aku masih punya Datuk Saudara. Namanya Tok Jun. Isteri Tok Jun, Nek Su Jah. mereka ada tiga orang anak, Pak Long Hafiz, Pak Ngah dan Mak Su Nadhirah Hani. Pak Long kerja rasanya. Pak Ngah masih belajar di kolej. yang ada di rumah hanya Mak Su.
petang tadi kami berkumpul di rumah Tok Jun. Taman Kosas, Ampang. we are the first to arrive :) mama bawak Mee goreng basah untuk potluck. tak sangka Nek Su Jah pun buat mee juga untuk hidangan petang tadi. ada Mak Su Nadhirah bantu juga kemas apa yang patut.
lepas kami sampai, aku, DJ dan Ecah tolong Nek Su Jah di dapur. hehe, masa ni la nak tunjuk bakat. kalau kat rumah, haram~ (sorry Mama!!)
DJ sendukkan Mee Goreng Mama dalam mangkuk. Aku kupas kulit telur rebus (untuk Mee Kari Nek Su Jah) dan Ecah buat air. dalam setengah jam gitu, Uncle Jamil pun sampai. berdua je ngan Auntie Ani. hehe, Besday 'Boy'.
then kami makan je dulu. tak perlu tunggu orang lain, sebab nk elak tetamu lapar~ (Nek Su Jah yang kata). then, family Uncle Akex, Auntie Fatah dan Mira. Auntie Ijan dan Mikhail. Auntie Cikin dan Uncle Nahar serta Jia. Uncle Yusof, Dek Mat dan Auntie Shikin. Auntie Shikin bawak Makcik Ana (sepupu Baba dan lain2) Then, Auntie Rehan sampai. Last to arrive was Auntie Jah dan Auntie Yati. agak meriah sebab bukan senang nak kumpulkan adik beradik Baba yang perempuan. ada lima semuanya. dan petang tadi, lima-lima ada :)
adik beradik lelaki Baba, yang ada hanya Uncle Jamil, Baba, Uncle Nahar dan Uncle Akex. yang tak ada Uncle Faid and Uncle Halim.
anyways~ kami bincang fasal kenduri anak Tok Jun yang akan di adakan pada bulan Julai nanti. aduh, aku akan jadi MC (sekali lagi). Ecah, memang muka jaga bunga telur :) hehe DJ dan Aminah belum tahu lagi skop tugasanya merangkumi apa. mungkin juga tak sempat mahu sertai. masing-masing sibuk dengan urusan belajar.
Pak Long Hafiz sebaya dengan aku. 27 tahun. masa Mama dalam pantang (Aku), yang turut sama dalam pantang adalah Nek Su Jah (Pak Long Hafiz), Auntie Jah (Ina), Auntie Cikin (Nash), Mak Teh (Yati) dan...
ramai kan? :) ya, kami keluarga besar. Mama ada 10 adik beradik, Baba ada 11.
sekali-sekali berkumpul macam ni, memang seronok!
No comments:
Post a Comment