Copied FROM: http://keretamayat.blogspot.com/2009/10/salahkah-lelaki-menangis.html
Salahkah lelaki menangis?
Posted by Hamka
(artikel ini ditulis oleh seorang yang bukan ustaz, dan kini, seorang yang bukan ustaz itu bercerita selingan kisah seorang lelaki yang baru kematian isterinya yang tercinta..)
Aku sedang mencari dua buah hadith, tapi dah puas aku belek belek kitab ugama kat rumah aku, tapi masih tak jumpa-jumpa jugak.., (macamlah banyak sangat kitab ugama kat rumah aku) salah aku jugak, akupun dah lupa kat mana akan dua buah hadith tu yang pernah aku baca, rasa macam pernah baca kat rumah aku, tapi kat kitab mana ntah?, maka.., aku harap sangatlah jika korang yang tahu tentang hadith ini, silalah email aku, kerana aku ada ‘urusan’ dengan hadith tersebut yang boleh aku kongsi pendapat dengan semua bakal mayat sekalian...
Baik, untuk mudahkan korang menjejak hadith yang aku maksudkan, biarlah aku cerita secara ringkas isi hadith tersebut yang masih aku ingat serba sedikit, dan insyAllah.., aku cuba tulis ‘sisa baki intipati’ hadith tersebut setakat yang aku ‘ingat-ingat lupa’, ketidak tepatan amatlah di kesali, dan maksud lafaz hadith juga akan bertulis dalam ‘lebih kurang maksud’.., itu yang aku harap sangat bagi korang yang tahu akan lafaz sebenar hadith ini, silalah email aku.., tolong!
Hadith satu:-
Pada satu hari, ada sorang hamba Allah ni dah jadi mayat, akan tetapi takde orang yang sudi nak solat mayat untuk si mayat ni kerana tak tahu status sebenar si mayat ni, munafik ke islam?
Sebab waktu hayat mayat ni banyak buat dosa yang semua orang tahu, maka, apabila berita ini sampai kepada Nabi Muhammad SAW, terus Baginda ke tempat kejadian dan mengumpulkan para sahabatnya lalu bertanya:
“siapakah antara kalian, yang pernah melihat hamba Allah ni buat baik?”
Tapi takde respond, lalu Nabi ulang lagi soalan tu berkali kali sehingga bangkitlah seorang sahabat Nabi yang memberitahu bahawa beliau pernah lihat si mayat ni menjaga barang-barang orang islam di satu medan perperangan sewaktu pejuang islam yang lain sedang berehat keletihan…
Mendengar kebaikkan mayat yang berjaga di jalan Allah, Lantas terus Nabi sempurnakan mayat itu secara islam, dimandikan, dikafankan, di solatkan, dan dikuburkan.., dan sewaktu mayat itu di baringkan ke liang lahad, Nabi telah ber’talking’ padanya:-
“Sahabat sahabatku berburuk sangka padamu, tapi bersaksilah, bahawa kamu adalah ahli shurga”
Hadith dua;
Pada satu hari yang lain, ada sorang hamba Allah yang lain juga sudah menjadi mayat, berbeza dari tadi, mayat ini telah di layan dengan baik, iaitu disempurnakan mayat itu secara islam, dimandikan, dikafankan, di solatkan, dan dikuburkan..
Setelah selesai dikuburkan mayat itu, maka berceritalah para sahabat sahabat sesama mereka akan betapa beruntungnya si mayat tadi, sebab waktu hayat selalu buat baik.. dah confirm masuk shurga katanya..
Kemudian, apabila Nabi terdengar pujian pujian yang begitu tinggi pada si mayat, maka Nabi telah bertanya 3 soalan, (aduh!.., ni part yang aku lupa ni, tapi seingat ingat aku) soalan Nabi berbunyi begini,(lebih kurang maksud) “ pernah tak si mayat ni tidak mendapat apa yang dia hajatkan” jawapan yang sahabat bagi, “tidak pernah”.. lepas tu Nabi Tanya, (kalau tak silap aku), “jika Hamba Allah ni pergi meminang, ada tak orang yang akan menolak pinanganya? jawapan yang sahabat bagi, “tidak ada”.. dan satu lagi soalan, memang aku lupa gila, yang mana pendek cerita…
Setelah Nabi dengar jawapan para sahabat, maka Nabi bersabda: “anggapan kamu pada si mayat adalah tidak benar..”
Nabi tak kata mayat tu masuk neraka, tapi Nabi kata sangkaan mereka terhadap kebaikkan yang di terima mayat itu seperti masuk shurga adalah tidak benar..
Ok, habis. aku kena baca lagi sekali hadith ni untuk tambah faham apa yang belum faham, itu yang aku harap korang tolong carikan hadith tu untuk aku dan bolehlah kita kongsi pada semua bakal-bakal mayat sekalian, insyAllah,
Dan walaupun kita masih belum jumpa matan sebenar hadith tersebut, tapi tak salah kita belajar moral dari dua hadith di atas, iaitu:-
Kita tak ada hak untuk tentukan mayat sipulan bin sipulan adalah ahli neraka hanya kerana kita melihat si mayat itu buat jahat sekian sekian atau atau ahli parti sekian sekian,
Juga,
Kita tak ada hak untuk tentukan mayat sipulan bin sipulan adalah ahli shurga hanya kerana kita melihat si mayat itu buat baik sekian sekian, atau ahli parti sekian sekian,
Kerana hakikat sebenar tentang nasib kepada roh adalah urusan Allah, jadi.. jangan pandai pandai nak jadi ahli nujum Pak Belalang.., sangkabaik takpe, tapi jangan letak HUKUM! Faham?
Aku tengok ada orang bila lihat mayat buruk sikit terus cari aib mayat dan padankan kesalahan mayat dengan rupa buruk mayat, sedangkan kita tak boleh meramal nasib mayat kerana ada hadith cerita tentang orang beriman bila nak mati, kadang kadang Allah susahkan waktu nazak sebab nak ampun dosa.., Nabi sendiri sakit kepala dan tak boleh nak berdiri waktu sakit.., belum lagi cerita kisah sahabat yang mati kena bunuh sesama islam, atau kisah mayat sahabat yang mati di lapah, atau kisah sahabat yang mati bercerai badan, ada jugak kisah mayat sahabat di kerumi lebah.., tapi takde pulak orang yang sanggup meramal nasib mayat berpandukan rupa mayat atau tempat mati si mayat..
Dan sama jugak jika mayat tu rupa bersih, kitapun terus yakin mayat tu masuk shurga, walaupun mayat tu tak solat waktu hidupnya, atau mayat tu pengebom berani mati misalnya, lalu shaitan cakap, tengok, orang tak solatpun muka bersih waktu mati, tengok, orang yang bom orangpun bersih mukanya waktu mati.., jadi tak payah kita nak sebarkan berita yang kitapun jahil, iaitu urusan roh adalah kerja Allah, kerja kita semua adalah sempurnakan mayatnya, tutup aibnya, dan sebarkan kebaikkan tentang mayat agar semua orang dapat belajar sangka baik..,
Aku juga suatu hari nanti pasti jadi mayat, dan bagaimanapun rupa mayat aku, buruk atau bersih, bersangka baiklah pada Allah, sempurnakanlah mayatku secara islam, mandikan aku, kafan kan aku, dan kebumikanlah aku.. lupakanlah aku…
Ps: Kalau nak kenangkan aku jugak, kenanglah aku dalam doamu.., chewahh..
HABIS.
**********
Tambahan:-
Cerita ayah aku yang baru mati bininya..
Korang ingat tak entry tercekik tulang yang menceritakan kisah seorang makcik yang tercekik tulang lalu di nasihat oleh aku supaya di angkat tangan tinggi tinggi, lurus macam superman.., lalu makcik tu tergelak yang menyelamatkan nyawanya dengan izin Allah, korang ingat tak? takpelah jika korang tak ingat, apa yang aku nak bagitahu.., makcik tu adalah ibu aku, dan beliau telah meninggal dunia pada 8 Syawal 2009 yang lalu..
(Dari Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali)
Imbas kembali:-
SEBELUM JADI MAYAT
Sempena hari raya 2009 baru baru ni, kami semua adik beradik telah pulang ke kampung menziarahi orang tua kami, dengan niat menunaikan perintah Allah yang memerintahkan agar kita sentiasa buat orang tua kita rasa bahagia dan dihargai serta dimuliakan selagi hayat di kandung badan.., maka menjelanglah hari raya, suasana riang ria, bersalam salaman, bermaaf maafan, berpakaian serba baru, duduk keliling meja, makan ketupat dan lemang, nasi minyak dan nasi dagang..,
Seminggu kemudian, setelah semua adik beradik pulang dari menziarahi mak aku sempena hari raya, tiba tiba rumah mak aku di ziarahi tetamu terakhir dalam hidupnya, iaitu Malaikat Maut yang datang ziarah pada waktu sahur, yang mana selepas mak aku bersahur untuk puasa enam, setelah ambil wudhu, dan sebelum sempat kering wudhu di wajahnya, terus mak aku di jemput Malaikat Maut untuk mengadap Allah…, masanya dah sampai, selamat tinggal dunia, selamat tinggal anak anak, selamat tinggal keretamayat…
Dan pada pagi subuh yang hening itu, ketika aku sedang bersiap nak solat subuh.., aku dapat panggilan telefon dan dengar suara adik perempuan aku menangis..
Pendek cerita..,
Aku juga menangis dalam subuh yang hening itu..
Ps: Mak…, “Aku bukanlah superman, Aku juga bisa nangis
jika kekasih hatiku.., pergi meninggalkan aku..”
MENJELANG JADI MAYAT
Baru seminggu beraya, dan tanpa tanda tanda sakit, Mak aku kini dah jadi mayat, sedih juga hati lelaki ini sewaktu melihat mak yang selalu ketawa dengan lawak aku, kini dah jadi mayat sejuk di pembaringan.., meleleh jugaklah air hidung aku.., nasib baik bini aku lekas lekas datang peluk aku, boleh lah aku lap lender hingus aku kat bahu dia..,
Mak,
Aku telah lama kelakar, dah kini, mak dan tak boleh gelakkan aku, kelak, siapa lagi nak gelakkan aku bila semua orang tak nak gelak kat aku mak?..
“Ayahku selalu memarahi aku, jika jatuh air mataku..
kata ayah slalu, Air mata itu adalah tanda kelemahan..
Tapi ternyata air mataku, Ternyata jatuh juga..
Aku bukanlah superman, Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku, Pergi meninggalkan aku”
Ps: Mak, Ayah jugak menangis…
SETELAH JADI MAYAT
Muka mayat mak aku cerah putih dan kelihatan macam orang tidur, tak henti henti anak anak mak datang mencium dahi mak yang sejuk.., (cium dahi mayat adalah Sunnah Nabi..,) dan bibir aku ini dah banyak jugak mayat yang aku cium, err, maksud aku cium dahi, satu hari nanti, dahi aku pulak akan jadi dahi mayat.., sementara aku hidup, biar bini aku sorang jer lah yang cium dahi aku, sabor jelah..
Ps: Mak, itu adalah ciuman yang terakhir..
TENTATIF MAYAT
Meninggal sebelum subuh, mandi selepas zohor, dan dikebumikan selepas asar, begitulah tentatif hari isnin itu, maka berduyun duyunlah adik beradik aku pulang ke kampung bersama linangan air mata..
Ada anak saudara aku berumur 4 tahun, yang baru kematian nenek sebelah ipar aku, bila datang melihat nenek sebelah sini pulak meninggal, maka bertanya soalan yang buat aku nak gelak..
“nenek ni dengan nenek sana, kembar ke?”
Dan sorang lagi anak saudara aku yang duduk kat sepang, bila melihat suasana kematian yang memilukan pula berkata:
“nasib baik nenek kat Sepang tak mati..”
Ps: Apa-apalah..
MEMANDIKAN MAYAT
Mayat mak aku di mandikan oleh kami adik beradik, alhamdulillah, dah banyak kali mak aku mandikan aku, nilah baru sekali aku mandikan mak aku.., tapi tak acilah, kitaorang mandi beramai ramai, tapi mak sorang jer yang basah kuyup…,
Ps: ok, bukan mak sahaja yang basah, pipi kami juga turut basah..
SOLAT MAYAT
Imam solat mayat adalah abang sulung aku, dan beliau menangis waktu solat, dan waktu berdoa, hingus meleleh dari hidungnya.., buruk betul..
Solat mayat di buat tiga kali sebab orang yang ramai dan ruang rumah yang sempit, walaupun pada mulanya AJK masjid dah suruh solat kat Masjid sebab kawasan lebih besar, tapi ayah aku nak jugak kitaorang solat mayat kat rumah, ayah aku cakap, masa bina rumah ni dah niat nak mati kat sini dan solat mayat kat sini… lantaklah..
Dan aku pulak selamba pergi ke surau pinjam sejadah tapi tersenyum kambing bila AJK cakap, solat mayat mana pakai sejadah?…, ye tak ye jugak.., errr, kalau begitu pinjam sejadah untuk tutup keranda sahajalah bang..
Ps: Orang lelaki jika nak menangis, menangislah di atas sejadah..
USUNG MAYAT
Rumah aku dekat jer dengan kubur, jalan kaki jerr, jadi tak perlu naik keretamayat..,
Ps; Setiap pengusung mayat mendapat hadiah kain tuala saiz baby..
TANAM MAYAT
Lubang kubur mengalami tanah runtuh sebaik mayat mak aku tiba di halaman kubur, ini kerana orang ramai yang jarang datang ke kubur, lalu bila sekali datang ke kubur di bantainya berdiri betul betul di pinggir kubur yang mana sekali gus tanah tebing kubur akibat mengalami beban lampau yang memaksa paksi gravity bertindah menarik tanah pinggir itu ke ruang kosong di liang lahad bumi, apa hikmah di sebalik runtuhan kubur ini?
Mungkin Allah nak bagi pahala kat kami anak beranak untuk ‘gali’ kubur sendiri kat mak aku.., dan aku masa tu telah bukak selipar dan gali kubur.., sebab mana ada orang gali kubur pakai selipar?, dan mana boleh gali kubur pakai selipar?, perbuatan tu salah! Dan haram dalam dunia menggali kubur, sebab semua orang gali kubur tak pakai selipar, mereka pangai cangkul..
Ps; Penggali kubur pula mendapat hadiah kain pelekat.
TAHLIL MAYAT
Tahlil malam pertama di kepalai oleh adik lelaki aku, ikut jadual, malam esok abang aku dan malam ketiga mereka nak suruh aku, tapi aku tolak, sebab aku tak pandai.., tapi aku cakap jika mereka semua dah mati, baru aku yang tahlilkan korang.., woha!
Ps; semua ahli tahlil yang berdoa kesejahteraan untuk mak aku mendapat hadiah makan malam percuma..
YANG DI TINGGAL MAYAT
Mak aku adalah seorang guru Al quran di kampung, mengajar secara ‘percuma’, (Cuma perlu ‘bayar’ sekilo beras atau sekilo gula sahaja untuk setahun) anak muridnya dah beratus orang dan ada yang dah beranak pinak, itu yang ramai orang datang ziarah mayatnya..,
Mak aku jugak meninggalkan 9 anak, walaupun berbeza fahaman politik, tapi semua di kira berjaya, kira ibu mithali lah ni.., dan jugak 7 anak tiri..
Tentang harta, mak aku hanya ada sebijik rumah, harta yang lain semua dah di sedekahkan..
Ps; Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila telah mati anak Adam itu maka terputuslah semua amal ibadatnya kecuali 3 perkara iaitu:1.Sedekah jariah.2.Ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya.3.Anak yang soleh yang tidak melupakan mendoakan ibu bapanya.
SUAMI MAYAT
Ayah aku minta tolong salah sorang adik beradik untuk temankan beliau tidur malam itu,.., adik lelaki aku yang bongsu sudi temankan, aku nasihatkan adik aku, tidur jangan selimut seluruh badan, bagi nampak kepala…
Malam besok ayah aku pelik sedikit, dia telah kemas katil dan berkata, malam ni mak kau akan pulang untuk teman ayah tidur, lalu lagi sekali adik lelaki aku temankan ayah aku tidur malam itu, dan aku sempat berpesan pada adik aku, kenapa tak pakai baju mak, dan cakap kat ayah waktu nak tidur, “malam ni saya uzur..”
Woha!
IRAMA DAN MAYAT
Waktu kemas rumah dan harta arwah mak aku, ada adik beradik dan anak saudara yang menyanyi lagu lagu bertema keibuan seperti:-
Ibuuu... ibuuu... Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka ..Engkau hiburkan selalu
Juga ada lagu Exist Untukmu Ibu
Tuhan Yang Esa
ampuni dosa ibu
tempatkan mereka
diantara kekasih kekasihMu
Juga ada lagu nasyid dari NowSeeHeart
Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan
Juga lagu ini, siapa nyanyi ntah?
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian..
Aku tanya abang aku, semua orang asyik nyanyi lagu ibu sahaja, siapa nak nyanyi lagu untuk ayah? Kenapa kompeser lagu lebih suka mencipta berpuluh-puluh lagu untuk ibu. Tapi lagu untuk Ayah takde ke?
Tiba tiba jer abang aku menyanyi:-
" Ayahku kahwin lagi, Dengan si dara jelita.. la la la”
Woha!
MENANTU BARU MAYAT
Yang mati teruskan kematian, yang hidup teruskan kehidupan
Menjelang hari ketujuh arwah mak aku meninggal, Mak akhirnya dapat menantu baru..
Kerana abang aku tetap meneruskan hajat arwah mak yang nak kahwinkan abang aku buat kali kedua tanpa menceraikan isteri pertama, maka berpoligamilah abang aku.. (cerita detail lain kali-kalau aku rajin)
Ada orang usik aku, :"Abang kau dah kahwin dua, kau bila lagi?"
Aku kata, aku tak boleh langkah bendul.., lalu menjeling ke arah ayah aku, dan lagu ‘ayahku kahwin lagi’ pun terngiang..
Woha!
KEPADA MEREKA YANG IBUNYA BELUM JADI MAYAT
Baliklah kampong, ziarah mereka, bawak mereka jalan jalan, dan sedekahkan mereka wang dengan jumlah yang banyak.., takpe.., sebab mereka dah tua, dah tak lama hidup..,
Jika tidak.., korang hanya sempat ziarah kubur mereka dan sempat sedekah Al fatihah sahaja.., isk..
Oklah.., Dah panjang aku tulis, rasa macam mak aku ada jer kat dapur.., rasa nak pergi jamah jap masakan mak kat dapur, oh.., semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya, terima kasih mak, kerana besarkan aku dari kecik, sehingga lebih besar dari mak.., halalkan segala yang terjadi sejak dari kecik tapak tangan sehinga jadi besar sebesar manusia..
Aku nak pergi peluk bini aku jap, nak lap hingus kat bahu dia, wasalam
SEKIAN
Ps: Malaikat Maut dah datang rumah mak aku, lain kali beliau akan datang lagi rumah aku dan rumah korang atau rumah mak korang… baik korang call mak korang dan cakap "i love u"
(“Aku bukanlah superman, Aku juga bisa nangis
jika kekasih hatiku.., pergi meninggalkan aku..”)
No comments:
Post a Comment