Pages

Saturday, April 10, 2010

Macam mana nak mulakan ya..

Hari tu, aku bersemangat bersiap untuk ke majlis kahwin sahabat baik aku masa tingkatan 4 dan 5... Teman seperjuangan. Teman menangis ketawa. Kami berempat, Along, Huda, Iwan dan Ekhzan. Kitorang mmg best friends. Cerita Huda, cerita Iwan, cerita Ekhzan dalam poket aku..same goes with them. Apa yang diorang tak tahu pasal aku? Haha ..masih teringat hari-hari kat sekolah SAAS yg kami lalui… Ada yang happy, ada yang sedih, ada yang menyakitkan hati..ada juga yg lucah. Hai, mmg budak sekolah sungguh..

Lepas SPM, kami masing-masing berpisah arah tujuan. Huda dapat sambung study kat KYPM Melaka. Ekhzan kat MMU Melaka. Iwan up sikit ..masuk matriks UUM. Aku sendiri? Alhamdulillah dapat sambung Diploma Perakaunan di UiTM Terengganu.

Tahun 2002 adalah tahun kami mulakan hidup sebagai individu yang cuba mencari identity masing-masing. Sepanjang pengajian, jarang sekali aku dapat berkumpul balik macam zaman sekolah..tapi rindu tetap setia jenguk hati aku. Aku tak pernah ada kawan baik lelaki macam Iwan dan Ekhzan. Aku tak pernah ada saudara sebaik Huda. Aku dah biasa dengan masakan makcik (Arwah Emak Huda). Sungguh aku rindu sahabat-sahabat aku!

Tahun 2005 sepatutnya aku tamat pengajian … memandangkan nature aku yg selalu join event universiti..maka studies aku terabai  org ‘pandai’ mmg macam tu, kan? Tanpa segan silu, aku terpaksa extend semester aku ke semester 7 dengan 2 subjek saja..
Ohh, kenangan lama… masihkah aku nak re-live the moment? Terasa hati aku macam pedih je everytime aku recall cerita ni…

After tamat Diploma, aku apply untuk Dgree. Fevret course aku..TESL. believe it or not, aku hanya sedar minat aku ni (untuk menjadi seorang pendidik dalam bahasa Inggeris) masa halfway through Diploma. Dendam juga sikit pada Cikgu Bushro yang “menyuruh” aku pilih Diploma Account sebagai 1st choice dalam UPU form. Salah sendiri..keputusan terletak dlam tangan masing-masing.. Ya ALLAH, macam tak percaya semua tu dah lebih 5 tahun yang lepas.

to be continued...
~sfzy~

No comments: