Pages

Thursday, June 16, 2011

motivasi pagi khamis

Hidup tidak selalunya indah. Disitulah letaknya keindahan hidup.
Ni la tajuk motivasi pagi ni di stesen radio IKIM fm.

Ustaz Pahrol Mohd. Juoi ni bukan satu nama asing J aku start dengar namanya sejak Zaman UiTM lagi. Zaman GEMA to be exact :p beliau ada buku sendiri, pieces yang ditulis oleh beliau juga kerap diterbitkan di majalah-majalah. Ceramahnya ada di radio.

Ok, berbalik kepada tajuk @ topic yang dikupas, antara yang aku boleh shorthand kan adalah point-point berikut:-

·         Ujian yang ALLAH bagi itu memanglah pedih, tapi, itulah ubat.
·         Ujian ALLAH juga tanda DIA sayang kita (hamba)
·         Perlu ada rasa kehambaan antara kita dengan ALLAH, barulah rasa berdosa dan mahu bertaubat serta improve diri kepada yang lebih baik J
·         Dugaan datang ada sebabnya
·         Musibah melanda, ada hikmahnya
·         Hidup tak selalunya indah, itu yang menjadikannya indah. Disitulah keindahan  hidup
·         Semuanya milik ALLAH, semuanya hak ALLAH~
·         Ada kebaikan yang tersirat. Sebagai hamba kena YAKIN dan BERTENANG.