Aku terkenang juga masa aku mendapatkan rawatan di Hospital Pakar KPJ waktu aku di diagnose Bronchitis dulu. Masa tu, terasa sakit yang sakit sangat. Rasa macam sudah mahu mati. Tapi rupanya hari ini ALLAH bukakan hijab. Ada banyak lagi sakit yang DIA bagi on the spot. Macam patah tangan, accident, riuk, calar balar kat muka. Terkeluar daging, Nampak tulang. Huhu, I felt so dizzy just by looking. I think I’ll pass out if I smell anything~ blood, nanah n any other smells.
Ada seorang budak lelaki, mungkin darjah dua. Jari tengahnya berbalut. Tangan kanan. Budak lelaki tu dengan emaknya. Datang ayahnya. Dukung adik perempuannya. Budak lelaki tu rileks saja. Emaknya masam mencuka. Sambil mulut kumat kamit membebel. Aku pandang (betul-betul) dan aku Nampak baju sekolahnya berlumuran darah kering. Sekolah agama, sebab sampingnya hijau tua. Aku ringankan mulut. Aku Tanya. “Kenapa, kak?” Pantas kakak tu cerita.
Katanya, “Ni, dia ni main dengan kawan-kawan kelas dia. Dalam kelas tu memang ada sorang budak yang nakal ni. Entah berebut pembaris besi tu, sampai terkoyak daging dia. Bawa ke klinik bersihkan. Nak minta jahit. Tapi tak berani pulak. Terus di-refer nya ke sini. Akak dari Shah Alam. Tulah cikgu dia kata dah sampai muntah-muntah. Darah tak mahu berhenti.” Jelas kakak tu panjang. Aku hanya mengangguk sambil curi jeling jari budak tu. Aku tengok muka budak tu ada nakalnya juga.
Biasalah, ibu mana yang akan kata anaknya jahat? Bagi aku, pokok pangkal ibu bapa. Bukan serah bulat-bulat pada cikgu. Di sekolah ada lebih 25 murid dalam satu-satu kelas. Jangan expect cikgu nak perhatikan anak kita pada setiap masa.
No comments:
Post a Comment