Pages

Wednesday, September 22, 2010

-:mabuk laut:-

pada menongkat malam yang sepi
sayup bunyi sang cengkerik memanggil bulan
desiran udara disekeliling rumah
membawa aku menerjah kedalam
lubang hati yang dahulunya punya isi

untuk bayu yang tidak jemu menyapa
sampaikan cintaku pada rasa sepi
tuliskan resahku melalui desiran daun
bawakan pada-nya keluh kesah ini

semakin sulit melalui malam ini
bila tiada lagi suara sang cengkerik
kerana dengan nyanyiannya aku bisa mengolah
perasaan yang berkecamuk jiwa

ahh!!
persetankan semuanya

kerana tiada yang mahu berdansa
denganku yang tak punya apa

gila