Pages

Thursday, August 20, 2009

Semester baru datang lagi..

Semester baru datang lagi..satu lagi jangka masa yang akan menguji tahap 'ketahanan' semua orang.

Teringat masa mula2 datang sini untuk daftar (part 1 TESL)…tiada mama, baba atau adik2 yang datang sama memberi semangat dan sokongan. Everything was on your own…

… lepas tamat pengajian dalam bidang perakaunan (diploma) di Dungun Terengganu selama hampir 3 ½ tahun bermain dengan calculator, aku dapat tawaran sambung belajar lagi di tempat lama. Tempat dimana 1001 kenangan pahit manis aku cipta dengan kengkawan, ‘cikgu2’, staf2 dan ramai lagi termasuk pakcik bas dan pakcik van! Kursus yang ditawarkan, memang aku minat! (TESL, tapi, mod pengajiannye tak best- part-time!! huhu…) Jadi, harapan nak score tu, mmg dah lama aku pendam dan peluang nak realisasikannya mmg datang pada waktu itu..

Aku berbincang dengan mama dan adik aku. Nampak sangat mama tak bagi aku pegi..maklum la baru aje tamat blaja kat ganu dah nak pergi semula. Rindu belum habis nak kena berpisah lagi…mama tak sanggup! Ecah(adik) pun mengecam tindakan aku nak sambung lagi..bukan marah, tapi kesal sedikit kerana dalam banyak2 universiti, kenapa yang jauh juga jadi pilihan??Tempat lama pulak tu.. Memang la diorang semua tak berkenan. Tinggal la aku sorang berendam airmata..ditelan, mati emak, diluah mati bapa. Mana satu pilihan yang terbaik? Keluarga atau cita2? Aku beristikharah…selama lebih seminggu, aku pujuk hatiku sendiri. Meyakinkan diri ada hikmah disebalik semuanya ini..rezeki ada dimana2 dan satu hari nanti balasan kepada orang yang sabar sangat manis!

2 minggu sebelum tarikh pendaftaran, aku bercuti di Bagan Lalang, Sepang Selangor (tempat favourite baba sbb dia minat memancing!) Suasana sangat menenangkan..pada petang itu, mama mengajak aku berjalan2 tepi laut nikmati angin petang..aku mengekor saja..setelah lama kami berjalan, mama ajak aku duduk melepaskan lelah atas batu kat bawah pokok. Aku beranikan diri bertanya lagi akan keputusannya ttg cita2 dan kehendakku.” Ma, betul ke along langsung tak leh sambung?”, mama memandang wajah ku, tak lama selepas itu, mama jawab “ betul ke hang nak sambung lagi kat sana, long? Kenapa jauh sangat…lama pulak tu. Hang pompuan, empat tahun bukan sekejap, long. Puas aku tunggu hang grad diploma 3 tahun. Ni hang nak pergi lagi kat dungun tu…ada apa kat sana? Hang ada pakwe kat situ?” Aku tersentap! Tegas aku membalas. Aku terasa sangat jatuh hati dengan suasana di sana, pantainya, ombak, kolej2 yang pelbagai jenis dan rupa (setiap satunya sangat special), warga kampus yang mesra, sahabat seperjuangan, guru, kenangan dan 1001 macam benda lagi yang indah mengingatkan aku pada UiTM Dungun!! Macam magnet yang tarik segala fikiran aku ke arahnya! “mana ada la mama…along nak pergi sebab along minat dengan course tu. Bukan sebab sesiapa. Sebab hati along nak pergi sangat kat sana sambung belajar. Along tak nak ade diploma saje..along nak sambung, ma..” Dalam hati, rasa sebak tak terkata. Aku sedar mama banyak bekorban selama aku di UiTM Dungun tu…

Ceritanya, masa diploma dulu, PTPTN aku dipotong kerana result semester ke4 ku jatuh mendadak akibat terlalu ‘khusyuk’ berpersatuan disana. Salah aku juga kerana tak mampu membahagikan masa dengan baik…semasa sem ke6 aku terpaksa tanggung sendiri segala perbelanjaan. Apalagi, semasa itu, aku keluarkan duit tabung nuri ku dan kalau tak cukup, talipon mama minta masukkan duit dalam affin bank! Rupanya, aku masih tak serik dan semasa short course terakhir(aku bajet aku akan grad lepas buat short kos ni; paper far 350. Paper lain sume aku dah amik..dengan harapan aku boleh lepas dengan sekali amik je!tapi rupa2nya allah nak uji aku lagi) aku kantoi 2 paper!! Tersangkut tax 370 dan far 300. Masa tu, putih muka aku, pucat tak berdarah…soalan pertama dalam kepala aku, duit! Mana nak cari duit tampung belajar? Aku takut nak tepon mama kat umah diKajang sebab aku tahu mmg salah aku sendiri tak belajar sungguh2!

Akhirnya aku datang lagi kesini untuk meghabiskan diploma aku dengan part 7! Malu usah cakaplah…tapi oleh kerana ramai juga kawan2 yang se’kapal’ , aku menyalahkan paper dan pembuat kertas soalan…dan sem ketujuh itu aku lalui dengan penuh enjoy lagi! Resam manusia tak akan sedar walaupun dah berkali2 ter’hantuk’. Selalu saja berada di ‘zon selesa’ walaupun tahu diri sendiri mampu mencapai target yang lebih tinggi sekiranya berusaha lebih sedikit..aku mmg malas!!!

Setelah melalui sem ketujuh yang sangat selesa,(dan aku grad dengan CGPA 2.61. Tak la hebat mana tapi, aku grad la jugak nak dibanding dengan kawan2 lain yang se’kapal’ dulu still sangkut ke part 8!) Aku akhirnya berjaya memakbulkan harapan mama dan baba yang teringin nak tengok aku naik pentas amik diploma. Mama pernah kata, “aku tak kisah hang grad dengan keputusan yang macam mana, janji aku dapat tengok hang pakai jubah konvo, naik pentas dan amik diploma tu! Yang lain, lantak la, aku tak kesah, long!” Aku sangat terharu. Itulah, kasih ibu bawa ke syurga…namun, aku sayu juga sbb mase konvo tu, mama tanya aku, “ long nape budak2 tu pakai selempang kaler pink long? Lain je mama tengok” dengan selamba (yg dibuat2, padahal dalam hati aku nak nangis!)Aku membalas, “ tu budak2 yang dapat anugerah naib cansellor Ma, keputusan doirang 3.5 ke atas setiap semester. Jelas dimataku wajah mama yang sedikit terkejut dan ada riak kecewa diwajahnya. Aku paling kan wajah ketempat lain. Malu dan turut merasa kekecewaan mama pada waktu itu…dan aku berazam nak bagi wajah tua itu tersenyum lebar semasa aku grad untuk degree nanti!!! itu janji aku dalam hatiku.

…kemudian, mama ‘serang’ aku lagi dengan soalan yang agak meruntun hati, “ hang nak bayar yuran dengan ape? aku tak de duit, baba….hang pun tahu macammana baba cari duit, kan? belanja rumah pun kadang2 dia tak bagi long. adik2 hang nak sekolah lagi…cube hang pikir, 800 tu mahal long…baba hang tu, kalau die tak de duit pun, bukannye nak cakap kat anak2 ‘tak boleh’ kalau korang nakkan sesuatu barang tu. tapi mase nak tido die cerita kat aku! korang tak tahu. aku pun geram jugak sebab aku tak dapat nak ringankan beban dia. aku jadi geram tau tak?! ” aku diam, tekun mendengar. sedih menyapa hati…sambung mama, “ kalau hang nak sangat sambung, hang usaha lah sendiri cari duit. kerja dulu. cari duit sendiri, kumpul dan bayar la yuran hang sendiri. bukan aku tak nak tolong, tapi, aku nak hang berdikari! aku tahu hang main2 kat sana. sebab, duit ni, kalau senang kita dapat senang kita ‘buang’ duit, mmg kita takkan hargai susah senang nak dapatkannya. bila hang usaha sendiri, dan bayar gune duit sendiri, hang akan lebih sedar diri dan akan lebih tekun belajar. aku suka kalau hang kerja dulu kat sini…” panjang ‘tazkirah mama padaku. Aku mula berpeluh…’alamak, macam mana ni? aku tak pernah usaha untuk cari duit sendiri nak bayar yuran universiti! mama pulak tak nak tolong aku..matilah akuu!’ wajahku serta merta tunduk, sedih kerana merasakan yang peluang aku nak sambung TESL kat dungun akan berkubur begitu aje…kemudian, mama cakap, “emmm…kalau hang betul2 nak pegi, hang kena buktikan pada mama dan baba yang hang betul2 nak belajar. buktikan dengan result yang cantik. takde malas dan main2!” haaa….apa ni? aku tersentap lagi dan aku tersenyum ckit..hehehe…”tapi, hang kena cakap sendiri dengan baba…aku taknak bagitau. hang kena yakinkan baba sendiri!” aduhh…mama kenakan aku nih! huhu bukan apa, bile saja nak bercakap perkara serious dan soal masa depan dengan baba, aku jadi nervous dan aku pasti akan nangis akhirnya! tu yang aku lemah tuuu…tapi, oleh kerana keinginan yang membuak2 dalam hati, aku bulatkan tekad dan semangat..nak nangis pun, nangis laa…janji, ape yang aku rasa tak lagi bernanah dalam hati aku ni…

malam tu aku intai2 peluang nak ‘borak2’ dengan baba. wajahnya tenang kulihat sambil tangannya membersihkan pancing2 nya (banyak ‘giler’ pancing baba…lebih 20 buah dan macam2 jenis, saiz dan talinya. aku pun tak ingat nama setiap satu dari koleksi baba!) ku pandang kiri dan kanan (macam nak melintas la pulak!)hehehe…line clear. aku pun duduk depan baba. cari topic nak borak. hmm…pancing? huh…blasah laa… “ ba, macammane nak tahu tali mane yang sesuai untuk ikan laut? sama je along nengok! korang tak keliru ke?” huh…lepas satu soalan! baba pun explain pada aku..aku mengangguk tanda faham (atau buat2 faham?) aku pun minat jugak memancing sikit. dan tahu la ilmu pancing ikan ni…pastu, the moment of truth pun datang. aku beranikan diri menyuarakan soalan ni, “baba, along nak sambung blaja lagi la ba..boleh tak?” baba mengalihkan pandangannya dari pancing tu kat aku. aku pura2 bace cebisan kertas kat atas meja tu. Dalam hati, ALLAH je yang tahu betapa aku ‘debor’! “sambung la..kenapa pulak tanya? masa depan hang, hang la yang kena corakkan..hang nak belajar apa?” “along nak sambung TESL, ba.” jawabku sedikit lega. Aku mampu mengukir senyum padanya. “ tapi long, hang suka main. macam mana hang nak tumpu? boleh ke hang nak study lagi ni? aku tak percaya hang boleh perform kat situ nanti. kat mana kursus tu?” tanya baba tetiba. “Dungun lagi la baba” dengan bangganye aku menjawab. Baba tersentak, lantas “ Dungun lagi??? berapa tahun pulak? dua kan…wuiii…jauhhh nyaaaaa! jadi orang Dungun la hang nanti, long!” “ Empat tahun, baba” “ Empat tahun lama tu along. Hang tu pompuan. Jauh lagi. Baba tak galakkan. Baba suka hang kerja dulu. Find way to earn your own cash. Make the effort to pay the fees by your own! Lagi bagus kalau hang dapat buat kerja sambil belajar. By that way you will appreciate your time, money and never want to play around” Apa ni? aku terasa cam dikenakan kali kedua oleh baba pulak (hari tu mama guna ayat yang sama!) aku bajet cam mesti la diorang ni sehati sejiwa nak aku stay kat Kajang and kerja dulu walaumacammanapun. Huh..macam takde pilihan lain jek! Aku dah stat sebak..lagipun, course yang ditawarkan bukan full-time cam dulu. fees nya pun mahal berbanding full-time. tapi, ntah nape, aku rase kuat nak pergi jugak! (kes degil) aku dah nak nangis la mase tu, tgh dok nak cover2 tu, aku dengar baba cakap “ aku boleh bayarkan yuran hang , takde masalah. tapi aku nak bukti yang hang bersungguh2 nak belajar lagi. buktikan kat mama hang tu, kat aku ni yang hang betul2 nak belajar!” aku hilang kata2. pelbagai perasaan menekan benakku. aku rase sedikit putus asa dengan ‘dorongan’ sepeerti ini. Hilang semangat aku nak blaja lagi..mata aku kabur tiba2. empangan airmata aku rasanya takkan dapat bertahan depan baba ni, so, aku pun angkat punggung sebelum baba nampak aku nangis!

Mama masuk bilik aku pastu…dia cakap, “along, kalau hang betul2 nak belajar lagi, hang kena janji hang akan buat yang terbaik. tapi bukan sekadar janji kosong long! buktikan pada mama ngan baba dengan keputusan hang tiap2 semester. jangan la belajar kalau nak sambil lewa long, buang masa. baik la hang kahwin! lagi aku suka…emm..untuk belajar ni, aku sanggup keluarkan duit tabung haji aku bayar kan yuran hang. tapi, lepas2 tu, hang kena usaha nak cari duit sendiri. aku dengan baba tak mampu nak tanggung hang sampai bile2 long. hang kena ingat tu” aku terharu tak tau nak kata apa kat mama. Pengorbanan lagi!!! Terfikir ketika itu, mampu dan sempat tak aku balas jasa mama aku yang tercinta ni…aku nak nangis lagi. Aku peluk mama tanda cinta dan terima kasihku yang teramat padanya. Sesungguhnya terlalu banyak rahsia hati dan perkembangan diriku aku kongsi dengan mama. Aku sangat bersyukur menjadi along kepada mama dan babaku dalam keluarga kami. Terasa hidupku diberkati dan dirahmatiNYA atas kurniaan keluarga ini.

Esoknya baba, mama, aku dan adik2ku keluar ke Bandar Kajang. Destinasi kami ialah Maybank! Kenapa ni, soalku. Dan destinasi kedua adalah Bank Islam! Baba menghulurkan RM 900 yang masih keras lagi (berbau duit baru) ketangan mama. Mama ajak aku keluar dan bawa semua surat tawaran yang berkaitan sama. Aku ikut dan mula memahami tindakan orang tuaku itu. Kami masuk ke dalam bank yang hanya ada 3 orang pelanggan yang sedang menuggu nombor mereka. Aku pegang tangan mama mohon semangat. Sebak dan sayu bergaul menjadi satu membuatkan aku nak jatuh pitam. Pada waktu itu, terbayang diri ini akan melayari sampan kecil yang dilepaskan dan bakal melayari lautan luas yang tiada tepian! tiada tali dan jaket keselamatan, tiada pendayung, tiada layar dan tiada kemudi. Cabaran yang bakal aku hadapi bukan kecil dan aku sendiri sebenarnya kurang pasti dengan kemampuan serta tahap ketahanan diri sendiri. Aku jadi tidak pasti dengan keputusan pada ketika itu! “ Mama…” panggilku perlahan. “ Hang takut ye? Jangan risau la, kalau kami tak susah pasti kami bantu hang kat sana. Aku cuma nak hang belajar berdikari dan jadi lebih bertanggungjawab” Rasa sedikit tenang mendengar kata2 mama. Hilang ketakutanku, terbit pula satu azam , semangat dan tekad baru dalam hati ini agar melihat semua berbangga dan berbahagia dengan diriku satu hari nanti!

Pada pagi aku bertolak ke Terengganu,(esoknya nak daftar sebagai pelajar PLK TESL part 1 di USPP baru) aku bersarapan ‘terakhir’ bersama keluarga aku. Panjang lebar cerita baba, mungkin itu caranya menyembunyikan rasa sedihnya. Aku ketawa dan memberi sepenuh perhatian pada apa yang diucapkan. Tanpa aku sedari, mama menatap wajahku.Lama sekali…Khusyuk. Aku telah dimaklumkan bahawa aku tak akan pulang kerumah dalam satu jangkawaktu yang agak lama. Sehingga aku berjaya mendapat kerja yang boleh membantu meringankan beban yuran yang mahal ‘gila’ tu! Itu aku sematkan dalam hati ini agar tetap sentiasa ‘sedar’ diri dan sebagai azimat ketika berjauhan dengan keluargaku.

Setengah jam sebelum jam 9 pagi, aku dan family bertolak ke Hentian Bas Kajang. Aku bawak 2 beg besar, satu kotak dan bantal kepala sebiji. Mahu tercabut juga tanganku nanti!! Sebelum aku naik bas aku peluk adik2 dan baba. mama aku peluk last sekali sebab aku akan peluk dia lama! mase salam baba, aku cium dahi die. tak de ape nak malu…malah aku bangga ade pluang cium dahi baba dan mama depan orang..mmg aku sayang mama dgn baba aku..more than anything!!!