Pages

Saturday, June 18, 2011

cuba fikirkan



apa agaknya
rupa dunia
yang tak pernah kenal
erti merdeka


mari bayangkan
rupa manusia
yang setiap kalinya
tompokan darah kering menjadi
jamuan mata


kalau terasa
lapar dahaga
tiada lain
haiwan melata
atau daging saudara


hingga bila
dunia bermata
bebaskan jiwa
yang lama sengsara
kerana kurasa
harga nyawa
semakin tiada


sampai bila?

No comments: