Pages

Wednesday, October 13, 2010

Bila itu adalah aku

Bila ilham mencanak
Segalanya ingin aku luahkan
Tiap minit ingin aku kongsikan
Semua perkara ingin aku lontarkan
Agar semua jelas dan nyata

Bila ilham mencanak
Masa yang tiada aku adakan
Hati kering terlonta-lonta mahu dikhabar
Baris ayat terbit mengalir
Laju
Selaju air di jeram
Namun tidak sejernih
Jernihnya bila bercampur pasir dan lumpuran
Cuba aku salurkan air itu
Pada laluan yang lebih bersimbol
Untuk bacaan manfaat
Nasihat penuh makrifat

Dan rupanya
Aku masih jahil
Dan
Yang jahil itu
Rupanya aku

No comments: