Pages

Sunday, October 31, 2010

Born Free


Born free, as free as the wind blows
As free as the grass grows
Born free to follow your heart

Live free, and beauty surrounds you
The world still astounds you
Each time you look at a star

*Stay free, where no walls divide you
You're free as a roaring tide
So there's no need to hide

Born free, and life is worth living
But only worth living
Cause you're born free
Lyrics by Don Black,
Music by John Barry

‎"a women's heart should be so lost in God, that a man needs to seek Him in order to find her"

muhasabah~

Saturday, October 30, 2010

what did i do on Saturday Night


gorgeous Dam-Bi <3>

baru tahu :B

menci la, baru aku tau button edit HTML ngan compose tu buleh digunakan :)
bodow la diri beliau~

The Magic of David Foster and Friends

i watched TV just now :)
and i can't help myself from posting this one.. (as a motivation (: hehe)

DAVID FOSTER—the 15- time Grammy winning producer, singer-songwriter and showman lines up the world’s greatest artists and 34 of his greatest hits in "The Magic of David Foster & Friends.” Featuring enduring hit songs from a group of world-class artists including our very own Charice, who’s first international self-titled debut album becomes another chart-topping record produced by Foster himself. David Foster’s touch on music whether it be co-writing or producing definitely has Magic and you’ll find that out for yourself in "The Magic of David Foster & Friends," another timeless collection brought to you under Warner Music Philippines. The 2-CD compilation encompasses 34 hits by Foster, featuring the voices of some of music’s biggest names—Celine Dion, Whitney Houston, Michael Jackson, Madonna, Michael Bublé, Andrea Bocelli, Josh Groban, Barbra Streisand, Natalie Cole, Earth Wind & Fire, Peter Cetera and more!. Of course this album also includes the international pop princess Charice, in which David Foster co-wrote “In This Song,” one of Charice’s most inspirational and goose-bumping track in her first international debut album.Classically designed in a 3-fold digi-pack, The Magic of David Foster & Friends includes a full lyric booklet that you can use if you want to sing-a-long to the songs if it suits your fancy. Flip through the golden and glossy pages and take pleasure skimming to some of David Foster’s old and unreleased photos with the artists he has worked with from the start of his career since the 70’s. Read though Foster’s thoughts and feelings on each artist’s behind his hits in this album, and how he hopes you enjoy this soundtrack to his life.



i want one!

Friday, October 29, 2010

Banana Phone



ding dong ding dong ding :D chomelnya!!!

tunggu waktu

saya di pejabat. menunggu waktu untuk pulang.
masih mengambil sepenuh kesempatan untuk bercinta dengan internet.

Thursday, October 28, 2010

Cakap-cakap Tepi Sawah: Ibu itu Madrasah

Cakap-cakap Tepi Sawah: Ibu itu Madrasah: "u ajar kite berdiri. Ibu ajar kita bercakap. Sampai sekarang ni kita dah banyak cakap dah dari ibu kita kan? Bila dah kanak2 sikit, kita banyak persoalan tentang asal usul kejadia"

Tarikh Luput Untuk Sayang

~nukilan yg menyentuh hati yang paling dalam~

macam roti yang sedap di makan begitu saja,
mungkin juga dengan sardin atau telur,
boleh juga buat puding roti,
yang semuanya jadi lemak berselulit di peha dan lengan,

atau biskut yang sekejap ada sekejap tiada,
manis dan bila masuk menggelitis semua urat saraf,
makan banyak-banyak sampai muak,

aku berikan kau pilih tarikh luput, sayang,
sebab aku dah terbiasa dengan pengakhiran,
selalu sayang jadi kenangan, cinta jadi taik!

sebab sayang selalu jatuh di dasar hati,
lemas dalam selaman bunuh diri,
dan seringkali cinta terbang ke kayangan,
jadi ingatan tanpa hadir,

sayang, aku sudah bersedia berkecai sekali lagi
kau?


by:
Tramizi Hussin on Wednesday, October 27, 2010 at 6:48pm


TQ Tra for the sincerity of it~

=teringat=

Saya teringat pada beliau..
Beliau banyak bantu saya. Beliau banyak bimbing saya.
Walaupun kebaikannya bersebab.
Ada udang disebalik batu dan ada niat tersembunyi.

Saya tak akan lupa.
Bila rindu menyapa.
Yang buruk-buruk semua menepi.
Hanya kebaikan dan jasa tersemat di hati.

Masa aku mula menjejak kaki disini.
Beliau yang bertanggungjawab disebaliknya.
Masa aku mula kenal dunia kerja
Beliau ada sama.

Sedar atau tidak,
Aku pandang tinggi pada beliau.
Jasa dan usaha beliau, aku ada disini.
Ihsan beliau, aku masih disini.

Kini bila rindu menyapa lagi
Aku kirim serangkap doa
Agar beliau selalu tenang di sana
Sihat gembira
Jauh dari dukacita
Berbahagia hingga akhirat dari dunia

Friday, October 22, 2010

bila Agama dijunjung tinggi, Ilmu disemat dalam hati dan Solat didaulat insyaALLAH tiada lagi isu budaya mencorak gaya...

~sfzy

Let's Go to the Mosque

MUTIARA SABDA
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ‏:‏ ‏"‏صلاة الرجل في جماعة تزيد على صلاته في سوقه وبيته بضعاً وعشرين درجه وذلك أن أحدهم إذا توضأ فأحسن الوضوء ثم أتى المسجد لا يريد إلا الصلاة، لا ينهزه إلا الصلاة، لم يخط خطوة إلا رفع له بها درجة، وحط عنه بها خطيئة حتى يدخل المسجد، فإذا دخل المسجد كان في الصلاة ما كانت الصلاة هى تحبسه، والملائكة يصلون على أحدكم ما دام في مجلسه الذى صلى فيه، ما لم يحدث فيه‏"‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه، وهذا لفظ مسلم‏)‏‏)‏‏.

ENGLISH TRANSLATION

Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) reported that: The Messenger of Allah (PBUH) said: "The reward for Salat performed by a person in congregation is more than 20 times greater than that of the Salat performed in one's house or shop. When one performs Wudu' perfectly and then proceeds to the mosque with the sole intention of performing Salat, then for every step he takes towards the mosque, he is upgraded one degree in reward and one of his sins is eliminated until he enters the mosque, and when he enters the mosque, he is considered as performing Salat as long as it is the Salat which prevents him (from leaving the mosque); and the angels keep on supplicating Allah for him as long as he remains in his place of prayer. They say: 'O Allah! have mercy on him; O Allah! forgive his sins; O Allah! accept his repentance'. This will carry on as long as he does not pass wind".
[Al-Bukhari and Muslim].



TERJEMAHAN HADITH

Dari Abi Hurairah R.A dia berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: “Sembahyang yang dilakukan oleh sesaorang dalam keadaan berjama’ah melebihi (ganjaran pahalanya) dari sembahyangnya di premis kedainya atau di rumahnya bersaorangan pada kadar dua puluh gandaan lebih. Jika sesaorang berwudhu dan menyempurnakan wudhu’nya kemudian dia terus menuju ke masjid dan niatnya hanyalah untuk bersolat. Tidak menggerakkanya ke masjid melainkan solat.(Dalam keadaan ini) tidak satu langkah pun yang dilangkahinya melainkan Allah akan mengangkat darjatnya dan menghapus akan dosanya sehinggalah ia masuk ke dalam masjid. Setelah ia masuk ke masjid ia dikira berada dalam keadaan bersolat selagi mana keberadaannya di situ kerana solat dan selama itu jugalah malaikat akan mendoakan kebaikan untuknya selama mana dia berada di tempat dia bersolat dan selagi mana wudhu’nya belum terbatal.


PENGAJARAN HADITH

1.Solat mempunyai nilai tinggi di sisi Allah apatah lagi kalau disertakan dengan memakmurkan masjid.
2.Niat melakukan solat mesti kerana Allah. Bukan kerana jadual bertugas. Hari-hari tak bertugas pun kena datang gak. Kalau datang kerana tugas nanti orang yang tak ada tugas tak datang. Sampai bila masjid nak ramai. Kalau dah ada tugas pun tak mai lagilah parah.
3.20 kali ganda ganjaran tu banyak tu. Janganlah kalau gaji tak naik 2% jer kita terasa nak marah. Ganjaran besar tak dapat tak terasa rugi. Tu tanda kepincangan rohani.Orang kalau dapat offer kerja baru gaji naik sekali ganda mesti pergi. Sebab kalau tak pergi terasa rugi.
4. Solat dan apa saja amalan kebajikan adalah penghapus dosa kita dan pengangkat darjat kita di sisi Allah. Ini mesti diyakini baru kita ada kepuasan insyaAllah.
5.Tempoh keberadaan kita di masjid akan dikira oleh Allah seolah-olah seperti kita sedang bersolat.
6.Tempoh keberadaan kita di masjid melayakkan kita mendapat doa para malaikat yang mulia. Kadang-kadang kita marah kat tok imam tok lebai tak mai rumah kita nak baca doa tahli dsb. Doa malaikat kalau kita tak dapat lagi kena rasa rugi dan marah kat diri sendiri.
7.Para isteri yang solat kat rumah setelah dia kejut suami dia untuk ke masjid akan dapat pahala macam suami dia jugak. Kerana dalam Islam penyebab kepada sesuatu perbuatan dianggap sama seperti pelaku perbuatan tersebut. So para isteri kejut-kejutlah orang sebelah tu supaya ke masjid.

Thursday, October 21, 2010

Jet - Look what you've done



sometimes, we do make a fool of ourselves :(

~sfzy~

Fitnah terbesar

Hadith :
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”

(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Huraian
1. Dunia mempunyai daya penarik yang kuat kerana Allah SWT telah menjadikannya berkeadaan demikian untuk menguji manusia siapakah yang dapat menguasai hawa nafsunya dan dapat menjalani kehidupan di dunia menurut jalan yang diredhai Allah.

2. Antara daya penarik dunia ialah wanita kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menggoda dan pakaian yang memberahikan. Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki sehingga mereka menjadi lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka.

3. Oleh itu Rasulullah SAW menuntut kita supaya memelihara dan mengawal diri daripada diruntun oleh kemanisan dan keindahan dunia dengan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sambil mengingati bahawa segala yang ada di dunia hanyalah sementara sahaja berbanding dengan segala nikmat di akhirat yang kekal abadi.

4. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.

Baba dah balik

Semalam aku tido awal. So tak sedar bila baba balik :)
Yang penting baba dah balik!
Alhamdulillah~

KALAU TAK SUKA, PULANGKAN....

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-

“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak? “
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..”
“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.
“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————-

“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”
“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

———————————————————————————-

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
“Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

———————————————————————————–

“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”
Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
“Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.
“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
“Laila”

—————————————————————————————————-

“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
“Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”
“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk
“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..
Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….

Wednesday, October 20, 2010

Kisah Syaitan

dalam hati
penuh syaitan

paksa diri
lawan syaitan

dalam darah
ada syaitan

berlari-lari
kegirangan

kita manusia
bukan syaitan

kalau lalai
jadi syaitan


~sfzy~
8.50pm

Istimewa, Sempurna

aku lihat dia
dia yang berada
dalam dunianya

aku insafi
kejadian diri

dia istimewa
tiada berdosa
tiada tanggungjawab
tidak diberati hukum
berbanding aku
penuh dosa
walau bisa membeza
benar dan mungkar

masih tetap aku
melihat dia
dia gembira
tak fikir apa-apa
berada dalam dunianya
dan terus tertawa

dia istimewa
permata dalam sejuta
bebaslah dirinya
dari belenggu dunia

aku masih insafi diri
syukur dengan kejadian kini
aku terpilih
insan terpilih
menjadi manusia
untuk disempurnakan


sfzy
@taufiqiyah
19.10.2010

"pantun jatuh" by Aminah

jatoh tangge jatoh longkang
jatuh perigi tak naek2
jatuh tersembam giginya jongang
benjol kepale x baek2~

jATuh tangge depan umah
sudah jatuh ditimpe tangge
jatuh tergolek langga pkok klape
klape jatowh atas kpale...

jatuh tergolek, tergolek-golek
tergolek-golek mcm ayam golek
jatuh t'smbam-malu giller...
jatuh bangunan??terus mati~

jatuh tersadung bole bangun
jatoh longkang kne angkat
jatuh perigi kne panjat
jatuh klcc?? terbangla sndri....

jatuh parit terpijak pacat
jatuh swimming pool terpijak manusie
durian jatowh tercucuk kpale
bengong troos langsung jdnye~

naek basikal asek tejatoh
naek scooter lagi la.... t'jatowh
da asek jatuh, jalan kaki je la~
tjatuh plak dlm saluran kumbahan...

jatuh terkehel jatuh terseliuh
jatuh tersadung, jatuh terjatuh
asek jatuh dri td
upe2nye da jatuh hati~

jatuh parit kene gelak
jatuh sungai terus mati lemas
bile hati da kene ciplak
lemas becinte sape yg tau????

cinta kpd ALLAH adlh cinta yg hakiki....

A person who never made a mistake never tried anything new.

~Albert Einstein

Tuesday, October 19, 2010

sengal in da house

Aku mengantuk
Itu satu nikmat
Aku tertidur
Itu satu nikmat
Aku masih mendengar
Itu juga satu nikmat

"Oi..bangun.." bisik Ecah sambil mencuit aku yang tersengguk-sengguk

Aku terjaga
Kembali mencatat
Ilmu yang dapat

~sfzy~
@10pm

Klinik Suntex

Pagi tadi aku bawa Mama ke Klinik Suntex, Batu 9. Dah lama tak pergi ke sana. Aku masih ingat waktu kecik², selalu ikut Baba ngan Nenek ke sana bila ada sesiapa demam atau batuk selsema. Ubat dari Klinik tu serasi.

Malam tadi aku dengar Mama batuk2 teruk. Kesian. Orang tua kalau batuk, teruknya sampai ke kepala. Sampai terkencing pun. Aku tak sanggup tengok Mama menahan batuk. Jadi aku buat keputusan untuk bawa mama ke Klinik. Ubat hospital tak jalan. Ubat klinik dari Kajang pun tak jalan. Makin terseksa aku tengok.

So, lepas breakfast dengan Mama dan Ecah di Kedai Ani, kami pun gerak ke Klinik. Datang dua kereta, senang Ecah boleh terus ke pejabat. Tengahhari dia nak pegi inspect pulak.
Jalan ke klinik yang aku ingat dulu dah lain. Banyak sangat lencongan baru yang aku tak familiar lagi. Maklumlah, dah bertahun tak singgah sini. Lama juga kami tunggu.

Klinik buka jam lapan pagi. Tak sangka staff disana masih ingat kami lagi. Semuanya terkejut bila jumpa Mama dan tegur. Macam kawan lama. Soalan biasa, “Dah ada cucu ke?” tanya mereka pada Mama. Hehe.

Aku perhatikan sekeliling. Semua yang aku ingat masa kecik² dulu…semua dah lain dan aku macam gergasi kat klinik tu. Berbeza sungguh dunia 20 tahun lepas dengan sekarang.

Terasa sekejap je. Dulu Mama jaga aku, bawak aku gi Klinik bila sakit. Sekarang aku pula yang bawak Mama ke Klinik. Inilah masa aku untuk berbakti pada Mama. Aku sokong Mama, aku sayang Mama. Aku ingin berada untuk Mama pada setiap masa Mama perlukan aku. Oh Tuhan, bantulah aku dan berilah aku peluang untuk berbakti kepada kedua orang tuaku… amin~

SFZY

Monday, October 18, 2010

Those that know, do. Those that understand, teach.

~Aristotle

Monday Blues

hari ini hari Isnin..

betul ke orang kata Isnin itu Monday Bules? kenapa orang kata macam tu? Isnin sepatutnya permulaan minggu yang hebat!
Monday Blues yang disebut-sebut orang sepatutnya dihidupi dengan baik-baik dan penuh keceriaan :)
Blues atau tidak, terpulanglah pada individu yang menghadapi dan menghidupinya~
bagi aku, kita diberi masa yang senggang waktu hujung minggu. sepatutnya juga kita lebih bersedia untuk menghadapi hari baru :)
itu saja pendapat aku..
aku mahu meneruskan tugasku, dengan perasaan lebih positif.

iya~ sepatutnya!!

SFZY

Saturday, October 16, 2010

the pitch black back!

i keep looking back
but my feet bring me forward
there is nothing behind me
there's just dead silence

up in the streets of nothingness
i keep on moving, but
my head can't seem to obey my heart
wanting to look back and evaluate

in the dead silence behind me
i still feel something stalking
waiting
and ready to punce
whenever the opportunity presents itself

i keep bringing my feet forward
yet my body is still
and i'm glancing an inch to the pitch black back
to find nothing

and here i am still
looking back
and waiting
for the pitch black back
to consume me whole

on and on

........................

sfzy@7.51am
28/9/2010

~:silence is killing:~

silence is killing me
and it is killing you too

silence speak a thousand words they say
but not for me

silence is killing
and silence is emptiness

silence is deadly
don't come near

be silent they say
behold of what's await

silence is beatiful
and is killing

do not fret
my dear
for death is near

cHoIcEs

what i seek in life
is so much more
this world is not to be inhabitable for free
there is no way that we were left with no CHOICE

choice is something we face
day after day
night after night

mataku, matanya

tajam mataku
menjeling dia
ketat bibirku
menutur bicara

hati masih dioles rasa amarah
diri ini meronta resah
mahu saja tangan aku singgah
atas lantai pipinya yang merah

benar, aku manusia
benar, dia manusia
benar, kesilapan itu ..
terkadang tidak mampu di hindar

tapi hati masih geram
tangan masih dendam
mulut terkumat diam
dan mata menghunus tajam

maafkan saja, kata Mama
lupakan saja, kata Baba
kerana
air dicincang tidakkan putus~

sfzy

Friday, October 15, 2010

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT

( JANGAN SOMBONG UNTUK BACA DAN JANGAN KEDEKUT UNTUK BERKONGSI )

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Thursday, October 14, 2010

Cerita Masa Zaman Sekolah

Tadi waktu rehat, aku duduk melepak di bilik Ida n CT Raf. Kak Ekin pun ada sama, mungkin masing-masing sudah penat melayan FB. Iyalah, bosan. Lapar. Sudah jam satu. Rehat.

Aku pandang Ida, Ida pandang aku. Kak Ekin pandang aku dan Ida. Entah. Angkat bahu. Dalam seminit, masing-masing diam melayan perasaan.

Tiba-tiba aku teringat cerita lama, kenangan semasa darjah empat. Aku ketawa kecil. Ida dan Kak Ekin pandang. Kenapa?

Lantas aku mula bicara, “Ida dengan Kikin ingat lagi tak cerita masa korang zaman sekolah rendah dulu?” aku tanya. Ida angguk-angguk. Aku pandang Kak Ekin, “Ingat!” katanya. Kami senyum. Tanpa disuruh, Ida mula bercerita. Katanya masa sekolah dulu, awal-awal pagi, Ida akan tunggu kawan dia untuk ke sekolah bersama-sama. Masa sedang menunggu, masih sempat dia bermain-main. Kebetulan ada lopak dipinggir padang. Biasalah, budak-budak. Ida jatuh dalam lopak, habis baju kotor. Malang, kawannya tak pedulikan dia. Sesampai di sekolah, Ida masuk ke tandas untuk mencuci baju yang kotor akibat terjatuh dalam lopak tadi. Malang lagi, kena marah pula dengan makcik cleaner. Kasihan. Sejak dari itu, Ida tak tunggu lagi kawannya untuk ke sekolah.

Giliran Kak Ekin bercerita, “ Kenangan akak dengan abg akak je, berdua. Semua kenangan sekolah... mesti dengan dia. Dialah hero Malaya akak” jelasnya. “Berapa beza umur Kikin dengan Sanny?” tanya aku. “Setahun”…

Kak Ekin dengan abangnya Sanny kesekolah dan pulang dengan menaiki bas sekolah. Kadang-kadang, pemandu bas mereka malas untuk masuk ke dalam kawasan perumahan Kak Ekin dan lalu memberhentikan basnya di luar kawasan saja. Nak dijadikan cerita, kawasan perumahan mereka memang ada anjing-anjing yang berkeliaran. Entah siapa yang menjaga. Entah siapa yang empunya. Aku teringat, zaman itu pernah ada kes budak sekolah mati akibat kena gigit dengan anjing! Huh~ seram juga bila memikirkan semula. Maklumlah, Kak Ekin orangnya bersaiz kecil. Aku dapat membayangkan beliau masa sekolah rendah. He he~

Kak Ekin menyambung kisahnya. Bila dia dan Sanny turun dari bas sekolah, selalunya Sanny akan kata, “Dik, engkau duduk kat belakang Abang. Abang akan lindung engkau.” Kak Ekin pun terkedek-kedek menyorok di belakang Sanny. Kami ketawa bila membayangkan perkara itu, beza setahun memanglah rapat. Macam aku dengan Ecah. Aku memahaminya. Kak Ekin sambung lagi, “Kalau korang nak tahu, biasanya selepas tu, bila nak dekat-dekat sampai kat rumah, kami jumpa dengan anjing tu. Dia tunggu je kat depan lorong rumah. Dan biasanya Sanny yang lari ke belakang akak. Kami berlari sampai masuk dalam rumah. Tau-tau je, tudung akak dah bolos ke belakang, tinggal serkup saja! Sebab Sanny tarik tudung akak” jelasnya sambil ketawa. Kami turut terbahak-bahak. Kelakar.

Giliran aku pula menyambung kisah…

Teringat semasa aku darjah empat. Rumah aku dan sekolah tidak jauh mana. Lebih kurang dua kilometer. Tak terasa perjalanan ke sekolah itu jauh kerana aku dan Ecah suka menggunakan laluan dalam. Ada jalan potong daripada rumah ke sekolah dengan melalui sungai dan dusun durian orang kampung di situ. Hendak kata aku sibuk sangat sehingga tidak sempat ke tandas, rasaku tidak. Iyalah, darjah empat adalah masa riang ria tanpa sebarang peperiksaan besar yang menanti.

Alkisah aku berjalan pulang ke rumah. Aku jalan cepat. Bersaing dengan Ecah. Berlumba. Sesampainya kami berdua di hadapan jalan besar yang perlu kami lintas untuk masuk ke lorong kampung rumah kami, pundi kencingku terasa sangat tidak selesa. Penuh. Empangan di dalam itu rasanya mahu pecah. Tak mampu bertahan lagi! Tahu-tahu saja bagaimana gaya-nya bila seorang budak dengan baju kurung sekolah terjingkit-jingkit berjalan menahan kencing. Sudahlah kereta yang lalu semuanya laju-laju. Aku tergedik-gedik menahan kencing.“Apalah malang nasib aku, kenapa waktu ini kereta banyak yang lalu lalang?” getusku geram. Dendam. Rupanya jam sudah satu setengah tengah hari. “Ecah, aku dah tak tahan nak kencing ni,” aku mengadu pada Ecah, adikku. “Alah, sabarlah sikit. Kejap lagi je. Sampai rumah nanti hang kencing la. Takkan nak kencing kat sini? Nanti malu orang nampak”, Ecah membebel. “Tapi…”

Terasa panas celah kangkang bila kencingku mengalir. Basah. Habis basah kain sekolah. Habis basah setokin. Bertakung dalam kasut sekolah yang aku pakai. Lega. Malu. Geram. Marah. Malu. Malu. Malu!

Aku terhincut jalan balik ke rumah. Dalam fikiranku, aduhai esok ke sekolah lagi. Dan aku hanya ada satu kasut sekolah!

Aku, Ida dan Kak Ekin sapu mata. Kami bukan tahap tergelak besar. Kami mengilai tak ingat dunia.

Aku tersenyum-senyum kambing selepas itu. Ha Ha. Kenangan... inilah cerita aku masa zaman sekolah.

Frank Sinatra - Fly Me To The Moon Lyrics



Fly me to the moon
Let me play among the stars
Let me see what spring is like
On a-Jupiter and Mars
In other words, hold my hand
In other words, baby, kiss me

Fill my heart with song
And let me sing for ever more
You are all I long for
All I worship and adore
In other words, please be true
In other words, I love you

Fill my heart with song
Let me sing for ever more
You are all I long for
All I worship and adore
In other words, please be true
In other words, in other words
I love ... you

Wednesday, October 13, 2010

Ku Redha Sendiri

tak masuk syurga

TERJEMAHAN HADIS

Dan dari Ammar Bin Yasir R.A. Dari Rasulullah SAW. Baginda bersabda:
Tiga golongan yang tak masuk syurga selamanya. Lelaki yang dayyus, Perempuan yang berperawakan lelaki
dan mereka yang menjadi penagih arak. Para sahabat menyatakan: Yang menjadi penagih arak tu kami tahu
ya Rasulullah, tapi apakah yang dimaksudkan dengan lelaki yang dayyus? Rasulullah menjawab.
Si dayyus itu ialah lelaki yang tidak ambil kisah sesiapa pun yang datang dan masuk ke rumahnya berjumpa isterinya.
Para sahabat bertanya lagi: Siapa pula yang dimaksudkan dengan perempuan berperawakan lelaki? Rasulullah menjawab: “Mana-mana perempuan yang meniru dan mengikut perwatakan dan perangai lelaki”.
(Hadis Riwayat Tobroni.
Menurut Imam Munziri: “Setahu aku tidak ada di kalangan perawi hadis ini yang tak boleh di terima”).

PENGAJARAN HADIS
Masuk syurga adalah ultimate kejayaan paling berharga dalam hidup seorang muslim yang beriman.
Setiap muslim mukmin mesti menjauhi perkara yang membantutkan KPInya dalam menuju ke syurga.
Lelaki tak boleh jadi dayyus yang tidak ada perasaan cemburu langsung
& tak pernah mempedulikan kemungkaran melibatkan ahli keluarganya di hadapannya.
Kadang-kadang cemburu kena ada dan tu tanda sayang.
Nabi bersabd: Apabila seorang lelaki dan perempuan berduaan maka yang ke tiganya adalah syaitan
Sekali pun kita percaya dengan isteri kita dan kawannya, kita tetap tak boleh percaya pada yang ke 3 bersama mereka:SYAITAN
Orang perempuan pun kalau nampak suami mereka sering dengan perempuan lain kenalah ada cemburu gak.
Sebarang bentuk perlakuan perempuan nak jadi lelaki atau sebaliknya tak dibenarkan dalan Islam.
Lelaki ada peranan mereka yang tersendiri seperti juga golongan perempuan.
Sebarang penukaran peranan ini tak dibenarkan dalam Islam cam minyak petrol tak boleh ditukar jadi minyak hitam.
Orang perempuan tu kena berhalus dan tak boleh jadi kasar nampak macam lelaki.
Orang lelaki pun sama tak boleh jadi lembut macam perempuan.
Arak adalah pemusnah akal. Bila akal rosak kehidupan juga akan rosak.
Orang yang merosakkan akalnya dengan arak dan dadah menjatuhkan title kamanuasiaannya ke tahap yang lebih rendah.

"Holding onto anger is like grasping onto a hot coal with the intent of throwing it at someone else. You are the one who gets burned."

untuk diriku yg sering leka~

Bila itu adalah aku

Bila ilham mencanak
Segalanya ingin aku luahkan
Tiap minit ingin aku kongsikan
Semua perkara ingin aku lontarkan
Agar semua jelas dan nyata

Bila ilham mencanak
Masa yang tiada aku adakan
Hati kering terlonta-lonta mahu dikhabar
Baris ayat terbit mengalir
Laju
Selaju air di jeram
Namun tidak sejernih
Jernihnya bila bercampur pasir dan lumpuran
Cuba aku salurkan air itu
Pada laluan yang lebih bersimbol
Untuk bacaan manfaat
Nasihat penuh makrifat

Dan rupanya
Aku masih jahil
Dan
Yang jahil itu
Rupanya aku

Untuk sekali ini

Wahai~
Kenapa tidak
untuk sekali ini
Engkau
buka sedikit minda sempitmu
pandang luas alam keliling
sedar belas hakikat sepicing
bukan semata membabi buta
atau sekadar membuta babi
wahai~
tidak DIA menjadikan
engkau, aku, dia
untuk melampias egotistikal
dalam kata sarkastik-stikal
….
Wahai~
Sesungguhnya aku tiada berasa lagi
Mahu bercerita
Ingin bersenda
Semuanya tawar
Segalanya hambar
Gulung tikar
Sedarlah, Wahai~
Kau bukan manusia mulia
Kaulah terjijik diantara kejinya
Najis yang bertaburan
Dijalan…

If you are patient in one moment of anger, you will escape a hundred days of sorrow.

for me~

tak faham

Ada orang yang tak faham bila keadaan seseorang yang lain itu sulit atau tidak.
Adakalanya ikut pantas bicara tanpa mahu memikir apa-apa.
Mana-mana yang memudahkan mereka dituntut pantas dan segera!
Ada orang yang memang berkira dalam kerjanya.
Ada pula yang kurang bertoleransi dalam mengambil tindakan sesedap rasa.
Tidak mahu berkompromi dalam segenap hal dan pandangan.
Mahu atau tidak menjadi persoalan dan lalu ada mangsa yang pasti terkorban.
Ada orang menjadi dalang, ada pula yang menjadi jalang.
Ada orang sanggup bermanis muka dan menelan segala kepahitannya si petualang.
Aku yang tidak faham atau sengaja memilih jalan ini.
Yang mana sehingga bila, kemana..tidak aku pasti.

Tuesday, October 12, 2010

recap ;p

10.10.10, apa aku buat ek?
Pagi ke Shah Alam..kelas 8 to 4.
Petang sampai malam outing with Ecah.
We went from Metro Kajang to Alamanda Putrajaya.
Looking for SK-II.
Survey for perfume.
Shoes.
I dunno~ she n zul need to discuss a lot!
I hope perancangan ini dipermudahkan 

Never underestimate the impression you may make on others

When I was quite young, my father had one of the first telephones in our neighbourhood. I remember well the polished old case fastened to the wall. The shiny receiver hung on the side of the box. I was too little to reach the telephone, but used to listen with fascination when my mother used to talk to it.

Then I discovered that somewhere inside the wonderful device lived an amazing person - her name was "Information Please" and there was nothing she did not know. "Information Please" could supply anybody's number and the correct time.

My first personal experience with this genie-in-the-bottle came one day while my mother was visiting a neighbour. Amusing myself at the tool bench in the basement, I whacked my finger with a hammer. The pain was terrible, but there didn't seem to be any reason in crying because there was no one home to give sympathy. I walked around the house sucking my throbbing finger, finally arriving at the stairway.

The telephone! Quickly, I ran for the footstool in the parlour and dragged it to the landing. Climbing up, I unhooked the receiver in the parlour and held it to my ear. "Information Please," I said into the mouthpiece just above my head. A click or two and a small clear voice spoke into my ear. "Information."

"I hurt my finger. . ." I wailed into the phone. The tears came readily enough now that I had an audience. "Isn't your mother home?" came the question.

"Nobody's home but me." I blubbered.

"Are you bleeding?"

"No," I replied. "I hit my finger with the hammer and it hurts."

"Can you open your icebox?" she asked. I said I could. "Then chip off a little piece of ice and hold it to your finger," said the voice.

After that, I called "Information Please" for everything. I asked her for help with my geography and she told me where Philadelphia was. She helped me with my math. She told me my pet chipmunk that I had caught in the park just the day before would eat fruits and nuts. Then, there was the time Petey, our pet canary died. I called "Information Please" and told her the sad story. She listened, then said the usual things grown-upssay to soothe a child. But I was un-consoled. I asked her, "Why is it that birds should sing so beautifully and bring joy to all families, only to end up as a heap of feathers on the bottom of a cage?"

She must have sensed my deep concern, for she said quietly, "Paul, always remember that there are other worlds to sing in." Somehow I felt better. Another day I was on the telephone. "Information Please."

"Information," said the now familiar voice.

"How do you spell 'fix'?" I asked.

All this took place in a small town in the Pacific Northwest. When I was9 years old, we moved across the country to Boston. I missed my friend very much. "Information Please" belonged in that old wooden box back home, and somehow never thought of trying the tall, shiny new phone that sat on the table in the hall. As I grew into my teens, the memories of those childhood conversations never really left me. Often, in moments of doubt and perplexity I would recall the serene sense of security I had then. I appreciated now how patient, understanding, and kind she was to have spent her time on a little boy.

A few years later, on my way west to college, my plane put down in Seattle. I had about half an hour or so between planes. I spent 15 minutes or so on the phone with my sister, who lived there now. Then, without thinking what I was doing, I dialed my hometown operator and said, "Information, Please." Miraculously, I heard the small, clear voice I knew so well, "Information." I hadn't planned this but I heard myself saying, "Could you please tell me how to spell 'fix'?"

There was a long pause. Then came the soft spoken answer, "I guess your finger must have healed by now."

I laughed. "So it's really still you," I said. "I wonder if you have any idea how much you meant to me during that time." "I wonder," she said, "if you know how much your calls meant to me. I never had any children, and I used to look forward to your calls." I told her how often I had thought of her over the years and I asked if I could call her again when I came back to visit my sister.

"Please do, she said. "Just ask for Sally."

Three months later I was back in Seattle. A different voice answered "Information." I asked for Sally. "Are you a friend?" she asked. "Yes, a very old friend," I answered.

"I'm sorry to have to tell you this", she said. "Sally had been working part-time the last few years because she was sick. She died five weeks ago."

Before I could hang up she said, "Wait a minute. Is your name Paul?"

"Yes."

"Well, Sally left a message for you. She wrote it down in case you called. Let me read it to you. The note says, 'Tell him I still say there are other worlds to sing in. He'll know what I mean.'"

I thanked her and hung up. I knew what Sally meant. Never underestimate the impression you may make on others. On that note I would like to ask you to remember how much difference one person can make in someone's life.

Monday, October 11, 2010

Fav. Quote

"It is better to have loved and lost Than never to have loved at all." Alfred Lord Tennyson

membuang pandang ke luar sana
ku renung malam tenang
dari jendela rumah Tuhan
bahagia sungguh aku rasakan
indahnya alam ciptaan Ilahi

hati terasa dipenuhi
tatkala mata memerhati
keletah anak kecil riang berlari
terusik perasaan jauh di sanubari
sungguh ku ingini

tenang malam tiada berombak
tenang menghanyut rasa lama
rasa yang bersarang di dalam dada
terhakis demi sedikit
gundah
resah
pilu
aku

...

Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada Yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milik-Mu

Yang hanya kuidam
Di dalam pandangan-Mu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah kudipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
Keampunan-Mu setelah aku malu

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah kulukai

Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling