Pages

Tuesday, February 21, 2012

Rapu-Rapu

Dlm keriuhan,aku sepi.
Dlm ketawa,aku sedih.
Dlm ketabahan,aku duka.
Dlm keberanian,aku takut.


Dikurnia jutaan rasa,untuk aku hargai rasa-rasa lainnya.
Tanpa sepi aku tak kenal apa itu mesra.
Tanpa sedih aku tidak kenal apa itu gembira.
Tanpa duka lara aku takkan tahu erti syukur dan terima dgn redha.
Tanpa ketakutan aku takkan belajar erti gembira.


Datanglah apa jua pun rasa mengganggu jiwa..
Aku pasti mampu bangkit semula.
Allah denganku.
KepadaNYA nanti aku kembali.

wordlessly


D.I.L.E.M.M.A



Bismillah~

Lama rasanya tak menulis~ sibuk dengan projek2 yang mengejut 2-3 minggu ini...

Kita nak ckp pasal apa ye?

D.I.L.E.M.M.A

dilemma dlm hidup, dlm pilihan, dlm urusan seharian.

mula2, mesti la nak tahu jugak apa maksud dilemma ni.. duk sibuk sebut, gunakan dalam ayat, dlm karangan, kan...

okeh ni maksud dia ye:

A situation that requires a CHOICE between options that are or seem equally unfavorable or mutually exclusive.
from my own translation, in short, to choose the best among the worst~

Ada dilemma yang aku hadapi, dari dulu sampai sekarang.

Krisis kenaikan.

Kenaikan apa?

Kenaikan berat badan.
*pandai semuanya...clap...clap..clap..*

Org jenis aku ni, kalau tak control, memang senang naik, susah nak turun. Ha, dilemma ke tak dilemma? makan pun naik badan, tak makan pun sama, diet pun naik jugak, tak pantang pun sama...

masa school dulu, aku memang lebih kurang je saiz dengan geng2 masa school dulu. masa Uni pun sama.
I boleh pakai baju you, you boleh pakai baju I..
habis Diploma, masuk kerja...tahun 1st masih jelita. (skrg pun jelita jugak, cuma kurang keyakinan jer~ hehe)

tahun kedua, ketiga, keempat bekerja.diriku semakin berkembang biak dengan jayanya~
untuk senangkan pembaca membayangkannya, aku terus terang dgn berat badan yg membimbangkan ni..grad dengan berat badan sedap2 60kg gittew~ then naik kepada 84kg dlm masa 3-4 tahun. amacam? boleh bayangkan? :) hehehehehe~ 
*gelak panjang sambil guling2 atas lantai*

reunion yang aku attend semuanya mengecewakan ya..
bukan tak hepi jumpa kawan2 lama. aku cume stress. bukan stress sebab tak kawin dan belum ada baby lagi..aku tak kisah semua tu~
yang aku kisah ialah kenapa badan aku macam org dah kawin and ada anak? sedangkan member aku yang dah ada anak 2-3 orang masih sama je macam masa school ngan Uni.
aku STRESSSSSSSSSED!!!!

so i keep missing reunion, malas nak jumpa. sebab ayat yang aku akan dapat sama je.

ayat standard 1:
Bakpo makin sehat loning???
*yelah, kalau aku sakit, tak de la aku jumpe korang kat sini...*

ayat standard 2:
Ya Allah, makin gemuk ko sekarang eh!
*apakah gemuk itu berdosa?hina?keji?*

ayat standard 3:
kenapa makin besar ni?
*bajet umur makin tua , saiz makin kecik kah? kamon la~*

ayat standard 4:
dah berapa orang anak ko?
*majlis kawin pun belum ada. anak kucing, anak tekak ada la~*

ayat yang paling aku takkan maafkan sampai sekarang:
"Hai, lama tak jumpa :) dah berapa bulan dah sekarang ni?", sambil mata turun kat perut aku.
*.........................speechless.........................*

-nota tambahan-
dah jelas2 lama tak jumpa, ko tak ada adab langsung dengan mengASSUME bahawa aku telah berkahwin dan mengandung!!

-tambahan lagi-
dah le lama tak jumpa, kawan baik pun bukan, ko tak de HAK nak bertanyakan soalan peribadi sebegitu!
maaf, tp kau bodoh.

***updated***
bersyukur sebab jumpa jalan penyelesaiannya, ALHAMDULILLAH!


nak tahu?


Call/sms/email me 018-6671137/sfzyjsm@gmail.com