Pernah kehilangan?
Aku pernah. Kehilangan kawan. Kehilangan kekasih. Kehilangan ahli keluarga tersayang.
Semuanya memedihkan. Semuanya menyedihkan.
Kehilangan mana yang mampu sesiapapun hadapi?
Bila salah satu nyawa direnggut pergi. Baik hidup mahupun mati.
Aku sedang melayani lagu cinta. Lagu airmata. Lagu jiwa. Lagu lara. Sengsara.
Dalam dunia, bukan satu orang saja yang merana. Bukan.
Ramai juga marhaen lain yang rasa apa itu sakitnya kehilangan.
Itu pasal tiada yang berani lagi mencuba. Mendekati. Menyayangi. Memberi hati.
Sebab, bila hati diberi, ada ruang dan peluang untuk ‘kehilangan’ mengambil tempat.
Siapa mampu menahan dugaan kehilangan buat kali seterusnya?
Aku tiada keyakinan menghadapinya lagi.
Untuk itu, hati aku peruntukkan hanya secebis.
Tak mahu izinkan yang lain datang menghancurkan jiwaku.
Dan mungkin yang lain juga begitu. Bahana kehilangan.
Tiada yang mahu dan sudi membuka pintu.
Untuk sesiapapun.. jelas keakuan dan keengkauan