Sekarang ni dah tak ramai lelaki berkualiti yang boleh dijadikan sandaran untuk meng-imam-i hidup.
Pilihan semakin terhad. Minggu lalu kami sekeluarga hadiri kenduri di Bota, Perak. Dua pupu aku kahwin. Moga Kak Azie bahagia dengan Abg Daing sampai akhir hayat. Kak Azie ni langkah bendul jugak kesnya. Adik dia kawin dulu last 2-3 years.
Masa tu aku study lagi rasanya. Mama dengan baba je yang hadir kenduri Pakcik Anuar at that time J
Kami ke Bota dengan kereta Baba J ingat boleh alternate driving dengan mama dan aku..tp Baba menunjukkan prestasi yang agak cemerlang (walaupun ada sekali tu hampir nk terlanggar divider!! Ngantuk kut..takda org borak dengan dia huhu~)
Masa on the way kami bersembang la..untuk hilangkan bosan dan mengantuk ;p
Kami ckp pasal kenduri Ecah… tetiba aku tergerak mulut nak tanya, “Baba, Baba kisah tak kalau kat rumah Baba ada Andartu? Along le tu~ Emm, kisah tak?”
Baba cakap, “La, apasal pulak nak kisah? Lebih baik daripada kahwin awal tapi tak bahagia. Hang pun boleh tengok saudara mara kita. Uncle-uncle dan auntie-auntie..berapa tahun kahwin dan masih kekal lagi. Cari la orang yang boleh bimbing kita, yang solat dan jaga agama dia. Biar orang itu boleh jaga kita nanti.”
Pada aku, isu ni agak remeh dan tak patut dijadikan tajuk berita dan diangkat sebagai isu besar. Kahwin awal atau lewat, bukanlah satu pilihan. Bukan juga satu kehendak. Manusia merancang. Tuhan juga. Dan tak siapa boleh sangkal bahawa perancangan Tuhan adalah terlebih baik bagi hambaNYA.
Pernah bercinta. Pernah merancang masa depan dengan seseorang. Aku sangka inilah dia. Mahligai yang bakal dibina bersama dengan orang yang aku sayang, yang aku fahami dan kenali. Namun, terbuktilah hati itu milik Tuhan. DIA yang berkuasa membalikkan hati manusia. Siapa sangka perasaan yang disemai dalam masa empat tahun berakhir atas satu kesilapan kecil? Tu semua asbab J dan aku terima. Tak ada jodoh~
Agak lega kerana boleh berbicara soal ini tanpa rasa ragu dan bersalah dengan kedua orang tua aku. Betapa dulu aku merasakan yang mereka tidak akan pernah faham dan takkan bisa menyelami hati dan perasaan aku. Timbul rasa bangga, kerana dalam susah dan senang, keluargalah tempat mengadu, dan berkongsi rasa.
Aku masih ingat hari hubungan kami terputus (baca: diputuskan)…
Abang dan pak Long dia datang kerumah untuk menyampaikan berita. “Maaflah pakcik, hubungan ini tak boleh diteruskan lagi. Dia (ex-bf saya la~) tak boleh nak teruskan.” Katanya kalau ada lelaki lain yang lebih baik untuk aku, terimalah. Dia masih tak bekerja dan apa pun tak ada. Suara Baba tenang menerima berita ini. Aku tahu hatinya tersentuh juga. Mujur kami masih belum dalam peringkat beria-ia :p Familinya pernah datang untuk merisik. Janji dalam tiga tahun. Bukan jodoh rupanya.
Aku sedih. Memang sedih. Mana taknya, angan-angan telah dipasang. Tak dapat pula nak melihatnya terlaksana. Alhamdulillah, aku berjaya bangkit semula. Pedih, sakit. Tapi aku ada keluarga yang kuat dan tabah. Aku ada iman dan aku yakin dengan ketentuan yang DIA tetapkan.
Bercakap soal ini, airmata pastilah bergenang. To re-live the moment..huhu, it’s not my favorite.
Apa pun, aku tak kisah. Betul aku tak kisah J ini peluang aku untuk berbakti pada Mama dan Baba..
Macam aku cakap awal tadi, lelaki berkualiti sekarang ni susah nak cari. Syarat aku tak banyak..2 je J
Wajib jaga solatnya dan tidak merokok. Banyak sangat ke yang perlu diikuti?
Pemerhatiannya, majoriti gagal pada syarat pertama. Itulah, bila Tuhan dibelakangkan..dunia diutamakan.
Aku pun bukan little Miss Perfect~ aku ngaku, solat pun tak sempurna. Tapi aku berhak mencari yang terbaik untuk bimbing aku. Aku dah penat asyik menjaga orang. Aku nak dijaga, for a change… Aku lebih rela bersendiri daripada bergantung nasib pada yang sesat hatinya. Lelaki yang kuat adalah lelaki yang taat pada Tuhannya. Barangsiapa yang jaga solatnya, hidupnya akan dijaga. Aku mahukan itu.
Pernah bercinta dengan lelaki tua, pernah bercinta dengan lelaki sebaya, pernah bercinta dengan lelaki muda. Untungnya aku~ J ini adalah tanda..
Yang pasti, jodohku masih belum ketemu. Saban hari aku berdoa, jika ada yang baik, ketemukan aku dengan si dia. Jika bukan itu orangnya, tunjukkan aku serta jauhkan aku daripadanya. Doa ini senjata orang mukmin. Cinta lepas kahwin lebih nikmat. Aku YAKIN seyakinnya~
Belum tiba waktu aku, aku akan terus tunggu~
No comments:
Post a Comment