

 Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

 Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

 Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

 Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

 ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

 Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

 Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

 Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

 Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

 Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

 Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

 Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

 Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

 Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

 Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

 Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

 Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

 Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

 Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

 Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

[Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.]

p/s: mari sama-sama kita hayati bulan Ramadhan kali ini. Malam al-Qadr ni lebih baik dari malam 1000 bulan. Haaa. Kita ni layak ke nak masuk syurga. cube kita bayang dengan amal kita sekarang, kalau kita dipanggil kembali menghadap Ilahi, macam mana pula keadaan kita di Padang Mahsyar? Titian Sirat? aku pun takut nak fikirkan. Sama2 kita berpesan. Semoga semua pembaca mendapat hidayah Allah. Amin :) Selamat berpuasa!

Thursday, August 18, 2011

Yang paling cerdas dan yang paling pintar

"Berkata Ibnu Omar r.a: Pada suatu hari aku datang berjumpa Rasulullah s.a.w yang sedang berada di tengah kalangan sahabat yang terkemuka. Lalu berdirilah seorang sahabat daripada Ansar bertanya Rasulullah dengan berkata: "Ya Rasulullah! Siapakah yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas akalnya?" Rasulullah menjawab: "Yang paling cerdas dan yang paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling banyak bekal menghadapi mati. Merekalah yang paling pintar dan yang paling cerdas kerana mereka mendapat kemuliaan di dunia dan kehormatan di akhirat." Dalam hadis lain Rasulullah bersabda: "Perbanyaklah mengingati mati." (Hadis Riwayat: At Thabrani)" 

Majlis Berbuka Puasa Keluarga Musa

balik dari mengaji, kami dah sibuk2 kemas apa yang patut.
sapu lantai dan sapu simen, vacuum karpet, angkat kerusi dan meja. Mama start buat ikan goreng, gulai ikan dan Ecah tolong kopek kulit telur rebus untuk dibuat sambal telur untuk majlis petang karang.

memandangkan one week earlier Uncle Jamil ada sms untuk tanya feedback ahli keluarga tentang buka puasa tahunan Keluarga Musa di Rumah Nenek di Taman Mesra. patutnya majlis dicadangkan dibuat pada Sabtu lepas. namun atas sebab yang tak diketahui, cancel pula last minit gitu. aku dan family rasa ralat sikit~

so aku bagi suggestion untuk buat buka puasa di rumah kami instead! pada hari cuti Nuzul Quran (aku tak tahu KL kerja!!)

i insist Mama to get some sleep right after she finished masak. kalau tak nanti dia penat :( last 2 weeks kami buat Majlis Buka Puasa jugak kat rumah. tapi jemputannya adalah Keluarga belah Mama (Atok Md. Yunus) alhamdulillah, kehadiran 99%. Abg Hafiz dan newly wedded wife, kak Aida ada wakil Mak Andak Batu Kurau :) waktu hampir berbuka Mama dah semput..aku risau  :( tp semuanya berjalan lancar lepas tu..

pada mulanya agak hambar juga  sambutan petang tu. keluarga Uncle Jamil, Pajina, Atie n Shafiq datang. only then barulah ramai yang tiba. the spirit is once again being restored~ yay!

Wednesday, August 17, 2011

cuti Nuzul Quran

Pagi lepas sahur aku bercerita dengan Mama pasai kehilangan si putih. huhuhu~
Baba kata, nk baut macam mana, dah nak hilang. takpelah, kurang sikit kucing kat rumah kita.. (mungkin sekadar nak menyedapkan hati aku yang tak berapa nak molek...aku masih rasa bersalah~)

so dalam jam 7.30 pagi tu bila dah terang sikit, aku ajak DJ pi cari si putih. lebih kurang sejam berjalan round tempat possible area kehilangan tu took place dan jumpa pelbagai jenis kucing liar dan bela, aku dengan DJ give up. seems like the neighborhood was a conducive for a stray cat to survive. i just hope that he will be okay and not get into trouble. bulu dia putih bersih dan ekor dia oren. agak ralat jugak sebab kehilangan dia :( hua~

Jam 9 pagi ke Surau Taufiqiyah ada kelas pengajian terakhir sebelum 'cuti panjang' untuk raya.
Ustaz Hafiz cerita bab ibadah. hak ALLAH dan kewajipan hamba. it was enlightening. sekali sekala ada juga cerita menarik yang diselitkan.

antaranya, kalau sedang berpuasa, jika sekiranya air liur kita telah terkeluar melebihi bibir yang merah, tak boleh dijilat atau di telan semula. kira batal puasanya. hmm, aku rasa aku pernah dengar pasal ni masa sekolah dulu :) cuma, yelah, selagi aku ni bersifat manusia, aku perlu constant reminder.

lagi, ada juga bab usik2 pasal kahwinkan anak, open house sempena Hari Raya. Ustaz akan ke luar negara lepas raya keempat. dan akan 'offline' lama sehingga 15 haribulan. sekurang2nya Mama dengan Baba ada masa untuk atur kenduri Ecah :) ada hikmahnya.

oh ye, lepas Raya juga, Mama akan mula mengajar 15 orang budak mengaji Al-Quran 3 kali seminggu. ohoho~ aku just harap mama ada tenaga dan ada kesabaran yang cukup untuk menghadapi semuanya sekali lagi. Mama pernah mengajar mengaji di rumah dan the outcome for the kids was excellent. but the outcome for Mama was quite so so.. the whole thing has take a toll on her condition. Mama bukan sihat sangat. perlu rehat banyak. kalau penat sangat, masalah juga nanti. hmm, entahlah.. aku akan sokong apa pun yang Mama akan buat atau decide.

hilang lagi seekor!

last night aku pi lepak dengan Nanem, di Paparich, Prima Saujana.

masa nak keluar dr rumah, aku perasan ibu kucing dengan anak dia yang kaler oren tu duk atas kereta. aku undur kereta sampai depa dah blah dr atas tu..sampai je simpang depan rumah, memandangkan jalan clear dr kereta, aku pun tak berhenti untuk tgok  kiri atau kanan. malas nk tukar gear.not until sampai depan bus stop Sg. Sekamat aku realize yang anak kucing yang bulu putih tu baru terkedek2 nak turun kereta aku. dengan terkejutnye aku pun emergency break! nasib baik kereta blakangjauh lagi. kucing tu apa lagi, kreta behenti je terus lari ke area belah rumah org2 Indon kat area situ. aku keluar kereta dan panggil2 dia. huhuhu..masih shoked dan agak takut dengan pandangan org Indon tu aku pon masuk balik dalam kereta dan blah dr situ. meneruskan destinasi ke area Kajang.



dengan penuh remorse~ aku memikirkan samada si putih tu selamat atau tak. makan atau tak. boleh balik rumah atau tak. huhu aku rasa bersalah!!! dah hilang lagi seekor anak kucing :(

Tuesday, August 16, 2011

meaning

life has no meaning
if only we decide that it is
only we can color all the good things in life..
if not us , who will?

akusuka, Mamasuka, semuasuka~

Bahan A

180 gram mentega
20 gram serbuk koko, diayak
170 gram gula kaster
3 biji telur
120 gram tepung naik sendiri, diayak
1 sudu teh baking powder, diayak

Bahan B

250 gram krim keju
60 gram gula kaster
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur

Cara-caranya

1. Pukul butter and gula.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.
4. Di sebuah bekas yang lain, pukul kesumua bahan bahan B hingga kembang.
5. Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
6. Tuangkan baki adunan A.
7. Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins.
8. Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang.

wise word



"You must dare to disassociate yourself from those who would delay your journey... Leave, depart, if not physically, then mentally. Go your own way, quietly, undramatically, and venture toward trueness at last."

Thursday, August 11, 2011

Wednesday, August 10, 2011

tired

today is so tiring.
meeting towards the end of a day does not prove a thing. in fact it only bring more feel of unsettling.
under-achievements and annoyed to oneself..no.not self loathing though.

hmm, i wonder when is this project will pass...i hate it~

Tuesday, August 9, 2011

mood hadirlah~

sudah beberapa hari aku culas memberikan kasih sayang dalam blog ini.
bukan apa, tak ada masa.
carilah masa.
malas?
sedikit.
penat la, kan puasa..
alasan~

setiap hari rutin aku adalah kerja, Kenit, kerja, Kenit,kerja, Kenit..
ada juga sekali2 membaca. sudah 2 novel yang aku baca. untuk isi masa lapang sementara menanti waku berbuka.
tulisan Leann Banks dan Nora Roberts.
romance.
ha, because i'm a helpless romantic~

renungan di pagi 9 ramadhan


Ada orang pernah bertanya saya, tahu tak “Why alphabet H is put before W”. Saya jawab tak tahu memang dari dulu lagi macam tu. Dia jawab: Because “HEALTH IS MORE MORE IMPORTAN THEN WEALTH

Saya terfikir betul jugak sebab kalau aku tak ada duit mana tapi boleh makan is still okey compared to I ada banyak duit tapi meringkuk kat hospital.

Lepas itu saya terfikir kalau aku ada HEALTH dan ada WEALTH maka itulah yang terbaik and then kita bersyukur pada ALLAH.

Sekian  renungan di pagi 9 ramadhan.

Friday, August 5, 2011

My Immortal

I'm so tired of being here, suppressed by all my childish fears
And if you have to leave, I wish that you would just leave
Your presence still lingers here and it won't leave me alone

These wounds won't seem to heal, this pain is just too real
There's just too much that time cannot erase

When you cried, I'd wipe away all of your tears
When you'd scream, I'd fight away all of your fears
And I held your hand through all of these years
But you still have all of me

You used to captivate me by your resonating light
Now, I'm bound by the life you left behind
Your face it haunts my once pleasant dreams
Your voice it chased away all the sanity in me


These wounds won't seem to heal, this pain is just too real
There's just too much that time cannot erase

When you cried, I'd wipe away all of your tears
When you'd scream, I'd fight away all of your fears
And I held your hand through all of these years
But you still have all of me

I've tried so hard to tell myself that you're gone
But though you're still with me, I've been alone all along

When you cried, I'd wipe away all of your tears
When you'd scream, I'd fight away all of your fears
And I held your hand through all of these years
But you still have all of me, me, me

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan datang lagi

sudah masuk hari ke-3. alhamdulillah, masih bersama dengan keluarga, bersahur dan berbuka sama-sama.
selama aku bernafas di muka bumi ni, lebih 20 tahun juga aku berpuasa di rumah..kecuali masa study dulu..

kenangan lagi :)

but this time aku nk update pasal Ramadhan aku tahun ni, insyaALLAH~

malam pertama solat Tarawih alhamdulillah dapat buat 20. malam kedua, tak buat uhuk..uhuk..
malam ketiga buat 8 je. apa nak jadi ni ek~
kalau dulu kena paksa, dah tua bangka ni perlu lagi ke paksaan?
huhu..sendiri mau ingat la~ :( agak sedih disitu~

*sekadar rungutan pada diri sendiri.

Tuesday, August 2, 2011

i hope you dance


 hope you never lose your sense of wonder
You get your fill to eat
But always keep that hunger
May you never take one single breath for granted
God forbid love ever leave you empty handed
I hope you still feel small
When you stand beside the ocean
Whenever one door closes, I hope one more opens
Promise me that you'll give fate a fighting chance

And when you get the choice to sit it out or dance
I hope you dance
I hope you dance

I hope you never fear those mountains in the distance
Never settle for the path of least resistance
Living might mean taking chances
But they're worth taking
Lovin' might be a mistake
But it's worth making
Don't let some hell bent heart
Leave you bitter
When you come close to selling out
Reconsider
Give the heavens above
More than just a passing glance

And when you get the choice to sit it out or dance
I hope you dance
(Time is a wheel in constant motion always)
I hope you dance
(Rolling us along)
I hope you dance
(Tell me who)
I hope you dance
(Wants to look back on their years and wonder)
(Where those years have gone)

I hope you still feel small
When you stand beside the ocean
Whenever one door closes, I hope one more opens
Promise me that you'll give faith a fighting chance

And when you get the choice to sit it out or dance
Dance
I hope you dance
I hope you dance
(Time is a wheel in constant motion always)
I hope you dance
(Rolling us along)
I hope you dance
(Tell me who)
(Wants to look back on their years and wonder)
I hope you dance
(Where those years have gone)

(Tell me who)
I hope you dance
(Wants to look back on their years and wonder)
(Where those years have gone)

beli makanan Kenit

mahal tul makanan dak kecit tu..smalam pi beli kat Tesco lepas hantar Aminah balik InteGOmb..
nk ajar di mkn mknn yg keras tu..biskut kucin..dia tak nk plak..
tp takpe, dah besau sikit nanti aku paksa jugak dia mkn.. :)

Kenit suke mkn perisa Ikan Kembung :D