Pages

Friday, July 30, 2010

Kenapa Perempuan Lebih Banyak Menangis?

thanks to sahabat armouris yg sudi berkongsi :)

Kajian ilmiah menyatakan bahawa perempuan lebih banyak menangis 4 kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.


Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.

Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.

Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.

Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jenis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.

Faktor Panjang Usia

Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Pakar doktor jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti.

Hormon Berbicara

Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stres dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.

Thursday, July 29, 2010

Salahkah lelaki menangis?

Copied FROM: http://keretamayat.blogspot.com/2009/10/salahkah-lelaki-menangis.html
Salahkah lelaki menangis?
Posted by Hamka

(artikel ini ditulis oleh seorang yang bukan ustaz, dan kini, seorang yang bukan ustaz itu bercerita selingan kisah seorang lelaki yang baru kematian isterinya yang tercinta..)

Aku sedang mencari dua buah hadith, tapi dah puas aku belek belek kitab ugama kat rumah aku, tapi masih tak jumpa-jumpa jugak.., (macamlah banyak sangat kitab ugama kat rumah aku) salah aku jugak, akupun dah lupa kat mana akan dua buah hadith tu yang pernah aku baca, rasa macam pernah baca kat rumah aku, tapi kat kitab mana ntah?, maka.., aku harap sangatlah jika korang yang tahu tentang hadith ini, silalah email aku, kerana aku ada ‘urusan’ dengan hadith tersebut yang boleh aku kongsi pendapat dengan semua bakal mayat sekalian...

Baik, untuk mudahkan korang menjejak hadith yang aku maksudkan, biarlah aku cerita secara ringkas isi hadith tersebut yang masih aku ingat serba sedikit, dan insyAllah.., aku cuba tulis ‘sisa baki intipati’ hadith tersebut setakat yang aku ‘ingat-ingat lupa’, ketidak tepatan amatlah di kesali, dan maksud lafaz hadith juga akan bertulis dalam ‘lebih kurang maksud’.., itu yang aku harap sangat bagi korang yang tahu akan lafaz sebenar hadith ini, silalah email aku.., tolong!

Hadith satu:-

Pada satu hari, ada sorang hamba Allah ni dah jadi mayat, akan tetapi takde orang yang sudi nak solat mayat untuk si mayat ni kerana tak tahu status sebenar si mayat ni, munafik ke islam?

Sebab waktu hayat mayat ni banyak buat dosa yang semua orang tahu, maka, apabila berita ini sampai kepada Nabi Muhammad SAW, terus Baginda ke tempat kejadian dan mengumpulkan para sahabatnya lalu bertanya:

“siapakah antara kalian, yang pernah melihat hamba Allah ni buat baik?”

Tapi takde respond, lalu Nabi ulang lagi soalan tu berkali kali sehingga bangkitlah seorang sahabat Nabi yang memberitahu bahawa beliau pernah lihat si mayat ni menjaga barang-barang orang islam di satu medan perperangan sewaktu pejuang islam yang lain sedang berehat keletihan…

Mendengar kebaikkan mayat yang berjaga di jalan Allah, Lantas terus Nabi sempurnakan mayat itu secara islam, dimandikan, dikafankan, di solatkan, dan dikuburkan.., dan sewaktu mayat itu di baringkan ke liang lahad, Nabi telah ber’talking’ padanya:-

“Sahabat sahabatku berburuk sangka padamu, tapi bersaksilah, bahawa kamu adalah ahli shurga”

Hadith dua;

Pada satu hari yang lain, ada sorang hamba Allah yang lain juga sudah menjadi mayat, berbeza dari tadi, mayat ini telah di layan dengan baik, iaitu disempurnakan mayat itu secara islam, dimandikan, dikafankan, di solatkan, dan dikuburkan..

Setelah selesai dikuburkan mayat itu, maka berceritalah para sahabat sahabat sesama mereka akan betapa beruntungnya si mayat tadi, sebab waktu hayat selalu buat baik.. dah confirm masuk shurga katanya..

Kemudian, apabila Nabi terdengar pujian pujian yang begitu tinggi pada si mayat, maka Nabi telah bertanya 3 soalan, (aduh!.., ni part yang aku lupa ni, tapi seingat ingat aku) soalan Nabi berbunyi begini,(lebih kurang maksud) “ pernah tak si mayat ni tidak mendapat apa yang dia hajatkan” jawapan yang sahabat bagi, “tidak pernah”.. lepas tu Nabi Tanya, (kalau tak silap aku), “jika Hamba Allah ni pergi meminang, ada tak orang yang akan menolak pinanganya? jawapan yang sahabat bagi, “tidak ada”.. dan satu lagi soalan, memang aku lupa gila, yang mana pendek cerita…

Setelah Nabi dengar jawapan para sahabat, maka Nabi bersabda: “anggapan kamu pada si mayat adalah tidak benar..”

Nabi tak kata mayat tu masuk neraka, tapi Nabi kata sangkaan mereka terhadap kebaikkan yang di terima mayat itu seperti masuk shurga adalah tidak benar..

Ok, habis. aku kena baca lagi sekali hadith ni untuk tambah faham apa yang belum faham, itu yang aku harap korang tolong carikan hadith tu untuk aku dan bolehlah kita kongsi pada semua bakal-bakal mayat sekalian, insyAllah,

Dan walaupun kita masih belum jumpa matan sebenar hadith tersebut, tapi tak salah kita belajar moral dari dua hadith di atas, iaitu:-

Kita tak ada hak untuk tentukan mayat sipulan bin sipulan adalah ahli neraka hanya kerana kita melihat si mayat itu buat jahat sekian sekian atau atau ahli parti sekian sekian,

Juga,

Kita tak ada hak untuk tentukan mayat sipulan bin sipulan adalah ahli shurga hanya kerana kita melihat si mayat itu buat baik sekian sekian, atau ahli parti sekian sekian,

Kerana hakikat sebenar tentang nasib kepada roh adalah urusan Allah, jadi.. jangan pandai pandai nak jadi ahli nujum Pak Belalang.., sangkabaik takpe, tapi jangan letak HUKUM! Faham?

Aku tengok ada orang bila lihat mayat buruk sikit terus cari aib mayat dan padankan kesalahan mayat dengan rupa buruk mayat, sedangkan kita tak boleh meramal nasib mayat kerana ada hadith cerita tentang orang beriman bila nak mati, kadang kadang Allah susahkan waktu nazak sebab nak ampun dosa.., Nabi sendiri sakit kepala dan tak boleh nak berdiri waktu sakit.., belum lagi cerita kisah sahabat yang mati kena bunuh sesama islam, atau kisah mayat sahabat yang mati di lapah, atau kisah sahabat yang mati bercerai badan, ada jugak kisah mayat sahabat di kerumi lebah.., tapi takde pulak orang yang sanggup meramal nasib mayat berpandukan rupa mayat atau tempat mati si mayat..

Dan sama jugak jika mayat tu rupa bersih, kitapun terus yakin mayat tu masuk shurga, walaupun mayat tu tak solat waktu hidupnya, atau mayat tu pengebom berani mati misalnya, lalu shaitan cakap, tengok, orang tak solatpun muka bersih waktu mati, tengok, orang yang bom orangpun bersih mukanya waktu mati.., jadi tak payah kita nak sebarkan berita yang kitapun jahil, iaitu urusan roh adalah kerja Allah, kerja kita semua adalah sempurnakan mayatnya, tutup aibnya, dan sebarkan kebaikkan tentang mayat agar semua orang dapat belajar sangka baik..,

Aku juga suatu hari nanti pasti jadi mayat, dan bagaimanapun rupa mayat aku, buruk atau bersih, bersangka baiklah pada Allah, sempurnakanlah mayatku secara islam, mandikan aku, kafan kan aku, dan kebumikanlah aku.. lupakanlah aku…

Ps: Kalau nak kenangkan aku jugak, kenanglah aku dalam doamu.., chewahh..

HABIS.

**********

Tambahan:-

Cerita ayah aku yang baru mati bininya..

Korang ingat tak entry tercekik tulang yang menceritakan kisah seorang makcik yang tercekik tulang lalu di nasihat oleh aku supaya di angkat tangan tinggi tinggi, lurus macam superman.., lalu makcik tu tergelak yang menyelamatkan nyawanya dengan izin Allah, korang ingat tak? takpelah jika korang tak ingat, apa yang aku nak bagitahu.., makcik tu adalah ibu aku, dan beliau telah meninggal dunia pada 8 Syawal 2009 yang lalu..

(Dari Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali)




Imbas kembali:-

SEBELUM JADI MAYAT
Sempena hari raya 2009 baru baru ni, kami semua adik beradik telah pulang ke kampung menziarahi orang tua kami, dengan niat menunaikan perintah Allah yang memerintahkan agar kita sentiasa buat orang tua kita rasa bahagia dan dihargai serta dimuliakan selagi hayat di kandung badan.., maka menjelanglah hari raya, suasana riang ria, bersalam salaman, bermaaf maafan, berpakaian serba baru, duduk keliling meja, makan ketupat dan lemang, nasi minyak dan nasi dagang..,

Seminggu kemudian, setelah semua adik beradik pulang dari menziarahi mak aku sempena hari raya, tiba tiba rumah mak aku di ziarahi tetamu terakhir dalam hidupnya, iaitu Malaikat Maut yang datang ziarah pada waktu sahur, yang mana selepas mak aku bersahur untuk puasa enam, setelah ambil wudhu, dan sebelum sempat kering wudhu di wajahnya, terus mak aku di jemput Malaikat Maut untuk mengadap Allah…, masanya dah sampai, selamat tinggal dunia, selamat tinggal anak anak, selamat tinggal keretamayat…

Dan pada pagi subuh yang hening itu, ketika aku sedang bersiap nak solat subuh.., aku dapat panggilan telefon dan dengar suara adik perempuan aku menangis..

Pendek cerita..,

Aku juga menangis dalam subuh yang hening itu..

Ps: Mak…, “Aku bukanlah superman, Aku juga bisa nangis
jika kekasih hatiku.., pergi meninggalkan aku..”

MENJELANG JADI MAYAT
Baru seminggu beraya, dan tanpa tanda tanda sakit, Mak aku kini dah jadi mayat, sedih juga hati lelaki ini sewaktu melihat mak yang selalu ketawa dengan lawak aku, kini dah jadi mayat sejuk di pembaringan.., meleleh jugaklah air hidung aku.., nasib baik bini aku lekas lekas datang peluk aku, boleh lah aku lap lender hingus aku kat bahu dia..,

Mak,

Aku telah lama kelakar, dah kini, mak dan tak boleh gelakkan aku, kelak, siapa lagi nak gelakkan aku bila semua orang tak nak gelak kat aku mak?..

“Ayahku selalu memarahi aku, jika jatuh air mataku..
kata ayah slalu, Air mata itu adalah tanda kelemahan..
Tapi ternyata air mataku, Ternyata jatuh juga..
Aku bukanlah superman, Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku, Pergi meninggalkan aku”

Ps: Mak, Ayah jugak menangis…

SETELAH JADI MAYAT
Muka mayat mak aku cerah putih dan kelihatan macam orang tidur, tak henti henti anak anak mak datang mencium dahi mak yang sejuk.., (cium dahi mayat adalah Sunnah Nabi..,) dan bibir aku ini dah banyak jugak mayat yang aku cium, err, maksud aku cium dahi, satu hari nanti, dahi aku pulak akan jadi dahi mayat.., sementara aku hidup, biar bini aku sorang jer lah yang cium dahi aku, sabor jelah..

Ps: Mak, itu adalah ciuman yang terakhir..

TENTATIF MAYAT
Meninggal sebelum subuh, mandi selepas zohor, dan dikebumikan selepas asar, begitulah tentatif hari isnin itu, maka berduyun duyunlah adik beradik aku pulang ke kampung bersama linangan air mata..

Ada anak saudara aku berumur 4 tahun, yang baru kematian nenek sebelah ipar aku, bila datang melihat nenek sebelah sini pulak meninggal, maka bertanya soalan yang buat aku nak gelak..

“nenek ni dengan nenek sana, kembar ke?”

Dan sorang lagi anak saudara aku yang duduk kat sepang, bila melihat suasana kematian yang memilukan pula berkata:

“nasib baik nenek kat Sepang tak mati..”

Ps: Apa-apalah..

MEMANDIKAN MAYAT
Mayat mak aku di mandikan oleh kami adik beradik, alhamdulillah, dah banyak kali mak aku mandikan aku, nilah baru sekali aku mandikan mak aku.., tapi tak acilah, kitaorang mandi beramai ramai, tapi mak sorang jer yang basah kuyup…,

Ps: ok, bukan mak sahaja yang basah, pipi kami juga turut basah..

SOLAT MAYAT
Imam solat mayat adalah abang sulung aku, dan beliau menangis waktu solat, dan waktu berdoa, hingus meleleh dari hidungnya.., buruk betul..

Solat mayat di buat tiga kali sebab orang yang ramai dan ruang rumah yang sempit, walaupun pada mulanya AJK masjid dah suruh solat kat Masjid sebab kawasan lebih besar, tapi ayah aku nak jugak kitaorang solat mayat kat rumah, ayah aku cakap, masa bina rumah ni dah niat nak mati kat sini dan solat mayat kat sini… lantaklah..

Dan aku pulak selamba pergi ke surau pinjam sejadah tapi tersenyum kambing bila AJK cakap, solat mayat mana pakai sejadah?…, ye tak ye jugak.., errr, kalau begitu pinjam sejadah untuk tutup keranda sahajalah bang..

Ps: Orang lelaki jika nak menangis, menangislah di atas sejadah..

USUNG MAYAT
Rumah aku dekat jer dengan kubur, jalan kaki jerr, jadi tak perlu naik keretamayat..,

Ps; Setiap pengusung mayat mendapat hadiah kain tuala saiz baby..

TANAM MAYAT
Lubang kubur mengalami tanah runtuh sebaik mayat mak aku tiba di halaman kubur, ini kerana orang ramai yang jarang datang ke kubur, lalu bila sekali datang ke kubur di bantainya berdiri betul betul di pinggir kubur yang mana sekali gus tanah tebing kubur akibat mengalami beban lampau yang memaksa paksi gravity bertindah menarik tanah pinggir itu ke ruang kosong di liang lahad bumi, apa hikmah di sebalik runtuhan kubur ini?

Mungkin Allah nak bagi pahala kat kami anak beranak untuk ‘gali’ kubur sendiri kat mak aku.., dan aku masa tu telah bukak selipar dan gali kubur.., sebab mana ada orang gali kubur pakai selipar?, dan mana boleh gali kubur pakai selipar?, perbuatan tu salah! Dan haram dalam dunia menggali kubur, sebab semua orang gali kubur tak pakai selipar, mereka pangai cangkul..

Ps; Penggali kubur pula mendapat hadiah kain pelekat.

TAHLIL MAYAT
Tahlil malam pertama di kepalai oleh adik lelaki aku, ikut jadual, malam esok abang aku dan malam ketiga mereka nak suruh aku, tapi aku tolak, sebab aku tak pandai.., tapi aku cakap jika mereka semua dah mati, baru aku yang tahlilkan korang.., woha!

Ps; semua ahli tahlil yang berdoa kesejahteraan untuk mak aku mendapat hadiah makan malam percuma..

YANG DI TINGGAL MAYAT

Mak aku adalah seorang guru Al quran di kampung, mengajar secara ‘percuma’, (Cuma perlu ‘bayar’ sekilo beras atau sekilo gula sahaja untuk setahun) anak muridnya dah beratus orang dan ada yang dah beranak pinak, itu yang ramai orang datang ziarah mayatnya..,

Mak aku jugak meninggalkan 9 anak, walaupun berbeza fahaman politik, tapi semua di kira berjaya, kira ibu mithali lah ni.., dan jugak 7 anak tiri..

Tentang harta, mak aku hanya ada sebijik rumah, harta yang lain semua dah di sedekahkan..

Ps; Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila telah mati anak Adam itu maka terputuslah semua amal ibadatnya kecuali 3 perkara iaitu:1.Sedekah jariah.2.Ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya.3.Anak yang soleh yang tidak melupakan mendoakan ibu bapanya.

