Monday, April 23, 2012
Orison Swett Marden
"We lift ourselves by our thought, we climb upon our vision of ourselves. If you want to enlarge your life, you must first enlarge your thought of it and of yourself. Hold the ideal of yourself as you long to be, always, everywhere - your ideal of what you long to attain - the ideal of health, efficiency, success."
Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia
Riwayat: Muslim
Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah sesungguhnya
aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka
tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka
berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi
mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh. Kemudian baginda menjawab,
Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau
menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat
pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran
atas perkara yang demikian itu.
Huraian Hadith:
1.
Islam mengajar umatnya supaya banyak
bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia
merupakan pengukur darjat keimanan seseorang.
2.
Islam mengajar umatnya supaya jangan
membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka
mudah-mudahan dengan itu hati mereka menjadi lembut dan baik.
3.
Allah sentiasa memberi pertolongan kepada
orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak.
sumber: Dr. MAK
Subscribe to:
Posts (Atom)