I was coming back from CIMB and BIMB for fees purposes..
lega la aku semuanya dah selesai..doaku untuk kali ini, biarlah berbaloi semua usaha dan susah payahku mengumpul duit dan menghabiskannya dalam sekelip mata. walaupun ianya adalah untuk kepentingan belajar, jerih payah "mengumpul duit" itu takkan mudah aku lupakan~
singgah ke McD untuk merasa kelazatan GCB yg disebut2 orang itu.
sesampai ke tempat parking lot, aku perasan ada seorang pakcik India yg berdiri sambil terjenguk-jenguk masuk dalam Bangunan Pengurusan. Beliau berbaju T dan berseluar slack lusuh, berdiri disisi motor Honda yang diparkir di belakang kereta Pengarah Pusat Pemasaran dan Hubungan Antarabangsa. Di tangannya ada satu folio/buku skrap/assignment dan cuaca agak panas. kasihan~
aku mendekati dia dan seterusnya menyapa pakcik itu.
"Hi Uncle, boleh saya bantu? :)", aku menyapa.
"Oh, hello...ini bangunan pentadbiran ke?", sahutnya.
"Yup, Bangunan Pengurusan sebenarnya~ Uncle tunggu siapa?", tanyaku.
"Saya tunggu anak..ni ada dia tertinggal barang", jelasnya sambil tersenyum.
" Ohh, kenapa uncle tak tunggu kat dalam? dalam sejuk sikit :)", kataku...
" Terima kasih ya, tapi saya takut motor saya menggangu orang nak keluar nanti."
" tak apa, Uncle park dekat situ" aku tunjukkan kawasan teduh untuk parkir motor. kelihatan 3 buah motorsikal diparkir disitu.
"Lepas tu, uncle masuk la, tunggu kat dalam. panas ni :)~" sambungku.
"ohh, thank you...thank you~" katanya gembira.
aku lihat wajahnya. dalam awal lima puluhan. masih kuat bekerja nampaknya.
pastilah anaknya salah seorang pelajar di sini.
aku terfikirkan kos pengajian disini yang mahal. dalam hati aku menggeleng dan tiba-tiba disapa sayu apabila mengenangkan kudrat orang tua ini yang tak seberapa dan masih gagah datang ke sini untuk menghantar barang anaknya yang tertinggal.
terkenang jua wajah Baba yang kerap menghantar barang untuk aku dan adik2 masa di sekolah dulu. pastinya tercengang-cengang apabila sampai ditempat orang. tiada siapa yang boleh ditanya dan dijadikan tempat rujukan. menunggu di tengah panas. demi anak tersayang. khuatir yang sekiranya assignment yg tertinggal itu menjadi penyebab anaknya di marah dalam kelas.
Oh, Baba...
maafkan aku yang selalu menyakiti hati tua mu.
maafkan aku yang tak mampu membalas jasamu.
maafkan aku yang kerap terleka menjalankan tanggungjawabku sebagai anakmu.
maafkan aku yang sering buat engkau kecewa dengan kedegilanku.
sesungguhnya, aku tahu betapa bangganya Baba dengan anak-anaknya. setiap benihnya menjadi manusia dan bukannya makhluk durjana.
walau tidak disebut dengan kata-kata, namun jelas tergambar oleh perbuatannya.
aku sayang Baba..
-SFZY-
26.7.2010
4 comments:
huhuhuhu cedihnye awak..teringat jgk time kecik2 dulu abah slalu anta duit kat skolah sbb pepagi tu takde duit nak kasi... :(
itu la~
saya rasa macam-macam..
dlm satu detik tu, semuanya mcm flashback..
dah la baru2 ni saya selalu je menjawab cepat apa yg dia kata saya melawan..huhu, teruknya diri ini :'(
sayang baba jugak..
itu adalah msti..
Post a Comment