Pages

Tuesday, May 31, 2011

Jangan tangguh!

Selasa.
Menyelesaikan tugasan harian. Sambil mengulang dengar lagu I Love You This Big.
Tak bosan ke?
Tak. sebab lagu tu ada meaning~

How about today?
Ermm, let see..hari ni tak berapa nak bosan sangat. Sebab awal pagi tadi Kak Huieda dah bagi balik kat aku few docs yang aku boleh uruskan. Dah siap pun.
Jadi, ada masa untuk berblog~ Sementara menunggu Puan habis Meeting JPP,
Lepas ni nak buat post JPP plak.
Delegate tugas untuk diselesaikan inter-unit and inter-departmental.

Kat rumah pun sekarang ni sedang giat delegate tugas untuk majlis Ecah.
Last week kami kemas rumah sewa Ecah. Along, Mama dan Ecah cat pagar. Baba cabut rumput.
Pastu kami semua tergolek dog. (selingan: kat rumah sewa Ecah ada banyak dogs. Bising je bile kami datang. Asyik menyalak..pening!)
Sambung balik..
Mama bawa karpet rumah yang kaler merah ke sana. Lantai rumah sewa tu lantai marmar. Kaki Mama tak tahan.
Ha, yang bestnye, rumah tu memang sejuk je. Tak macam rumah kita. Mungkin kawasan keliling kut~ padahal waktu tu adalah tengahhari buta..tapi masih nyaman~ selesa…

Sebenarnya aku nak cerita pasal delegate. Bahagi kerja.
Baik dalam kehidupan peribadi, baik dalam kerja, baik dalam berkeluarga.
Ada orang memang dari kecik lagi pandai membahagi masa untuk lakukan kerja.
Ada orang dah besar baru belajar macam mana nak bahagikan kerja.
Aku teringat masa zaman belajar dulu ..aku paling tak reti kemas baju masuk dalam beg untuk balik ke kampung.
Masa mula-mula sampai, Mama yang kemaskan almari. Aku tak reti. Kalau aku yang buat, proses tu akan makan masa yang saaaaaaaaaangat lama.
Masa kat asrama kan kita basuh kain sendiri. Jemur dan bila kering kita angkat. Kawan-kawan sebilik terus lipat dan simpan. Aku plak, lepas angkat aku letak atas katil. Sampai dah jadi macam gunung, sampai dah tak ada ruang untuk tido, sampai tido atas kain bersih. Sampai dah tak tau kain tu dah pakai ke belum (well, the last part was a bit exaggerating~ aku tak campur kain busuk ngan kain bersih..huhu)

The point is, kalau tak ada masa sesangat sekalipun, selesaikan tugas yang ada depan mata sehingga selesai. Itu pembahagian masa yang baik. Biar selesai satu-satu. Biar lambat asalkan selamat. Memang la terasa sangat benci sebab bukan minat kita nak lipat ke nak kemas ke. aku bernasib agak baik kerana roommate aku memang tak pedulik.

Jangan tangguh!



No comments: