Biasalah, ibu mana yang akan kata anaknya jahat? Bagi aku, pokok pangkal ibu bapa. Bukan serah bulat-bulat pada cikgu. Di sekolah ada lebih 25 murid dalam satu-satu kelas. Jangan expect cikgu nak perhatikan anak kita pada setiap masa.
Bila dah ‘rosak’ macam ni, mulalah nak tuding jari pada orang lain. Masa aku tunggu juga tadi, aku sedar, betapa ALLAH beri pinjamannya dengan sesempurnanya seluruh anggota. Tak ada lebih, tak ada kurang. Bila terjadinya perkara-perkara macam yang aku perhatikan hari ini, alangkah menyesalnya kerana tak menjaga baik amanah yang DIA pinjamkan pada kita. Betul, memang pinjaman. Ini amanah. Andai satu masa DIA nak ambil semula apa saja yang dipinjamkanNYA dan anggota kita tak sama macam mula-mula DIA beri, apakah jawapan paling tepat untuk kita persembahkan pada DIA? Aku tak berani nak jawab.
No comments:
Post a Comment