Pages

Monday, September 13, 2010

apa mahu ditulis

ya, apa mahu ditulis ?

hari ini empat syawal, aku bekerja. entah mengapa memang tiada mood untuk melakukan semua itu.
lebih banyak berbual dengan CT raf dan Kikin..cerita raya, cerita Arwah Sosilawiya dan macam-macam lagi.
tepat jam lima tiga puluh kami keluar dan terus memandu pulang. esok cutiku kembali diteruskan. berbeza dengan Kikin yang akan meneruskan tugasnya memproses gaji~

bicara tentang keluarga, bicara tentang masa depan dan masa lalu.
bicara tentang adikku yang selalu saja dalam ingatan..dengan harapan tidakkan kehilangan arah tujuan.

benar sebenar-benarnyalah bicara Kikin itu. mungkin caraku untuk menguruskan segala tentangnya salah. mungkin masih jauh untukku kenali adikku. mungkin benar dia sudah dewasa.

entahlah~ aku takkan putus asa lagi pada keluargaku sendiri.
mana mungkin ku benci pada darah dagingku? mana mungkin...

No comments: