Monday, April 26, 2010
::this is us::
Give you all my love
Forget what he has done to you
I'm here now
Open up to me
Love will set you free
If ever you believe it
Please believe in me
Tuesday, April 20, 2010
::piranhas::
sfzy on FB @ 11.30
Saturday, April 17, 2010
Maulud-Mama-Singapore (MMS)
As for me and the others, mkn time beli jelah kat luar… ;) funny tho, at her age her daughter still can’t cook anything decent for her. I felt like crying~~~
Whe mama told her adventures in Singapore, I was laughing out loud for hearing the stories about mama and her girlfriends sharing turns bringing the food to the group! Hahaha. There are four of them and each of them take turns to ‘visit’ the food banquet table and bring back foods for all four of them! Memang mcm org bujang… I glad though that she really enjoyed her times thare. She really ned tose vacations. Away from us, away from home..before she resumes her daily routine tomorrow..hahaha..
Tomorrow is 17 april 2010. it’s mama and baba’s 27th anniversary :)
Friday, April 16, 2010
orang ikhlas tertindas...?
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas aku.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai aku bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja aku bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, aku lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, aku bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Aku tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata aku perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Aku berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Aku lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang aku sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran aku pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang aku panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “CEO”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas aku mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang aku kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup aku. Aku terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya aku juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas...?
-petikan dari Genta Rasa.
Tuesday, April 13, 2010
agi idup agi ngelaban
Sudahkah aku sampai ke tahap itu bila hati masih mempertikaikan pilihan yang sedang aku timbang. Siapa yang mampu menjawab soalan hati aku ini selain DIA.. kita digalakkan berusaha, bukan? Oh Tuhan, tunjukkan aku caranya..
Dalam menjalani ranjau hidup, DIA akan jumpakan kita dengan pelbagai manusia..
Apakah impaknya? Tentulah cara pergaulan, kebebasan hidup bermasyarakat dan beragama. Atas diri sendiri untuk bagaimana harus memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada khalifah disini. Buruk baiknya semua bersebab. Kenalah muhasabah diri, iman dan tawadduk dalam perbuatan dan sikap seharian.
Siapakah yang akan merasa akhirnya kemanisan ini? Tentulah kita semua bermanfaat darinya…dari ALLAH kita datang, kepadaNYA jua setiap dari kita akan kembali…
Selagi hidup selagi itulah kena berjuang :) I can do it!!
Sunday, April 11, 2010
-::change::-
"Any change, even a change for the better, is always accompanied by drawbacks and discomforts." Arnold Bennet
Saturday, April 10, 2010
Macam mana nak mulakan ya..
Lepas SPM, kami masing-masing berpisah arah tujuan. Huda dapat sambung study kat KYPM Melaka. Ekhzan kat MMU Melaka. Iwan up sikit ..masuk matriks UUM. Aku sendiri? Alhamdulillah dapat sambung Diploma Perakaunan di UiTM Terengganu.
Tahun 2002 adalah tahun kami mulakan hidup sebagai individu yang cuba mencari identity masing-masing. Sepanjang pengajian, jarang sekali aku dapat berkumpul balik macam zaman sekolah..tapi rindu tetap setia jenguk hati aku. Aku tak pernah ada kawan baik lelaki macam Iwan dan Ekhzan. Aku tak pernah ada saudara sebaik Huda. Aku dah biasa dengan masakan makcik (Arwah Emak Huda). Sungguh aku rindu sahabat-sahabat aku!
Tahun 2005 sepatutnya aku tamat pengajian … memandangkan nature aku yg selalu join event universiti..maka studies aku terabai org ‘pandai’ mmg macam tu, kan? Tanpa segan silu, aku terpaksa extend semester aku ke semester 7 dengan 2 subjek saja..
Ohh, kenangan lama… masihkah aku nak re-live the moment? Terasa hati aku macam pedih je everytime aku recall cerita ni…
After tamat Diploma, aku apply untuk Dgree. Fevret course aku..TESL. believe it or not, aku hanya sedar minat aku ni (untuk menjadi seorang pendidik dalam bahasa Inggeris) masa halfway through Diploma. Dendam juga sikit pada Cikgu Bushro yang “menyuruh” aku pilih Diploma Account sebagai 1st choice dalam UPU form. Salah sendiri..keputusan terletak dlam tangan masing-masing.. Ya ALLAH, macam tak percaya semua tu dah lebih 5 tahun yang lepas.
to be continued...
~sfzy~
Feelings
Dear bloggie,
Adakah engkau memahami hati seorang perempuan? Do you know how hard it is to bottle it all up inside of you and never had the guts to say your feelings out loud?
I knew exactly how it feels if everything is already out there. Whatever comes next doesn’t even matter.
It’s like you have been set free after so long of misery. Feelings are a mystery. No one could ever tell. It is not written on your face. It’s not like people can guess it anytime.
Feelings …must it be said? Why do we need to be said? Should it be known to people?
Friday, April 9, 2010
KuRniA
“Ampuniku ya Allah,
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan
karuniaMu dalam sunyi aku bersujud”
My journey started this afternoon with my sis, Aishah. She can be wonderful if she wanted to ;) she fetch me @ UNITEN at 2.30pm. terpaksa aku amik half-day mengejut. I felt Mr. Guilty came. So, I msg my boss to inform her about me gone to PJ. Actually plan ni pun was not well prepared. Not 3 days ago I received letter from Kurnia Insurance regarding the accident I’m involved in, which was like 3 months ago.
Ecah was the driver. Dia drive, fuhh…seatbelts!! And we manage to be there at 3.00pm jugak la~. Alhamdulillah we manage to get a tepi jalan parking-not-so-parking place and we settled there. Tawakal jelah.. it started to rain quite heavily when we got out of the car.
Dengan kecekapan sang sister yg sudi menemani kakaknye menguruskan hal insurans, I am really thankful to her. It was proven later when I pay for her food, toll fees and gas J walaupun agak susah men-psyco beliau through chat-box fb yg kecik tu, akhirnya kami execute juga plan ini. Managed to print the letter explaining about why I delayed informing Kurnia about the accident @ one office earlier thru the phone. I think they (the insurance company) are so angry to me that they DON’T want to pay at all! Ohh, so I walk in to the Claim Office @ level 5 with a notion that I will definitely face monsters once I’m in…
We went into the building and saw Security Counter. Muke pakcik agak friendly..
Pakcik Friendly: ye, anak?
Me: good Afternoon pakcik. Boleh saya tahu dimana surau?
Pakcik Friendly: nak kemana ni, ya..boleh pakcik tahu?
Me: actually kami ada urusan di tingkat 5. tapi kami nak solat dulu. Jadi nak tahu surau dimana (with a smile)
Pakcik Friendly: oh, ada urusan..surau di tingkat 3 ye. Boleh saya dapatkan driving license salah seorang?
Me: emm, mungkin saya nak guna driver licese saya kat atas nanti, takut pegawai tu minta..kad pekerja saya ni boleh tak pakcik? (sambil tunjukkan UNITEN staff ID card ku)
Pakcik Friendly: boleh (with a smile also). Ok ini tag pelawat. Nak masuk office tingkat 5 nanti kena touch di pintu ye. Surau tingkat 3 pun boleh pakai tag yang sama.
Me: terima kasih ye pakcik (with a smile)
So, kami memulakan pendakian dengan lif. Sampai tingkat 3 yg penting solat dulu. Cantiknya surau mereka. Fresh scent, takde bau hapak..aku baru sedar yang beg telekung aku tertinggal dlm kereta Ecah.. Daym, so I hope that mereka ada telekung wakaf yang tak busuk ;p so much of demand ha..memang pun, nak ngadap Tuhan ni..mestilah bersih, wangi dan cantik..
Ecah sabar menunggu aku solat dan bersiap. Sambil tu she did some studies on her PTD exam that she’s going to sit tomorrow (10 April 2010)
Masuk dalam office, tingkat 5 aku amik no giliran. There was only 1 man waiting in the waiting area. Tak sempat nak duduk lama kat atas kerusi empuk dia, nombor aku kena panggil. Mr. Devraj was the executive yang melayan kes aku ni. Dengan perasaan tahap kesiputan yang melampau yg kurasa pada masa tu, aku greet Mr. Raj and explain my coming there. He turns out to be a soft spoken man dan ikhlas nak bantu aku. Oh, alhamdulillah syukur! Tak sampai 10 minit aku cerita dengan dia, dan dia cek docs yg aku passkan. He asked for my police report. Huhu, dlm byk2, benda tu je yg tak ada. So I promised him that I’ll do it on Monday.
Sebelum balik tu, rupa2nya member kat sebelah kubikel Mr. Raj tu mmg eavesdrop conversation kami. He called me and minta aku cerita la apa mslhnya..
Kawan Mr. Raj: kenapa ni?
Me: dapat
Kawan Mr. Raj: o..kamu tinggal di mana?
Me: Sg. Sekamat Kajang..
Kawan Mr. Raj: kat are mana? Saya pun duduk di situ. Lorong depan Masjid Jamek Sg. Sekamat tu.
Me: ha?? Lorong sebelah taska tu ke? Lorong rumah Acik Johari?? Sebelah surau kecik dalam tu???
Kawan Mr. Raj: a’ah, pakcik punya rumah yang kaler putih tu..
Me: laa~~ ya Allah, memang tahu sangat la kawasan tu, kami selalu tadarrus kat
……………………………………………
……………………………………………
……………………………………………
Haha..it turns out that apa yang aku geruni selama ni salah la..ade juga manusia yang ber-emphathy dan bertimbang rasa.
Thursday, April 8, 2010
TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM
Untuk renungan bersama J
Semoga kita menjadi insan terpilih.
TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM
( KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH OLEH USTAZ ABDULLAH MAHMUD -KOR AGAMA TENTERA DARAT DI SURAU ANSAR,LORONG KIRI 5,JALAN DATUK KERAMAT, KUALA LUMPUR)
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam
Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan
adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda
ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang
yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang
yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi
kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan
Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dansilap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
WALLAHUA`LAM
Wednesday, April 7, 2010
pengalaman hari ini
Di medan ini
Tuesday, April 6, 2010
::apa yang kurasakan::
kdg2 mrh
kdg2 sebak
kdg2 nak nangis
kdg2 penaaaaaaaaaaaat sgt
selalu jgk gembira
selalu jgk ketawa
selalu jgk senyum
selalu jgk ‘gila2′
selalu jgk khayal
selalu jgk rs disygi ramai
kesimpulannya
aku manusia biasa
Monday, April 5, 2010
HYPER
I am feeling a little hyper tonight. Just showered and wash my hair… Emm, I just changed my shampoo. Using
I have been through a long day today.
Today, 4th April 2010 was my last seminar for this semester. My final will start on the 2nd April 2010, CTU paper... Followed by Soc. Marketing and
Went to surau to perform Zohor and Asar prayer. Shoot to Kajang for meeting with my good friend Iza Hanim (nanem). I’m borrowing her Tales of Beedle the Bard book. Nak beli mahal. Mcm tak berbaloi pulak..;p talking about being cheap. Ahaha…
Nak solat jap..
Ok, I’m done.. J
Pick her at home and went to find tempat lepak. Found a good spot with a not-bad-nasi-ayam stall after 1 failed attempt. Tgh lapar masing2nye...So, mmg layan!
Sambil catch up cerita masing2.. J I choose nanem because she could make me laugh. Not in a pervert way. Nanem is nanem. No one can replace her. Seeking for her companion, I found what I’ve been searching for..
Friday, April 2, 2010
peringatan untuk diriku yang sering LUPA
anggota tubuh badan, otak, darah, denyutan jantung..hati, perasaan..
kelak pasti akan dituntut semula oleh pemilik KEKAL.
apakah kita berjaya memelihara TANGGUNGJAWAB yang dipinjamkan?
tepuk dada, tanya IMAN.
sfzy
tiada yg kekal melainkan ALLAH.
::berkasih sayang::
Dari Abi Hurairah R.A: Dia telah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman pada hari Kiamat:
“Di manakah mereka yang berkasih-sayang kerana keagungan Ku? Pada hari ini Aku akan lindungi mereka di bawah lindungan Ku pada hari yang tiada perlindungan lain melainkan perlindungan Ku”.
(Hadith riwayat Bukhari dan Malik)
PENGAJARAN HADITH:-
1.Besar dan hebatnya kelebihan hidup berkasih sayang di antara satu sama kerana Allah.
2.Kasih sayang, suka, marah dan benci mestilah diasaskan kerana Allah s.w.t. dan kerana mencari ridhaNya.
