Pages

Tuesday, November 29, 2011

BAKING SESSION WITH AMINAH : CUP CAKE

MOIST CHOC. CAKE

BAHAN A : diayak

2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bicarbonate

BAHAN B :

4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih

CARA MEMBANCUH ADUNAN :

Pukul gula + telur = kembang (high speed) saya pukul dalam 10 minit . Kemudian masukkan susu pekat , pukul sekejap dan masukkan minyak dan pukul menggunakan aras low speed .

Masukkan bahan A iaitu tepung - sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-plahan sehingga betul-betul sebati .Kemudian masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu).

Akhir sekali saya masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh)dan bakar selama 15 minit dalam suhu 180 darjah celcius atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .

NANTI I HAPLOD GAMBAQ~

Tuesday, November 22, 2011

Sod Ba Ro...

Sabar
Riwayat: Riwayat Muslim

Hadith:
Daripada Abu Malik al-Harith bin A`sim al-Asya`ri r.a , katanya, telah bersabda rasul s.a.w , kesucian zahir dan batin sebahagian daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi apa yang ada di antara langit dan bumi, sembahyang sebagai cahaya, sedekah pula bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran itu sebagai bukti untukmu atau atasmu dan setiap manusia dipagi lagi ada yang menjual dirinya ( memelihara diri daripada siksaan Allah) dan ada juga yang membinasakan dirinya sendiri ( tidak ingin keredaan Allah)

Huraian Hadith:
1.    Hadis ini menerangkan kelebihan darjat dan hikmat mengerjakan amal kebersihan , menunaikan solat, memberi sedekah, bersifat sabar, membaca al-Quran dan membanyakkan tasbih dan tahmid.

2. Tiap-tiap perbuatan itu masing-masingnya memperolehi balasan dari Allah mengikut apa yang dikerjakannya

3. Didalam perjuangan kehidupan, manusia biasanya berhadapan dengan keuntungan dan kerugian atau kemuliaan dan kecelakaan. Ketika berhadapan dengan kerugian atau kecelakaan yang merupakan dugaan bagi manusia, ketika itu hendaklah diterima dan dihadapi dengan penuh kesabaran kerana manusia telah dijanjikan bahawa Allah bersama orang-orang yang sabar.



credit: Dr. MAK

Tuesday, November 8, 2011

huhu

sudah lama tidak mengarang, tiada perasaan singgah untuk dikongsikan bersama. hidup berjalan sebagaimana biasa. ada suka duka, ada tawa ..
pencapaianku 3 hari kebelakangan ini, aku baking cake.4 biji sekaligus untuk hari raya haji. alhamdulillah, semuanya jadi. ada resipi yang baru saja aku cuba.. kek pelangi dan kek keju blueberry. alhamdulillah, menjadi semuanya. sekurang2nya tidak melemahkan semangat aku dan DJ yang turut membantu.


kami beraya di InteGomb dengan Siti Aminah. kasihan tak dibenarkan balik untuk beraya. maklum, SPM akan menjengah kurang satu minggu lagi. mencabar emosi sungguh kali ini, dia diganggu makhluk..huhu, aku yg dgr cerita pun rasa gementar. inikan pula yang menghadapinya.


hope dia kuat menghadapi semuanya...

"This is the challenge of writing. You have to be very emotionally engaged in what you’re doing, or it comes out flat. You can’t fake your way through this."

Real Live Preacher

Aku Maafkan Kamu