Pages

Saturday, September 11, 2010

1 Syawal dalam tahun 2010

jam di bahagian bawah kanan muka komputer riba ini menunjukkan lagi 15 minit untuk aku membingkis apa saja coretan sebelum tibanya Syawal kedua bagi tahun 2010 ini.

dalam keseronokan, debaran menyambut Syawal tahun ini..aku turut merasa sedikit terkilan kerana tidak semua saudaraku yang akan berada di rumah. ya, terasa jauh hati sedikit. kerana aku yang sulung. aku mementingkan keberadaan semua anggota untuk bersama-sama di rumah bagi menyambut kemeriahan yang biasa dirasai.

untuk tahun ini sedikit kelainan kerana dia tiada di kalangan kami. aku terkilan. dia terkilan. mama terkilan dan ada yang turut sama berjauh hati dengan keegoan dan sikap sarkastik yang sengaja ditunjukkan.

entah sampai bila ego akan terus berada di atas, mengenepikan seterusnya membunuh genta rasa hormat, rendah diri dan kasih cinta pada asas kejadian makhluk..kesal, terkilan.

pagi dimulakan dengan upacara bermaafan dan bertangisan. aku sedar sampai mati pun takkan mampu kudrat diri membalas setiap budi, jasa dan cinta sang bonda. dan walau cara apapun takkan mampu diri ini menjadi setegar ayahanda yang sentiasa setia menghulur kesediaan walau dalam situasi sesempit manapun.

terbit juga titisan mutiara jernih yang mencela-kan tubir mataku yang siap di canting dengan eye-liner hitam..

Mama, Baba..
sungguh aku cintakan kamu berdua.cinta yang selalu merindukan, dahagakan dan mendamba perhatian dan kasih sayang.

akhirnya pos ini aku wartakan pada jam 12.05 minit 2 syawal tahun 2010...

No comments: