Pages

Tuesday, July 20, 2010

Ubat

Ke klinik Borhan di Kajang untuk check dengan Dr. Boerhanudin. Dr. bahasakan dirinya “pakcik” ..emm, sgt comel. Aku ceritakan ttg demamku yg agak kuat mlm sebelumnya. Dan batuk serta kahak ngan hingus yang sangat menggangu tidurku 

Keluar dari klinik pakcik borhan dengan 2 tepek ubat demam, sepaket antibiotik, setepek ubat selsema, sebotol ubat batuk, sepeket ubat angin (gastrik) and 1 sijil cuti sakit...
Aku behenti di kedai taman mesra kejap untuk beli 2 botoi besaq 100 plus (dan 3 aiskrim)
Hehe..
(mode: happy~)

Sakit satu kifarah.

Semalam aku sihat. Gigih berjalan kesana sini  dengan kereta merah tu dan minyak yg penuh ddalam tangki. Bawak org jalan2..sangat gembira.
Hari ini aku demam, selsema dan batuk2. sakitnya aku rasa.
Pernah dengar cakap2 orang yang sakit tu penghapus dosa selama mana tidak dilakukan dosa2 besar.
Bila dihitung semula, banyaknya dosa yang telah aku lakukan, dengan mama, baba. Dengan adik ber adik. Dengan kawan2 opis, dengan kawan2 bukan opis. Huhu…
Malu rasanya diri ni begitu serba kekurangan.
Tapi, diharapkan bukan semasa sakit je aku boleh berfikir mcm ni. Time sihat la lebih2 lagi aku dituntut untuk mengingati dosa, menghitung cukup tidak amalan seharian untuk menjadi bekal ke alam sana.

rombongan

Rombongan

Malam hari tu DD ada maklumkan yang dia ngan kawan2 nk datang umah. Hu, kelam kabut juga mengemas apa2 yg patut. Kelakar kan? Bila org nak datang baru sibuk nak berkemas rumah.
Anyway, mama masak meehun  aku tak sempat rasa, tapi dari pemerhatian aku terhadap kuali yg licin kosong dari sisa2 meehun goreng mama, aku tahu ianya sedap~
Was sleeping by the time 20 org tetamu tu datang menyerbu  sian mama.aku ngan each baru pas telan ubat demam. Haruslah kami tak hulur bantuan pun..malunya ngan mama 
Terjaga masa bebudak (kawan2 DD) tgh mkn. Kuat sungguh bunyi sudu garfu bertingkah dengan pinggan mkn mereka. Mcm lapar pun ada..
DD kata rombongan ini daripada kenduri n dusun durian..so, takda la beriya2 menyiapkan mknan untuk mereka. Ohh, sungguh kasihan~

Dgr baba layan tetamu, bukan main seronok. Dah lama rumah tak semeriah ini. Aku tahu kami semua rindu pada keriuhan rumah yg dulunya dihuni oleh 7 org..kini semuanya dah kemana2 ikut tujuan hidup dan langkah kaki.

Rombongan balik jam 11.30 mlm selepas puas bergambar2..aku sempat juga masuk, dengan muka yg agak sembab akibat tidur sebelumnya.haha 