SUAMI MAYAT
Ayah aku minta tolong salah sorang adik beradik untuk temankan beliau tidur malam itu,.., adik lelaki aku yang bongsu sudi temankan, aku nasihatkan adik aku, tidur jangan selimut seluruh badan, bagi nampak kepala…

Malam besok ayah aku pelik sedikit, dia telah kemas katil dan berkata, malam ni mak kau akan pulang untuk teman ayah tidur, lalu lagi sekali adik lelaki aku temankan ayah aku tidur malam itu, dan aku sempat berpesan pada adik aku, kenapa tak pakai baju mak, dan cakap kat ayah waktu nak tidur, “malam ni saya uzur..”

Woha!

IRAMA DAN MAYAT
Waktu kemas rumah dan harta arwah mak aku, ada adik beradik dan anak saudara yang menyanyi lagu lagu bertema keibuan seperti:-

Ibuuu... ibuuu... Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka ..Engkau hiburkan selalu

Juga ada lagu Exist Untukmu Ibu

Tuhan Yang Esa
ampuni dosa ibu
tempatkan mereka
diantara kekasih kekasihMu

Juga ada lagu nasyid dari NowSeeHeart

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan

Juga lagu ini, siapa nyanyi ntah?

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian..

Aku tanya abang aku, semua orang asyik nyanyi lagu ibu sahaja, siapa nak nyanyi lagu untuk ayah? Kenapa kompeser lagu lebih suka mencipta berpuluh-puluh lagu untuk ibu. Tapi lagu untuk Ayah takde ke?

Tiba tiba jer abang aku menyanyi:-

" Ayahku kahwin lagi, Dengan si dara jelita.. la la la”

Woha!

MENANTU BARU MAYAT
Yang mati teruskan kematian, yang hidup teruskan kehidupan

Menjelang hari ketujuh arwah mak aku meninggal, Mak akhirnya dapat menantu baru..
Kerana abang aku tetap meneruskan hajat arwah mak yang nak kahwinkan abang aku buat kali kedua tanpa menceraikan isteri pertama, maka berpoligamilah abang aku.. (cerita detail lain kali-kalau aku rajin)

Ada orang usik aku, :"Abang kau dah kahwin dua, kau bila lagi?"

Aku kata, aku tak boleh langkah bendul.., lalu menjeling ke arah ayah aku, dan lagu ‘ayahku kahwin lagi’ pun terngiang..

Woha!

KEPADA MEREKA YANG IBUNYA BELUM JADI MAYAT
Baliklah kampong, ziarah mereka, bawak mereka jalan jalan, dan sedekahkan mereka wang dengan jumlah yang banyak.., takpe.., sebab mereka dah tua, dah tak lama hidup..,

Jika tidak.., korang hanya sempat ziarah kubur mereka dan sempat sedekah Al fatihah sahaja.., isk..

Oklah.., Dah panjang aku tulis, rasa macam mak aku ada jer kat dapur.., rasa nak pergi jamah jap masakan mak kat dapur, oh.., semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya, terima kasih mak, kerana besarkan aku dari kecik, sehingga lebih besar dari mak.., halalkan segala yang terjadi sejak dari kecik tapak tangan sehinga jadi besar sebesar manusia..

Aku nak pergi peluk bini aku jap, nak lap hingus kat bahu dia, wasalam

SEKIAN

Ps: Malaikat Maut dah datang rumah mak aku, lain kali beliau akan datang lagi rumah aku dan rumah korang atau rumah mak korang… baik korang call mak korang dan cakap "i love u"

(“Aku bukanlah superman, Aku juga bisa nangis
jika kekasih hatiku.., pergi meninggalkan aku..”)

~hari lemau sedunia~

masuk kerja.
ada banyak kerja.
discuss pasal kerja ngan sis Huieda.
susun kerja mana yg mesti didahulukan.

perut meragam.
habis rosak momentum kerja.

dengar Maher Zain, makin merebak saban hari.
berjangkit ke meja kawasan sebelah.
muzik memuji nama ALLAH semakin segar bekumandang.
kerja mesi diteruskan.

hati tenang.
perut sakit.
aku lemau~

Wednesday, July 28, 2010

i'm on leave :)

went to sleep late last night...

wake up early this morning, perform Subuh prayer with Baba. at ease~
for this morning i do not need to be rushing as two days earlier :)
i'm on leave!
started the washing machine and put my used baju kurung inside~
feel good for doing laundry. hmm, that's weird ~

switching the laptop on and checking my facebook account. opening new tabs and while waiting
for Blue songs to load ~
currently listening for "Best in Me"
emm, never failed to make me feel 13 again~

the song ended, waa...why was it so quiet @ home?
my baby brother was sleeping beside the laptop.. where's Mama n Baba?
i stand up and look for them...hm, the house was empty.

i sit back in front of the laptop and continue typing, "aaah~ no wonder i heard the sound of the car just now..they went to the Taufiqiyah..."
it's Wednesday and there is kuliyyah today :)

ok then, my washing machine is almost finish doing its job~
that is my cue to go finish my part...hanging the clothes dry.
go and wash, put on decent outfit and off to my movie marathon :) for Wednesday is my movie marathon day~

this Wednesday, i watched alone~

i'll update the feeling of watching the movies alone later~

till then, XOXOX





Blue - Best in Me

Tuesday, July 27, 2010

saya suka post ini: dari seorang kenalan Tramizi Hussin


http://www.facebook.com/notes/tramizi-hussin/gadis-kek-cawan-dan-cinta-hatinya/10150253949050249

terima kasih :)

Gadis Kek Cawan Dan Cinta Hatinya
Today at 1:04pm
Aku berjumpa gadis itu di satu senja. Dia duduk di bangku menghadap matahari yang sedang terbenam. Di pahanya ada kotak warna hitam ke-emasan yang disimpul dengan riben berwarna biru laut. Sesekali rambut hitam ikalnya terbang menutup muka, yang cepat-cepat diseka dengan tangan kanannya. Ada air mata yang menitis jatuh perlahan-lahan, ke pipi mengalir terus menitik jatuh ke atas kotak itu. Lama aku melihatnya dari belakang, kemudian memutuskan untuk menegur lembut. Dia mengangguk perlahan, tiada riak resah dan takut dari wajahnya melihat aku perlahan-lahan duduk di sampingnya.

Ada esak tangis yang ditahan-tahan. Aku keluarkan tisu dari beg sandangku dan sua kan kepadanya. Dia tersenyum nipis, dan mengambil tisu itu mengelap mata dan wajahnya yang kebasahan. Dan kami lama duduk di situ diam, merenung langit yang semakin jingga dan bulan yang semakin terang nampak di kejauhan.

Dia membuka kotak hitam itu, menunjukkan kepada ku enam biji kek cawan yang terlukis indah.

Dia mengangkat satu kek cawan yang tidak terhias apa-apa, cuma kosong dengan warna krim kekuningan.

‘Ini hati saya pada mulanya. Satu hari saya memutuskan bahawa hati yang seketul darah itu tidak wajar terletak dalam badan saya yang tidak di ingini oleh sesiapa. Saya bedah dada dan keluarkan hati, adun dalam ramuan menjadi kek cawan. Anehnya, ia berubah menjadi kuning ke-emasan bukan merah darah yang saya sangka kan.’ Dia meletakkan kek cawan pertama di ruang antara kami. Aku melihat kek itu berdenyut-denyut lembut dan lemah.

Dia mengangkat yang kedua. Kek cawan yang terlukis di atasnya tiga kuntuk bunga ros berwarna merah, biru dan kuning. Ada sebiji permata yang bersinar terang di antaranya.

‘Satu hari saya berjumpa seorang lelaki. Diam-diam saya menginginkan-nya. Siang, malam saya mengharapkannya. Di satu malam, bila saya tidak lagi boleh menahan keinginan kepadanya, saya bedah kepala saya dan keluarkan harapan dari satu sudut terdalam dalam kepala. Saya adunkannya dan jadikan ia kek cawan ke dua. Tiga kuntum bunga ros itu ialah kalimat keramat yang saya inginkan dan permata bersinar itu ialah harapan saya kepadanya yang tidak pernah pudar.’ Kek cawan yang ke dua itu diletakkan di sebelah kek yang pertama tadi. Aku lihat sinar permata itu makin pudar.

Dia mengangkat yang ketiga. Kali ini kek cawan itu bercampur aduk hitam dan putih, membentuk lapisan berselang seli dan corak polka dot hitam dan putih.

‘Ini marah dan kebencian saya. Bila lelaki itu tidak pernah mengerti apa yang saya mahukan. Ya, dia melayan saya baik sekali. Tetapi baik dan suka berbeza bukan? Suka dan Cinta juga jauh berbeza. Dia cuma baik, sedangkan saya mengharapkan lebih dari itu. Di satu pagi bila saya bangun tidur, saya sedar kekecewaan saya menjajah fikiran. Saya sedut amarah dan benci dari akal dan kekecewaan dari dada dan adunkan menjadi kek cawan ini.’

Aku melihat lapisan-lapisan hitam dan putih itu bertukar-tukar susunanya. Polka dot pula merubah-rubah saiznya, sekejap kecil dan sekejap besar.

‘Kau lihat ada hati berdarah di atas kek cawan ini.’ Dia mengangkat kek ke empat dan menyuakan kepada aku. Benar, ada hati yang darahnya tidak henti-henti mengalir. Tetapi hati itu tidak pernah kecut, tidak pernah mati. Tetapi makin galak berdenyut setiap kali darah mengalir.

‘Kenapa?’ Soalku. Kata kedua yang terbit selepas menyapanya mula perkenalan.

‘Kerana satu hari lelaki itu berjumpa gadis lain dan terus jatuh cinta padanya. Saya keluarkan kesakitan dalam dada dan adunkan dalam kek cawan ke empat ini. Darah terus mengalir, sakit terus terasa. Tetapi cinta terus berdenyut. Mengapa?’ Aku senyap, membiarkan soal nya tidak berjawab.

Sudah empat kek cawan yang ditunjukkan kepadaku. Aku lihat di dalam kotak masih berbaki dua. Tetapi gadis itu menutup kembali kotak dan mengubah pandang jauh ke depan.

Aku cuba menahan diri daripada bertanya, tetapi kalah.

‘Yang dua lagi?’ Tanganku menunjukkan ke arah kotak di atas pahanya.

Dia memandangku tersenyum lebar, menampakkan gigi yang tersusun cantik. Memegang erat kotak, dia bangun, mengibas-ngibas punggungnya dan mula berjalan pergi sebelum menoleh.

‘Ini waras dan takdir. Saya mahu simpan sampai bila-bila. Hati, harapan, benci dan cinta boleh hilang, cuma jangan waras dan takdir.’

Aku bangun dan berjalan ke arahnya, namun melihatnya makin menjauh. Seolah dimensi ruang dipanjangkan dan dilebarkan. Dia di situ dan aku di sini, tetapi tidak pernah mendekat.

Empat kek cawan yang diletakkan di atas bangku tadi mula diserang gagak hitam yang kebuluran.

Monday, July 26, 2010

~kasih seorang ayah~

I was coming back from CIMB and BIMB for fees purposes..

lega la aku semuanya dah selesai..doaku untuk kali ini, biarlah berbaloi semua usaha dan susah payahku mengumpul duit dan menghabiskannya dalam sekelip mata. walaupun ianya adalah untuk kepentingan belajar, jerih payah "mengumpul duit" itu takkan mudah aku lupakan~

singgah ke McD untuk merasa kelazatan GCB yg disebut2 orang itu.

sesampai ke tempat parking lot, aku perasan ada seorang pakcik India yg berdiri sambil terjenguk-jenguk masuk dalam Bangunan Pengurusan. Beliau berbaju T dan berseluar slack lusuh, berdiri disisi motor Honda yang diparkir di belakang kereta Pengarah Pusat Pemasaran dan Hubungan Antarabangsa. Di tangannya ada satu folio/buku skrap/assignment dan cuaca agak panas. kasihan~

aku mendekati dia dan seterusnya menyapa pakcik itu.

"Hi Uncle, boleh saya bantu? :)", aku menyapa.
"Oh, hello...ini bangunan pentadbiran ke?", sahutnya.
"Yup, Bangunan Pengurusan sebenarnya~ Uncle tunggu siapa?", tanyaku.
"Saya tunggu anak..ni ada dia tertinggal barang", jelasnya sambil tersenyum.
" Ohh, kenapa uncle tak tunggu kat dalam? dalam sejuk sikit :)", kataku...
" Terima kasih ya, tapi saya takut motor saya menggangu orang nak keluar nanti."
" tak apa, Uncle park dekat situ" aku tunjukkan kawasan teduh untuk parkir motor. kelihatan 3 buah motorsikal diparkir disitu.
"Lepas tu, uncle masuk la, tunggu kat dalam. panas ni :)~" sambungku.
"ohh, thank you...thank you~" katanya gembira.

aku lihat wajahnya. dalam awal lima puluhan. masih kuat bekerja nampaknya.
pastilah anaknya salah seorang pelajar di sini.
aku terfikirkan kos pengajian disini yang mahal. dalam hati aku menggeleng dan tiba-tiba disapa sayu apabila mengenangkan kudrat orang tua ini yang tak seberapa dan masih gagah datang ke sini untuk menghantar barang anaknya yang tertinggal.

terkenang jua wajah Baba yang kerap menghantar barang untuk aku dan adik2 masa di sekolah dulu. pastinya tercengang-cengang apabila sampai ditempat orang. tiada siapa yang boleh ditanya dan dijadikan tempat rujukan. menunggu di tengah panas. demi anak tersayang. khuatir yang sekiranya assignment yg tertinggal itu menjadi penyebab anaknya di marah dalam kelas.

Oh, Baba...
maafkan aku yang selalu menyakiti hati tua mu.
maafkan aku yang tak mampu membalas jasamu.
maafkan aku yang kerap terleka menjalankan tanggungjawabku sebagai anakmu.
maafkan aku yang sering buat engkau kecewa dengan kedegilanku.

sesungguhnya, aku tahu betapa bangganya Baba dengan anak-anaknya. setiap benihnya menjadi manusia dan bukannya makhluk durjana.
walau tidak disebut dengan kata-kata, namun jelas tergambar oleh perbuatannya.
aku sayang Baba..



-SFZY-
26.7.2010

Sunday, July 25, 2010

The Sorcerer's Apprentice - "Secrets" by OneRepublic

kahwin-kawan kahwin-aku?











was attending two of perkahwinan sahabat saya yesterday(24 july 2010).

pernikahan, perkahwinan adalah amanah, satu tanggungjawab.
dalam menempuhi alam perkahwinan kita tak akan pernah berhenti diuji.
sabar paling utama.
kita belajar dari pengalaman.
pengalaman sendiri, pengalaman orang.
mana yang elok kita kutip jadikan teladan.
mana yang tidak haruslah kita jauhi, jadikan sempadan.
ramai sahabatku yg sudah selamat menempuhi alam itu.
ada juga yang masih belum tergerak hatinya untuk berkomitmen.
aku sendiri, terasa seperti bersedia.
namun serik itu masih terkesan dalam hati.
pengalaman dulu tetap pedih bila terkenang.
aku tak nak ingat.
kenapa ia datang juga?
ini tidak lah penting dan signifikan dlm hidup aku.
ia mengajar aku supaya lebih berhati-hati.
namun berhati-hati buat aku selalu prejudis terhadap hubungan baru.
Tuhan, tolong~

secrets~

Tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away
This time, don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away

Thursday, July 22, 2010

detik hati


aku balik rumah. sampai jam 7.30mlm.

park di sebelah van putih. perasan motor Sobri kat seblah tiang tu..mcm teruk je~
aku teringat sms yg dia hantar semalam, nak pinjam duit katanya..RM 70 nak baiki lampu motor. " ohh, ni la yg dia nk baiki tu agaknya~, tp ngape mcm teruk je..cukup ke 70 hengget? ngan cermin pun tercabut bagai~"

masuk ke rumah. sunyi je~
mana dorg ni? selalu time mcm ni jemaah Maghrib. takde plak dengar suara Baba. mana pegi semua org? emmm, aku jenguk kat depan..Mama tgh solat. dlm bilik Sobri, ada org solat atas bangku. aik?? pelik..

aku tunggu Mama siap solat..
kenapa tu?
Mama pandang aku, aku pandang Mama.."??"

Mama: hang tau tak Sobri ada kat bilik tu?
aku: ada la nmpak..kenapa?

Mama: hang tau tak dia eksiden?
aku: *menggeleng* ye ke? bila? kat mana??

Mama: tadi..aku ngan Baba nk makan tghri. aku dah sembahyang Zohor. pastu elok Baba baru letak pinggan nasik atas meja, kami dapat call. Sobri kata dia eksiden kat area UKM, tapi atas sikit dari kawasan UKM tu. yg ada jalan bengkang bengkok tu..ada pasir kat kawasan tu. aku geram pulak, dia tu bawak motor laju-laju agaknya. huh, nasib baik dia jatuh sorang je, bukan eksiden ngan motor lain atau kereta.
aku: dah tu mcm mana dia balik?

Mama: aku la pi amik dia, bawak dia pi hospital Kajang. menjerit satu hospital masa doktor cuci luka dia. kemain kuat lagi suara dia.
aku: ye ke? ha, tgok sikit...teruk sgt ke?

Sobri pun datang dan tunjuk luka2..terkejut jugak. hu, ngeri @_@"
tp bagi aku, tak sah jantan kalau badan tak bercalar. so, aku pun mcm buat tatau je..(dalam hati aku nk meraung :'( huhu, aku benci Sobri sebab tak berhati2..bodow!! Benci!!!! benci sebab aku sayang dia..aku sayang adik aku~)

Tengah duk belek2 luka tu, Mama buka cerita.
Pagi tadi masa Mama jogging ngan Baba, Mama sms dengan Sobri. Then Baba tanya la dengan sapa Mama bersms? Sobri, katanya~
Mood Baba berubah. menjadi lebih beremosi. Rupanya Baba terasa hati sangat2 dengan Sobri. Ada la isu pasal perkara yg sangat sensitif pada Baba dan Baba mcm tak boleh lupa dan tak boleh maafkan Sobri.

Mama yg mendengarkan luahan Baba pagi tadi, dan menguruskan Sobri petangnya betul2 terdetik hati... " alangkah berdosanya Sobri, buat Babanya terasa hati..."

Allah Maha Besar~ tak lama pun untuk DIA 'bayar' org-org yg perlukan pembayaran. cash di dunia. MasyaALLAH~

aku yg mendengarkan ini, terkedu~

~sebagai along @ 9.45pm~

ketuk-ketuk hati

ketuk-ketuk hati
tanya apa mahu
pandang kiri kanan
angkat-angkat bahu

geleng-geleng kepala
goyang-goyang kaki
kerut-kerut dahi
fikir masa dulu

mulut nyanyi-nyanyi
hati kosong sepi
gaya macam happy
dalam hati masih berketuk-ketuk

22 julai 2010 @ 7.07pm
sfzy

Pelakon Benjy Menarik Habeas Corpus Banding

PUTRAJAYA, July 21 (Bernama) - Seorang pelakon televisyen popular, ditahan di bawah undang-undang ubat pencegahan, menarik banding melawan pemecatan Mahkamah Tinggi terhadap habeas corpus-nya untuk mengamankan release dari tahanan.

Sebuah panel yang terdiri daripada tiga orang Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Zulkefli Makinudin, Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan Datuk Abdull Hamid Embong, kemudian menyerang daya tarikan Khaeryll Benyamin Ibrahim, lebih dikenali sebagai Benjy.

Peguam Amer Hamzah Arshad berkata kepada panel bahawa ia menerima Arahan dari Benjy untuk menarik banding. Namun, ia tidak memberitahu mahkamah dari alasan pengeluaran.

Pada tarikh 5 Mei tahun ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah ditolak Benjy habeas corpus aplikasi untuk mengamankan release dari tahanan di bawah Bahagian 3 dari undang-undang Dadah Berbahaya (Tindakan Pencegahan Khas).

Namun, sehari sebelum Mahkamah Tinggi menjatuhkan keputusan, Timbalan Menteri Datuk Wira Home Abu Seman Yusop mengeluarkan perintah tahanan selama dua tahun Benjy yang akan diadakan di pusat pemulihan di Muar, Johor.

Pada tarikh 25 Mac Benjy, hanya putra pelakon veteran Azean Irdawaty, mengaku tidak bersalah di mahkamah hakim untuk memiliki 0.24gm dari methamphetamine di sebuah rumah di A-6-5, Menara Duta 2 Jalan 1/38B, Jalan Segambut off di sini 16:00 pada tarikh 11 Mac.

32 tahun dibebaskan pada RM2, 000 jaminan di satu jaminan. Namun, selepas Azean diposting jaminan, ia kembali ditangkap kerana dituduh terlibat dalam perdagangan dadah di bawah Seksyen 3 dari undang-undang Obat-obatan Berbahaya (Tindakan Pencegahan Khas).

Mahkamah dijadualkan untuk mendengar rayuan hari ini Benjy, yang dikonsolidasikan bersama-sama dengan rayuan lapan bekas Keselamatan Internal Act (ISA) tahanan kerana rayuan mereka yang terlibat masalah undang-undang yang serupa.

Namun, kuorum ditunda rayuan dari bekas tahanan ISA ke tarikh yang akan tetap kerana Zulkefli tidak dapat mendengar hal itu pada petang hari saat dia harus pergi ke Johor Baharu.

Amer Hamzah, yang juga mewakili bekas tahanan ISA, meminta rayuan untuk didengarkan di sore hari.

Pada tarikh 11 Mac Mahkamah Tinggi menolak sebuah surat perintah habeas corpus yang difailkan oleh lapan orang yang ditahan di bawah ISA untuk keganasan dipercayai selepas itu (mahkamah) diberikan aplikasi akademik mereka kerana mereka tidak lagi dalam tahanan polis.

Sehubungan dengan kes itu, tujuh orang asing yang dideportasi ke negara masing-masing sementara Azzahari Murad, seorang Malaysia, yang ditempatkan di bawah tempat tinggal Sekatan di Petaling Jaya.

Wednesday, July 21, 2010

Natasha Bedingfield - Who Knows (lyrics)

Who Knows?

I'm in like with
Not in love with you quite yet
My heart's beginning to
Slightly overrule my head

Oh no, oh no
My self control
It won't hold up for very long
Oh no, oh no
You touch my soul
I can't help falling too fast for you

Can you hold on a bit
Stop before we go
'cause I might need a moment
And I wouldn't wanna spoil it

Who knows if I am ready or not
Only time will tell
Who knows if we are ready to make this something
Who knows

Maybe this is love
But I haven't fallen in quite yet

Oh no, oh no
My self control
It won't hold up for very long
Oh no, oh no
You touch my soul
I can't help falling too fast for you

Can you hold on a bit
Stop before we go
'cause I might need a moment
And I wouldn't wanna spoil it

Who knows if I am ready or not
Only time will tell
Who knows if we are ready to make this something
Who knows
Who knows

Can you hold on a bit
Stop before we go
'cause I might need a moment
And I wouldn't wanna spoil it

Who knows if I am ready or not
Only time will tell
Who knows if we are ready to make this something

Who knows if I am ready or not
Only time will tell
Who knows if we are ready to make this something
Who knows

Who knows
Maybe, maybe not
Who knows
Maybe, maybe not
Who knows
Maybe I will, maybe I won't
Who knows

selepas

hari selepas MC adalah hari yg aku paling tak suka. perut masih mual~
seperti tsunami melanda. semuanya serba tak sedap di tekakku.
kadang terasa mcm nak milo, kejap lagi mcm nak minum nescafe pula.

sambil tu tangan aku ligat juga mengkey-in data yg kak huieda nak. ruginya terpending 2 hari :( banyak yg boleh aku buat kalau aku boleh hadir last 2 days..

kesihatan ni penting rupanya.
bukan la aku tak tau..tahu..tp entah la, bila hampir kehilangan barulah kita menyedarinya. lumrah manusia pelupa, lumrah manusia lagho~

terbayang kembali time diri gigih berlari atas treadmill. sekarang melepek atas katil tak berdaya nk ke toilet pun.

syukurlah bagi yang masih mampu bernafas sendiri dengan izin DIA yg MAHA pencipta. kerana ada juga insan yg terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan!

syukur~
syukur~
syukur~

Tuesday, July 20, 2010

Ubat

Ke klinik Borhan di Kajang untuk check dengan Dr. Boerhanudin. Dr. bahasakan dirinya “pakcik” ..emm, sgt comel. Aku ceritakan ttg demamku yg agak kuat mlm sebelumnya. Dan batuk serta kahak ngan hingus yang sangat menggangu tidurku 

Keluar dari klinik pakcik borhan dengan 2 tepek ubat demam, sepaket antibiotik, setepek ubat selsema, sebotol ubat batuk, sepeket ubat angin (gastrik) and 1 sijil cuti sakit...
Aku behenti di kedai taman mesra kejap untuk beli 2 botoi besaq 100 plus (dan 3 aiskrim)
Hehe..
(mode: happy~)

Sakit satu kifarah.

Semalam aku sihat. Gigih berjalan kesana sini  dengan kereta merah tu dan minyak yg penuh ddalam tangki. Bawak org jalan2..sangat gembira.
Hari ini aku demam, selsema dan batuk2. sakitnya aku rasa.
Pernah dengar cakap2 orang yang sakit tu penghapus dosa selama mana tidak dilakukan dosa2 besar.
Bila dihitung semula, banyaknya dosa yang telah aku lakukan, dengan mama, baba. Dengan adik ber adik. Dengan kawan2 opis, dengan kawan2 bukan opis. Huhu…
Malu rasanya diri ni begitu serba kekurangan.
Tapi, diharapkan bukan semasa sakit je aku boleh berfikir mcm ni. Time sihat la lebih2 lagi aku dituntut untuk mengingati dosa, menghitung cukup tidak amalan seharian untuk menjadi bekal ke alam sana.

rombongan

Rombongan

Malam hari tu DD ada maklumkan yang dia ngan kawan2 nk datang umah. Hu, kelam kabut juga mengemas apa2 yg patut. Kelakar kan? Bila org nak datang baru sibuk nak berkemas rumah.
Anyway, mama masak meehun  aku tak sempat rasa, tapi dari pemerhatian aku terhadap kuali yg licin kosong dari sisa2 meehun goreng mama, aku tahu ianya sedap~
Was sleeping by the time 20 org tetamu tu datang menyerbu  sian mama.aku ngan each baru pas telan ubat demam. Haruslah kami tak hulur bantuan pun..malunya ngan mama 
Terjaga masa bebudak (kawan2 DD) tgh mkn. Kuat sungguh bunyi sudu garfu bertingkah dengan pinggan mkn mereka. Mcm lapar pun ada..
DD kata rombongan ini daripada kenduri n dusun durian..so, takda la beriya2 menyiapkan mknan untuk mereka. Ohh, sungguh kasihan~

Dgr baba layan tetamu, bukan main seronok. Dah lama rumah tak semeriah ini. Aku tahu kami semua rindu pada keriuhan rumah yg dulunya dihuni oleh 7 org..kini semuanya dah kemana2 ikut tujuan hidup dan langkah kaki.

Rombongan balik jam 11.30 mlm selepas puas bergambar2..aku sempat juga masuk, dengan muka yg agak sembab akibat tidur sebelumnya.haha 