Pages

Thursday, July 7, 2011

rutin Khamis malam...



satu kisah yang ingin aku kongsikan untuk kenangan diri sendiri.

masa di UiTM dulu, aku adalah seorang kakimasjid ('clear throat'..ehem..ehem..). aku akan bersiap sedia dengan telekung dan sejadah, berwuduk, jalan kaki dr kolej ke Masjid. ada la 2-3 orang geng yang sehati. kelas di UiTM masa tu akan habis awal setiap Khamis. kami cuti Jumaat dan Sabtu. Ahad dah mula semula minggu yang baru. memang macam tu.

rutin setiap Khamis di Masjid adalah bacaan YaaSiin. macam biasalah, budak-budak Masjid dan budak-budak BH (Baitul Hikmah-nama persatuan tu masa tu la..skrg ni dah tukaq nama jdik Baitul Hadhari) akan mengelolakan. hari Khamis biasanya bagi yang rajin berpuasa tu akan berbuka puasa ramai-ramai kat belakang area Muslimah. ada yang rajin buat usrah. ada yang bagi tazkirah. ada juga yang mengaji Quran sendiri-sendiri. dah amalan biasa di rumah. tak salah extend sampai ke kampus. ianya lebih menarik, tertarik, da bomb~ dan bagi yang selalu ke Masjid, memang akan kenal each other la. mesra gitu~ memang damai je rasa.

berlainan pula dengan student yang ada kelas (last minit) macam budak-budak Hotel (atau course lain yang kena buat kelas ganti). kadang-kadang kena kerja. masak, serving, housekeeping dan lain-lain. petang Khamis adalah waktu yang memenatkan. yalah, tengok roommate sendiri dah mula bersenang-senang hati kemas tempat, kemas baju, basuh apa yang patut, sidai apa yang perlu. tapi mereka, langsung tak boleh nak buat apa sebab jadual dah penuh macam tu. kasihan. sudah nasib badan.

bagi yang menetap di area Dungun, Kemaman, Kerteh, Paka dan KT sendiri, petang Khamis adalah syurga hujung minggu. mereka bungkus kain baju busuk dan packing balik ke rumah untuk beri 'hadiah' kat mak untuk basuhkan. bukan tak ada org macam ni.. serious, tak sungguh tak kata. (kalau rumah aku dekat, akulah orang pertama yang akan berbuat demikian! hehehe..jgn mara aa~)

untuk yang kaki outing tu, Khamis petang merupakan hari yang ada pasar malam di Dungun. masa aku mula-mula masuk ke universiti, orang kata, inilah pasar malam yang paling panjang di Terengganu. entah, aku mula ukur langkah masa nak masuk semester 4. time jadi senior la baru bleh buktikan theory untuk disampaikan pada adik-adik junior~ kalau aku ada free time, dan tak sibuk di Masjid, aku akan keluar juga ke pasar malam hari Khamis ni. tak ada lain yang aku cari. rangka ayam goreng! ehh, jangan salah sangka..walaupun rangka ayam je, tapi memang layan habis wa cakap lu! sampai termimpi-mimpi~

menunggun van / bas 'kunyit' tu satu hal. van yang dah buruk takde aircond memang jarang penuh. selalu je kosong. 1 ke 2 orang je yang tak kisah (kejar masa, dah nama pun pasar malam. time keluar terang lagi. bile nak balik dah gelap gulita) apapun, cuma satu je yang aku tak minat bila hari Khamis di sana, ramai sesangat umat yang ke pasar, tapi kemudiannya terkocoh-kocoh angkat takbir untuk solat Maghrib di masjid saat Bilal hampir laungkan azan Isya'. berseluar jeans plak tu. memang teman tak gemor langsung! come on la, kita nak mengadap Pencipta. bukan kawan-kawan. kalau boleh pasang badan time nk jumpe aweks atau boifren, apa salahnye pasang badan bila nk solat. lebih manis. lebih sejuuuuk mata memandang :)

1001 gelagat, 1001 kisah ...aku bersyukur ada peluang melalui semua tu.

No comments: