Wahai~
Kenapa tidak
untuk sekali ini
Engkau
buka sedikit minda sempitmu
pandang luas alam keliling
sedar belas hakikat sepicing
bukan semata membabi buta
atau sekadar membuta babi
wahai~
tidak DIA menjadikan
engkau, aku, dia
untuk melampias egotistikal
dalam kata sarkastik-stikal
….
Wahai~
Sesungguhnya aku tiada berasa lagi
Mahu bercerita
Ingin bersenda
Semuanya tawar
Segalanya hambar
Gulung tikar
Sedarlah, Wahai~
Kau bukan manusia mulia
Kaulah terjijik diantara kejinya
Najis yang bertaburan
Dijalan…
No comments:
Post a Comment