Pages

Tuesday, June 21, 2011

ingat 5 sebelum 5, pengajaran dan keinsafan hari ini - I

Pagi tadi Ira pengsan. Kecoh di office. Tak ada lelaki yang boleh bantu angkat Ira. Jadinya, all girls show. Setelah usaha-usaha kecil memulihkannya dijalankan oleh K. Ekin, aku, Roszaizura, Afni dan Fazuraini, Ira boleh respon. Tapi amat lemah.

Ada yang sudah panggilkan medic untuk bawanya ke Hospital Serdang. Malang sungguh kerana troly tak muat nak masuk lif. Kami kena angkat Ira. Memang girl power! Hehe~

Aku teman Ira ke Hospital. 1st time naik ambulans. Huhu, malu! Bunyinya kuat sangat!! Cuak. Masa naik, terseksi sikit kainnya terselak :p Encik Mat (ye kut~) medical assistant (MA) bagi oxygen pada Ira. Nathan drive, Encik Amiruddin  follow ke Hospital Serdang. K. Ekin follow dengna WML yang comel dari belakang. Boleh tahan lajunya WML kat belakang ambulans. Hehe..i’ll give her credit for that J

Sesudah itu, bermulalah episode aku menunggu di luar (sebab hanya seorang saja yang boleh masuk dalam satu-satu masa= HAMPEH)
Aku tak sempat nak grab apa-apa. Berlenggang kangkung follow Ira masuk dalam ambulans. Huh, padan muka aku~      

Kami ke Hospital dalam jam 9.30 pagi. Selesai dalam jam 12.40. sempat makan dan minum. Selebihnya K. Ekin di dalam menguruskan Ira. Aku kat luar, tengok pesakit kecemasan yang kritikal, separa cemas dan buat-buat cemas.

Apa yang aku dapati dalam tempoh aku menunggu, mana-mana saja aku pandang Semuanya menceritakan seribu satu macam rasa. Sakit, resah, marah, sabar, selamba, senyum, ketawa (security yang gedik2 kat luar wad..yang tak bagi aku masuk tu..) luka, patah, jatuh, sakit dalaman, batuk, selsema, bertopeng (mask). Kebanyakannya keluarga yang meneman. Ada juga beberapa yang berpakaian kemas, dari pejabat juga lagaknya.

Semua yang aku perhatikan, aku rasa insaf. Semua yang aku Nampak, rasanya seperti mahu mendapatkan notebook pada masa itu untuk aku catatkan segala perasaan yang aku rasa, yang aku perhatikan dan yang aku terima.

Aku terkenang juga masa aku mendapatkan rawatan di Hospital Pakar KPJ waktu aku di diagnose Bronchitis dulu. Masa tu, terasa sakit yang sakit sangat.

No comments: