Pages

Tuesday, April 13, 2010

agi idup agi ngelaban

Beranikah seorang wanita berterus terang, bila ianya melibatkan perasaan yang tiada hujung pangkalnya, mampu membawa diri ke langit tujuh, namun mampu menjunam ke tanah dalam minit seterusnya. Oh~

Sudahkah aku sampai ke tahap itu bila hati masih mempertikaikan pilihan yang sedang aku timbang. Siapa yang mampu menjawab soalan hati aku ini selain DIA.. kita digalakkan berusaha, bukan? Oh Tuhan, tunjukkan aku caranya..

Dalam menjalani ranjau hidup, DIA akan jumpakan kita dengan pelbagai manusia..
Apakah impaknya? Tentulah cara pergaulan, kebebasan hidup bermasyarakat dan beragama. Atas diri sendiri untuk bagaimana harus memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada khalifah disini. Buruk baiknya semua bersebab. Kenalah muhasabah diri, iman dan tawadduk dalam perbuatan dan sikap seharian.

Siapakah yang akan merasa akhirnya kemanisan ini? Tentulah kita semua bermanfaat darinya…dari ALLAH kita datang, kepadaNYA jua setiap dari kita akan kembali…

Selagi hidup selagi itulah kena berjuang :) I can do it!!