Pages

Saturday, June 11, 2011

Batu Kurau Trip

Benarlah, jauh perjalanan luas pemandangan.
Hujung minggu lepas aku, Ecah dan Mama ke Batu Kurau, Perak untuk majlis persandingan Abg Hafiz, anak Mak Andak.
Kami bertolak Jumaat pagi. 6 jam perjalanan berganti-ganti jugak agak melelahkan. Inikan pula perjalanan yang lama jika memandu seorang diri. Aku respect Baba~

Kami bertolak pagi sebab tak nak bertembung dengan jam. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami ceria walaupun (aku) tak ada duit~
Perkara yang paling tak best ialah bila jalan2 keluar tapi pokai..Dem~

Kami singgah breakfast di satu tempat..tak hengat namanya, tapi makannya murah dan rasanya sedap!
Lepas tu duk cari masjid sebab gaduh nak berak. Biasalah tu, lepas makan mesti la kena buang makanan semalam..nyehehehe~

Kami teruskan perjalanan dan berhenti di Batu Kurau jam dua belas lebih. Memang sedap~ dan murah..aku tatau kenapa la aku suke bebeno makan J huhu

Puas hati, lepas dari makan, kami pun masuk ke Kampung Astaka, Batu Kurau Perak.
Jumpa Mak Andak. Orang lelaki tak ada sebab ke Masjid semuanya. Sangat selesa.
Kami ke bilik pengantin untuk melepaskan lelah. Dan tumpang solat. Jamak je..dan Qasar J Islam itu memudahkan ~

Kami jalan2 petang tu, cari makan dan lepak2 cari Kurau Stone. Tempat makan rupanya~ sayang masa tu dah nak Maghrib, tak sedap plak nak lepak lama. Kami pun balik dan tido J