Dari Abi Hurairah R.A: Dia telah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman pada hari Kiamat:
“Di manakah mereka yang berkasih-sayang kerana keagungan Ku? Pada hari ini Aku akan lindungi mereka di bawah lindungan Ku pada hari yang tiada perlindungan lain melainkan perlindungan Ku”.
(Hadith riwayat Bukhari dan Malik)
PENGAJARAN HADITH:-
1.Besar dan hebatnya kelebihan hidup berkasih sayang di antara satu sama kerana Allah.
2.Kasih sayang, suka, marah dan benci mestilah diasaskan kerana Allah s.w.t. dan kerana mencari ridhaNya.
3.Orang yang berkasih sayang kerana Allah akan mendapat perlindungan Allah sementara orang yang berkasih sayang kerana dunia, shahwat dan hawa nafsu akan terlepas peluang mendapat perlindungan Allah.
4.Benci- membenci dan sifat permusuhan bukan merupakan sifat seorang muslim mu’min yang cintakan Allah.
5.Perlindungan syarikat takaful di dunia tu penting tapi kat padang mahsyar tak ada syarikat takaful yang boleh beri perlindungan. Siapa nak perlindungan carilah dari Allah.
6.Tiket untuk perlindungan Allah pada hari tu ialah di antaranya berkasih sayang kerana Allah dan bukan kerana yang lain.
7.Berkasih sayang kerana Allah tidak sama dengan berkasih sayang kerana dunia dan makhluk kerana Allah itu sifatnya kekal dan dunia serta makhluk itu sifatnya sementara.
8.Suami isteri yang nak berpayung bersama di bawah perlindungan Allah pada Hari Kiamat tu harap betulkan asas kasih sayang mereka di dunia.
No comments:
Post a Comment