semua orang ada impian.
semuanya hidup dalam angan dan cita.
manusia, lahiriah memang tidak mampu lari daripada perkara-perkara ini.
aku suka pandang sekeliling.
memerhati kebesaran Ilahi. sambil mempelajari sikap manusia menjalani kehidupan sehari-hari.
aku berpeluang untuk banding-bezakan mana yang elok dan mana yang tidak.
ini semua memotivasikan aku untuk lebih berusaha.
kadang bersua juga dengan perkara yang tak disangka.
tiba waktu, ada juga momen yang terpaksa buat-buat suka.
insiden yang buat aku terpaksa mengubah diri supaya compatible dengan keadaan semasa.
bukan semua perkara yang berlaku itu positif.
bahkan kadang kala dalam perkara negatif yang berlaku atas diri kita,
itu yang mendatangkan kekuatan pada diri untuk bangkit semula setelah puas berbicara,
dengan akal fikir kita.
entah.
memang pernah aku dengan ungkapan ini.
sometimes we do need to live our lives one letter at a time (quote from P.S I Love You)
tetapi tanggungjawab kepada ALAH, ibu bapa, adik beradik, kerja, komuniti dan sosial tak membenarkan itu.
kita perlu bangkit dengan pantas kerana zaman ini, masa tak menunggu sesiapa.
sebagai konklusi, biarlah kita yang berada dihadapan masa..
Back to the future!!
No comments:
Post a Comment