3.Orang yang berkasih sayang kerana Allah akan mendapat perlindungan Allah sementara orang yang berkasih sayang kerana dunia, shahwat dan hawa nafsu akan terlepas peluang mendapat perlindungan Allah.
4.Benci- membenci dan sifat permusuhan bukan merupakan sifat seorang muslim mu’min yang cintakan Allah.
5.Perlindungan syarikat takaful di dunia tu penting tapi kat padang mahsyar tak ada syarikat takaful yang boleh beri perlindungan. Siapa nak perlindungan carilah dari Allah.
6.Tiket untuk perlindungan Allah pada hari tu ialah di antaranya berkasih sayang kerana Allah dan bukan kerana yang lain.
7.Berkasih sayang kerana Allah tidak sama dengan berkasih sayang kerana dunia dan makhluk kerana Allah itu sifatnya kekal dan dunia serta makhluk itu sifatnya sementara.
8.Suami isteri yang nak berpayung bersama di bawah perlindungan Allah pada Hari Kiamat tu harap betulkan asas kasih sayang mereka di dunia.
coret2 @ 2.43am
Perempuanku engkau cintaku
Tak mungkin bisa bila aku jauh darimu
Bisa bila ku pasti sedih
Ku cinta engkau
Cinta pada perempuanku
Semakin lama semakin ku tahu
Maksud hati tak hanya mencintaimu
Ku ingin habiskan hidupku
Hanya untukmu
~:die another day:~
tak relate dengan gambar pun..it's just that i missed my siblings so much..
I'm gonna wake up, yes and no
I'm gonna kiss some part of
I'm gonna keep this secret
I'm gonna close my body now
I'm gonna break the cycle
I'm gonna shake up the system
I'm gonna destroy my ego
I'm gonna close my body now
I think I'll find another way
There's so much more to know
I guess I'll die another day
It's not my time to go
For every sin, I'll have to pay
I've come to work, I've come to play
I think I'll find another way
It's not my time to go
I'm gonna avoid the cliche
I'm gonna suspend my senses
I'm gonna delay my pleasure
I'm gonna close my body now
I guess, die another day
I guess I'll die another day
I guess, die another day
I guess I'll die another day
I think I'll find another way
There's so much more to know
I guess I'll die another day
It's not my time to go
Thursday, April 1, 2010
ISTERI SOLEHAH
Aku terima email berkenaan tajuk ni dari sahabatku, Ida :)
Bila baca, hati aku tenang.. beberapa hari ni aku menahan diri dari menjenguk pagenya.. kalau boleh taknak bagi 'abg. SYAi' mencucuk hati..lagi pun, bukan waktunya aku hilang fokus..ada few things and agenda need to be fulfilled...so, here goes... :)
Menjadi isteri yang solehah bukanlah satu perkara yang sukar yang memerlukan belanja yang tinggi atau peruntukkan yang banyak. Apa yang diperlukan ialah keyakinan dan keimanan kepada Allah dan balasan yang mulia dan terpuji yang disediakan oleh Allah diakhirat yang berupa syurga. Orang yang menyedari bahawa dunia ini tempat ujian untuk melihat siapakan yang lebih baik amalannya. Allah berfirman : Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat);
Dalam satu hadis Nabi yang bermaksud: Apabila perempuan menunaikan solat lima waktu, dan berpuasa sebulan Ramadhan, menjaga kemaluannya, dan mentaati suaminya. Maka dikatakan kepadanya: Masuklah syurga daripada pintu manapun yang engkau kehendaki. (HR Ahmad).
Dalam riwayat Imam At-Tobrani, Baginda s.a.w bersabda yang bermaksud: Mahukah kamu mengetahui perempuan ahli syurga? Sahabat berkata: Mahu ya Rasulullah! Baginda berkata: Perempuan yang penyayang, yang subur dengan zuriat, apabila dia marah atau dilakukan keburukan kepadanya atau dimarahi oleh suaminya dia akan berkata: Ini tanganku pada tanganmu, tiada aku akan tidur lena sebelum abang memaafkan saya!
Nabi juga menyebut ciri-ciri kesolehan seorang isteri dengan berkata: Apabila engkau melihatnya, tenang hatimu, apabila engkau perintahnya dia mentaatimu. Manusia selalu mendahului emosi dalam tindakannya, tanpa melihat pahala yang besar yang Allah sediakan bagi setiap kebaikan yang dilakukan.