Pages

Tuesday, August 24, 2010

:~)

"Write something, even if it's just a suicide note."

Gore Vidal

Monday, August 16, 2010

masyaALLAH, jarum si Jahat~

SEKADAR RENUNGAN (dipanjangkan daripada From: Nurain Dzulaidin Tasrin )

Assalamualaikum .Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni .Insya-Allah .Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati .Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release .Banyak kontrevasi tentang video ni .Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah .Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka .Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet .Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik .Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati .Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video .Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda .

Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.

“I know that we are young.
And I know you may love me.
But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro.”

Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart ? Tengok gambar bawah ..Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus)..Google untuk baca lebih lagi ..

But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia .Apa dan siapa Alejandro ?

Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya .

Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang ‘control’ dia .Atau senang kita guna istilah dia adalah ‘mind-control slave’ .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dianampak kosong, nampak bingung betul betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna .

Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring ,memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : “Stop, please, just let me go, Alejandro” .Sebaik saja dia sebut “Alejandro” Gaga mengangkat dua tangannya kelangit . Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia .

“She hides true love
En su bolsillo.
She’s got a halo ’round her finger,
Around you.”

Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati.Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan .
Selepas sahaja lirik tu ..Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula ..Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri .Dengan memeluk satu spirituality yang baru .Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan) . Kenapa kata jadi paderi Syaitan ?

( Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas .Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan . Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain .,Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan .

“ In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (…)Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore ithas no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed.”- Manly P. Hall

Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan .
Dont bother me, Dont bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name ,Don't call my name, Bye Fernando .
I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)

Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka .

Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih . Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer ..

I’m not your babe I’m not your babe , Fernando .Waktu menyebut perkataanFernando ,Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri .Kita yang kena solve apa makna dia ..

Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :

" Don't call my name, Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "

Dan di akhir video ..Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan ? Insya-Allah pasti .

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam .bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae.J adi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain .Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam ?.Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...

Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga .Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai .Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya .Amin ya rabbalalamin .sumber asal : vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya" (Al-Isra' 17:36)
--
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku,agar mereka memperoleh kebenaran." Al-Baqarah:186

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Kareem

sayu dan pilu melanda hati ini
perubahan cuaca mula berlaku
di dalam dan di luar
perubahan berlaku masih
aku sayu
kerana Ramadahan sudah tiba~

Monday, August 2, 2010

splashing weekend!

sabtu dan ahad baru saja berlalu.
i spent it with HR Officemates.
percaya atau tidak aku masuk pertandingan Kayak dan Rowing!! haha~
sampai sekarang pun aku masih tak habis ketawa je :)

hadiah tu tak penting sgt pun..cuma, keberanian untuk involve benda-benda 'athletic' mcm ni... :D whoa, bangganya aku!!!

Friday, July 30, 2010

Kenapa Perempuan Lebih Banyak Menangis?

thanks to sahabat armouris yg sudi berkongsi :)

Kajian ilmiah menyatakan bahawa perempuan lebih banyak menangis 4 kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.


Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.

Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.

Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.

Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jenis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.

Faktor Panjang Usia

Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Pakar doktor jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti.

Hormon Berbicara

Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stres dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.

Thursday, July 29, 2010

Salahkah lelaki menangis?

Copied FROM: http://keretamayat.blogspot.com/2009/10/salahkah-lelaki-menangis.html
Salahkah lelaki menangis?
Posted by Hamka

(artikel ini ditulis oleh seorang yang bukan ustaz, dan kini, seorang yang bukan ustaz itu bercerita selingan kisah seorang lelaki yang baru kematian isterinya yang tercinta..)

Aku sedang mencari dua buah hadith, tapi dah puas aku belek belek kitab ugama kat rumah aku, tapi masih tak jumpa-jumpa jugak.., (macamlah banyak sangat kitab ugama kat rumah aku) salah aku jugak, akupun dah lupa kat mana akan dua buah hadith tu yang pernah aku baca, rasa macam pernah baca kat rumah aku, tapi kat kitab mana ntah?, maka.., aku harap sangatlah jika korang yang tahu tentang hadith ini, silalah email aku, kerana aku ada ‘urusan’ dengan hadith tersebut yang boleh aku kongsi pendapat dengan semua bakal mayat sekalian...

Baik, untuk mudahkan korang menjejak hadith yang aku maksudkan, biarlah aku cerita secara ringkas isi hadith tersebut yang masih aku ingat serba sedikit, dan insyAllah.., aku cuba tulis ‘sisa baki intipati’ hadith tersebut setakat yang aku ‘ingat-ingat lupa’, ketidak tepatan amatlah di kesali, dan maksud lafaz hadith juga akan bertulis dalam ‘lebih kurang maksud’.., itu yang aku harap sangat bagi korang yang tahu akan lafaz sebenar hadith ini, silalah email aku.., tolong!

Hadith satu:-

Pada satu hari, ada sorang hamba Allah ni dah jadi mayat, akan tetapi takde orang yang sudi nak solat mayat untuk si mayat ni kerana tak tahu status sebenar si mayat ni, munafik ke islam?

Sebab waktu hayat mayat ni banyak buat dosa yang semua orang tahu, maka, apabila berita ini sampai kepada Nabi Muhammad SAW, terus Baginda ke tempat kejadian dan mengumpulkan para sahabatnya lalu bertanya:

“siapakah antara kalian, yang pernah melihat hamba Allah ni buat baik?”

Tapi takde respond, lalu Nabi ulang lagi soalan tu berkali kali sehingga bangkitlah seorang sahabat Nabi yang memberitahu bahawa beliau pernah lihat si mayat ni menjaga barang-barang orang islam di satu medan perperangan sewaktu pejuang islam yang lain sedang berehat keletihan…

Mendengar kebaikkan mayat yang berjaga di jalan Allah, Lantas terus Nabi sempurnakan mayat itu secara islam, dimandikan, dikafankan, di solatkan, dan dikuburkan.., dan sewaktu mayat itu di baringkan ke liang lahad, Nabi telah ber’talking’ padanya:-

“Sahabat sahabatku berburuk sangka padamu, tapi bersaksilah, bahawa kamu adalah ahli shurga”

Hadith dua;

Pada satu hari yang lain, ada sorang hamba Allah yang lain juga sudah menjadi mayat, berbeza dari tadi, mayat ini telah di layan dengan baik, iaitu disempurnakan mayat itu secara islam, dimandikan, dikafankan, di solatkan, dan dikuburkan..

Setelah selesai dikuburkan mayat itu, maka berceritalah para sahabat sahabat sesama mereka akan betapa beruntungnya si mayat tadi, sebab waktu hayat selalu buat baik.. dah confirm masuk shurga katanya..

Kemudian, apabila Nabi terdengar pujian pujian yang begitu tinggi pada si mayat, maka Nabi telah bertanya 3 soalan, (aduh!.., ni part yang aku lupa ni, tapi seingat ingat aku) soalan Nabi berbunyi begini,(lebih kurang maksud) “ pernah tak si mayat ni tidak mendapat apa yang dia hajatkan” jawapan yang sahabat bagi, “tidak pernah”.. lepas tu Nabi Tanya, (kalau tak silap aku), “jika Hamba Allah ni pergi meminang, ada tak orang yang akan menolak pinanganya? jawapan yang sahabat bagi, “tidak ada”.. dan satu lagi soalan, memang aku lupa gila, yang mana pendek cerita…

Setelah Nabi dengar jawapan para sahabat, maka Nabi bersabda: “anggapan kamu pada si mayat adalah tidak benar..”

Nabi tak kata mayat tu masuk neraka, tapi Nabi kata sangkaan mereka terhadap kebaikkan yang di terima mayat itu seperti masuk shurga adalah tidak benar..

Ok, habis. aku kena baca lagi sekali hadith ni untuk tambah faham apa yang belum faham, itu yang aku harap korang tolong carikan hadith tu untuk aku dan bolehlah kita kongsi pada semua bakal-bakal mayat sekalian, insyAllah,

Dan walaupun kita masih belum jumpa matan sebenar hadith tersebut, tapi tak salah kita belajar moral dari dua hadith di atas, iaitu:-

Kita tak ada hak untuk tentukan mayat sipulan bin sipulan adalah ahli neraka hanya kerana kita melihat si mayat itu buat jahat sekian sekian atau atau ahli parti sekian sekian,

Juga,

Kita tak ada hak untuk tentukan mayat sipulan bin sipulan adalah ahli shurga hanya kerana kita melihat si mayat itu buat baik sekian sekian, atau ahli parti sekian sekian,

Kerana hakikat sebenar tentang nasib kepada roh adalah urusan Allah, jadi.. jangan pandai pandai nak jadi ahli nujum Pak Belalang.., sangkabaik takpe, tapi jangan letak HUKUM! Faham?

Aku tengok ada orang bila lihat mayat buruk sikit terus cari aib mayat dan padankan kesalahan mayat dengan rupa buruk mayat, sedangkan kita tak boleh meramal nasib mayat kerana ada hadith cerita tentang orang beriman bila nak mati, kadang kadang Allah susahkan waktu nazak sebab nak ampun dosa.., Nabi sendiri sakit kepala dan tak boleh nak berdiri waktu sakit.., belum lagi cerita kisah sahabat yang mati kena bunuh sesama islam, atau kisah mayat sahabat yang mati di lapah, atau kisah sahabat yang mati bercerai badan, ada jugak kisah mayat sahabat di kerumi lebah.., tapi takde pulak orang yang sanggup meramal nasib mayat berpandukan rupa mayat atau tempat mati si mayat..

Dan sama jugak jika mayat tu rupa bersih, kitapun terus yakin mayat tu masuk shurga, walaupun mayat tu tak solat waktu hidupnya, atau mayat tu pengebom berani mati misalnya, lalu shaitan cakap, tengok, orang tak solatpun muka bersih waktu mati, tengok, orang yang bom orangpun bersih mukanya waktu mati.., jadi tak payah kita nak sebarkan berita yang kitapun jahil, iaitu urusan roh adalah kerja Allah, kerja kita semua adalah sempurnakan mayatnya, tutup aibnya, dan sebarkan kebaikkan tentang mayat agar semua orang dapat belajar sangka baik..,

Aku juga suatu hari nanti pasti jadi mayat, dan bagaimanapun rupa mayat aku, buruk atau bersih, bersangka baiklah pada Allah, sempurnakanlah mayatku secara islam, mandikan aku, kafan kan aku, dan kebumikanlah aku.. lupakanlah aku…

Ps: Kalau nak kenangkan aku jugak, kenanglah aku dalam doamu.., chewahh..

HABIS.

**********

Tambahan:-

Cerita ayah aku yang baru mati bininya..

Korang ingat tak entry tercekik tulang yang menceritakan kisah seorang makcik yang tercekik tulang lalu di nasihat oleh aku supaya di angkat tangan tinggi tinggi, lurus macam superman.., lalu makcik tu tergelak yang menyelamatkan nyawanya dengan izin Allah, korang ingat tak? takpelah jika korang tak ingat, apa yang aku nak bagitahu.., makcik tu adalah ibu aku, dan beliau telah meninggal dunia pada 8 Syawal 2009 yang lalu..

(Dari Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali)




Imbas kembali:-

SEBELUM JADI MAYAT
Sempena hari raya 2009 baru baru ni, kami semua adik beradik telah pulang ke kampung menziarahi orang tua kami, dengan niat menunaikan perintah Allah yang memerintahkan agar kita sentiasa buat orang tua kita rasa bahagia dan dihargai serta dimuliakan selagi hayat di kandung badan.., maka menjelanglah hari raya, suasana riang ria, bersalam salaman, bermaaf maafan, berpakaian serba baru, duduk keliling meja, makan ketupat dan lemang, nasi minyak dan nasi dagang..,

Seminggu kemudian, setelah semua adik beradik pulang dari menziarahi mak aku sempena hari raya, tiba tiba rumah mak aku di ziarahi tetamu terakhir dalam hidupnya, iaitu Malaikat Maut yang datang ziarah pada waktu sahur, yang mana selepas mak aku bersahur untuk puasa enam, setelah ambil wudhu, dan sebelum sempat kering wudhu di wajahnya, terus mak aku di jemput Malaikat Maut untuk mengadap Allah…, masanya dah sampai, selamat tinggal dunia, selamat tinggal anak anak, selamat tinggal keretamayat…

Dan pada pagi subuh yang hening itu, ketika aku sedang bersiap nak solat subuh.., aku dapat panggilan telefon dan dengar suara adik perempuan aku menangis..

Pendek cerita..,

Aku juga menangis dalam subuh yang hening itu..

Ps: Mak…, “Aku bukanlah superman, Aku juga bisa nangis
jika kekasih hatiku.., pergi meninggalkan aku..”

MENJELANG JADI MAYAT
Baru seminggu beraya, dan tanpa tanda tanda sakit, Mak aku kini dah jadi mayat, sedih juga hati lelaki ini sewaktu melihat mak yang selalu ketawa dengan lawak aku, kini dah jadi mayat sejuk di pembaringan.., meleleh jugaklah air hidung aku.., nasib baik bini aku lekas lekas datang peluk aku, boleh lah aku lap lender hingus aku kat bahu dia..,

Mak,

Aku telah lama kelakar, dah kini, mak dan tak boleh gelakkan aku, kelak, siapa lagi nak gelakkan aku bila semua orang tak nak gelak kat aku mak?..

“Ayahku selalu memarahi aku, jika jatuh air mataku..
kata ayah slalu, Air mata itu adalah tanda kelemahan..
Tapi ternyata air mataku, Ternyata jatuh juga..
Aku bukanlah superman, Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku, Pergi meninggalkan aku”

Ps: Mak, Ayah jugak menangis…

SETELAH JADI MAYAT
Muka mayat mak aku cerah putih dan kelihatan macam orang tidur, tak henti henti anak anak mak datang mencium dahi mak yang sejuk.., (cium dahi mayat adalah Sunnah Nabi..,) dan bibir aku ini dah banyak jugak mayat yang aku cium, err, maksud aku cium dahi, satu hari nanti, dahi aku pulak akan jadi dahi mayat.., sementara aku hidup, biar bini aku sorang jer lah yang cium dahi aku, sabor jelah..

Ps: Mak, itu adalah ciuman yang terakhir..

TENTATIF MAYAT
Meninggal sebelum subuh, mandi selepas zohor, dan dikebumikan selepas asar, begitulah tentatif hari isnin itu, maka berduyun duyunlah adik beradik aku pulang ke kampung bersama linangan air mata..

Ada anak saudara aku berumur 4 tahun, yang baru kematian nenek sebelah ipar aku, bila datang melihat nenek sebelah sini pulak meninggal, maka bertanya soalan yang buat aku nak gelak..

“nenek ni dengan nenek sana, kembar ke?”

Dan sorang lagi anak saudara aku yang duduk kat sepang, bila melihat suasana kematian yang memilukan pula berkata:

“nasib baik nenek kat Sepang tak mati..”

Ps: Apa-apalah..

MEMANDIKAN MAYAT
Mayat mak aku di mandikan oleh kami adik beradik, alhamdulillah, dah banyak kali mak aku mandikan aku, nilah baru sekali aku mandikan mak aku.., tapi tak acilah, kitaorang mandi beramai ramai, tapi mak sorang jer yang basah kuyup…,

Ps: ok, bukan mak sahaja yang basah, pipi kami juga turut basah..

SOLAT MAYAT
Imam solat mayat adalah abang sulung aku, dan beliau menangis waktu solat, dan waktu berdoa, hingus meleleh dari hidungnya.., buruk betul..

Solat mayat di buat tiga kali sebab orang yang ramai dan ruang rumah yang sempit, walaupun pada mulanya AJK masjid dah suruh solat kat Masjid sebab kawasan lebih besar, tapi ayah aku nak jugak kitaorang solat mayat kat rumah, ayah aku cakap, masa bina rumah ni dah niat nak mati kat sini dan solat mayat kat sini… lantaklah..

Dan aku pulak selamba pergi ke surau pinjam sejadah tapi tersenyum kambing bila AJK cakap, solat mayat mana pakai sejadah?…, ye tak ye jugak.., errr, kalau begitu pinjam sejadah untuk tutup keranda sahajalah bang..

Ps: Orang lelaki jika nak menangis, menangislah di atas sejadah..

USUNG MAYAT
Rumah aku dekat jer dengan kubur, jalan kaki jerr, jadi tak perlu naik keretamayat..,

Ps; Setiap pengusung mayat mendapat hadiah kain tuala saiz baby..

TANAM MAYAT
Lubang kubur mengalami tanah runtuh sebaik mayat mak aku tiba di halaman kubur, ini kerana orang ramai yang jarang datang ke kubur, lalu bila sekali datang ke kubur di bantainya berdiri betul betul di pinggir kubur yang mana sekali gus tanah tebing kubur akibat mengalami beban lampau yang memaksa paksi gravity bertindah menarik tanah pinggir itu ke ruang kosong di liang lahad bumi, apa hikmah di sebalik runtuhan kubur ini?

Mungkin Allah nak bagi pahala kat kami anak beranak untuk ‘gali’ kubur sendiri kat mak aku.., dan aku masa tu telah bukak selipar dan gali kubur.., sebab mana ada orang gali kubur pakai selipar?, dan mana boleh gali kubur pakai selipar?, perbuatan tu salah! Dan haram dalam dunia menggali kubur, sebab semua orang gali kubur tak pakai selipar, mereka pangai cangkul..

Ps; Penggali kubur pula mendapat hadiah kain pelekat.

TAHLIL MAYAT
Tahlil malam pertama di kepalai oleh adik lelaki aku, ikut jadual, malam esok abang aku dan malam ketiga mereka nak suruh aku, tapi aku tolak, sebab aku tak pandai.., tapi aku cakap jika mereka semua dah mati, baru aku yang tahlilkan korang.., woha!

Ps; semua ahli tahlil yang berdoa kesejahteraan untuk mak aku mendapat hadiah makan malam percuma..

YANG DI TINGGAL MAYAT

Mak aku adalah seorang guru Al quran di kampung, mengajar secara ‘percuma’, (Cuma perlu ‘bayar’ sekilo beras atau sekilo gula sahaja untuk setahun) anak muridnya dah beratus orang dan ada yang dah beranak pinak, itu yang ramai orang datang ziarah mayatnya..,

Mak aku jugak meninggalkan 9 anak, walaupun berbeza fahaman politik, tapi semua di kira berjaya, kira ibu mithali lah ni.., dan jugak 7 anak tiri..

Tentang harta, mak aku hanya ada sebijik rumah, harta yang lain semua dah di sedekahkan..

Ps; Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila telah mati anak Adam itu maka terputuslah semua amal ibadatnya kecuali 3 perkara iaitu:1.Sedekah jariah.2.Ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya.3.Anak yang soleh yang tidak melupakan mendoakan ibu bapanya.

SUAMI MAYAT
Ayah aku minta tolong salah sorang adik beradik untuk temankan beliau tidur malam itu,.., adik lelaki aku yang bongsu sudi temankan, aku nasihatkan adik aku, tidur jangan selimut seluruh badan, bagi nampak kepala…

Malam besok ayah aku pelik sedikit, dia telah kemas katil dan berkata, malam ni mak kau akan pulang untuk teman ayah tidur, lalu lagi sekali adik lelaki aku temankan ayah aku tidur malam itu, dan aku sempat berpesan pada adik aku, kenapa tak pakai baju mak, dan cakap kat ayah waktu nak tidur, “malam ni saya uzur..”

Woha!

IRAMA DAN MAYAT
Waktu kemas rumah dan harta arwah mak aku, ada adik beradik dan anak saudara yang menyanyi lagu lagu bertema keibuan seperti:-

Ibuuu... ibuuu... Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka ..Engkau hiburkan selalu

Juga ada lagu Exist Untukmu Ibu

Tuhan Yang Esa
ampuni dosa ibu
tempatkan mereka
diantara kekasih kekasihMu

Juga ada lagu nasyid dari NowSeeHeart

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan

Juga lagu ini, siapa nyanyi ntah?

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian..

Aku tanya abang aku, semua orang asyik nyanyi lagu ibu sahaja, siapa nak nyanyi lagu untuk ayah? Kenapa kompeser lagu lebih suka mencipta berpuluh-puluh lagu untuk ibu. Tapi lagu untuk Ayah takde ke?

Tiba tiba jer abang aku menyanyi:-

" Ayahku kahwin lagi, Dengan si dara jelita.. la la la”

Woha!

MENANTU BARU MAYAT
Yang mati teruskan kematian, yang hidup teruskan kehidupan

Menjelang hari ketujuh arwah mak aku meninggal, Mak akhirnya dapat menantu baru..
Kerana abang aku tetap meneruskan hajat arwah mak yang nak kahwinkan abang aku buat kali kedua tanpa menceraikan isteri pertama, maka berpoligamilah abang aku.. (cerita detail lain kali-kalau aku rajin)

Ada orang usik aku, :"Abang kau dah kahwin dua, kau bila lagi?"

Aku kata, aku tak boleh langkah bendul.., lalu menjeling ke arah ayah aku, dan lagu ‘ayahku kahwin lagi’ pun terngiang..

Woha!

KEPADA MEREKA YANG IBUNYA BELUM JADI MAYAT
Baliklah kampong, ziarah mereka, bawak mereka jalan jalan, dan sedekahkan mereka wang dengan jumlah yang banyak.., takpe.., sebab mereka dah tua, dah tak lama hidup..,

Jika tidak.., korang hanya sempat ziarah kubur mereka dan sempat sedekah Al fatihah sahaja.., isk..

Oklah.., Dah panjang aku tulis, rasa macam mak aku ada jer kat dapur.., rasa nak pergi jamah jap masakan mak kat dapur, oh.., semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya, terima kasih mak, kerana besarkan aku dari kecik, sehingga lebih besar dari mak.., halalkan segala yang terjadi sejak dari kecik tapak tangan sehinga jadi besar sebesar manusia..

Aku nak pergi peluk bini aku jap, nak lap hingus kat bahu dia, wasalam

SEKIAN

Ps: Malaikat Maut dah datang rumah mak aku, lain kali beliau akan datang lagi rumah aku dan rumah korang atau rumah mak korang… baik korang call mak korang dan cakap "i love u"

(“Aku bukanlah superman, Aku juga bisa nangis
jika kekasih hatiku.., pergi meninggalkan aku..”)

~hari lemau sedunia~

masuk kerja.
ada banyak kerja.
discuss pasal kerja ngan sis Huieda.
susun kerja mana yg mesti didahulukan.

perut meragam.
habis rosak momentum kerja.

dengar Maher Zain, makin merebak saban hari.
berjangkit ke meja kawasan sebelah.
muzik memuji nama ALLAH semakin segar bekumandang.
kerja mesi diteruskan.

hati tenang.
perut sakit.
aku lemau~

Wednesday, July 28, 2010

i'm on leave :)

went to sleep late last night...

wake up early this morning, perform Subuh prayer with Baba. at ease~
for this morning i do not need to be rushing as two days earlier :)
i'm on leave!
started the washing machine and put my used baju kurung inside~
feel good for doing laundry. hmm, that's weird ~

switching the laptop on and checking my facebook account. opening new tabs and while waiting
for Blue songs to load ~
currently listening for "Best in Me"
emm, never failed to make me feel 13 again~

the song ended, waa...why was it so quiet @ home?
my baby brother was sleeping beside the laptop.. where's Mama n Baba?
i stand up and look for them...hm, the house was empty.

i sit back in front of the laptop and continue typing, "aaah~ no wonder i heard the sound of the car just now..they went to the Taufiqiyah..."
it's Wednesday and there is kuliyyah today :)

ok then, my washing machine is almost finish doing its job~
that is my cue to go finish my part...hanging the clothes dry.
go and wash, put on decent outfit and off to my movie marathon :) for Wednesday is my movie marathon day~

this Wednesday, i watched alone~

i'll update the feeling of watching the movies alone later~

till then, XOXOX





Blue - Best in Me

Tuesday, July 27, 2010

saya suka post ini: dari seorang kenalan Tramizi Hussin


http://www.facebook.com/notes/tramizi-hussin/gadis-kek-cawan-dan-cinta-hatinya/10150253949050249

terima kasih :)

Gadis Kek Cawan Dan Cinta Hatinya
Today at 1:04pm
Aku berjumpa gadis itu di satu senja. Dia duduk di bangku menghadap matahari yang sedang terbenam. Di pahanya ada kotak warna hitam ke-emasan yang disimpul dengan riben berwarna biru laut. Sesekali rambut hitam ikalnya terbang menutup muka, yang cepat-cepat diseka dengan tangan kanannya. Ada air mata yang menitis jatuh perlahan-lahan, ke pipi mengalir terus menitik jatuh ke atas kotak itu. Lama aku melihatnya dari belakang, kemudian memutuskan untuk menegur lembut. Dia mengangguk perlahan, tiada riak resah dan takut dari wajahnya melihat aku perlahan-lahan duduk di sampingnya.

Ada esak tangis yang ditahan-tahan. Aku keluarkan tisu dari beg sandangku dan sua kan kepadanya. Dia tersenyum nipis, dan mengambil tisu itu mengelap mata dan wajahnya yang kebasahan. Dan kami lama duduk di situ diam, merenung langit yang semakin jingga dan bulan yang semakin terang nampak di kejauhan.

Dia membuka kotak hitam itu, menunjukkan kepada ku enam biji kek cawan yang terlukis indah.

Dia mengangkat satu kek cawan yang tidak terhias apa-apa, cuma kosong dengan warna krim kekuningan.

‘Ini hati saya pada mulanya. Satu hari saya memutuskan bahawa hati yang seketul darah itu tidak wajar terletak dalam badan saya yang tidak di ingini oleh sesiapa. Saya bedah dada dan keluarkan hati, adun dalam ramuan menjadi kek cawan. Anehnya, ia berubah menjadi kuning ke-emasan bukan merah darah yang saya sangka kan.’ Dia meletakkan kek cawan pertama di ruang antara kami. Aku melihat kek itu berdenyut-denyut lembut dan lemah.

Dia mengangkat yang kedua. Kek cawan yang terlukis di atasnya tiga kuntuk bunga ros berwarna merah, biru dan kuning. Ada sebiji permata yang bersinar terang di antaranya.

‘Satu hari saya berjumpa seorang lelaki. Diam-diam saya menginginkan-nya. Siang, malam saya mengharapkannya. Di satu malam, bila saya tidak lagi boleh menahan keinginan kepadanya, saya bedah kepala saya dan keluarkan harapan dari satu sudut terdalam dalam kepala. Saya adunkannya dan jadikan ia kek cawan ke dua. Tiga kuntum bunga ros itu ialah kalimat keramat yang saya inginkan dan permata bersinar itu ialah harapan saya kepadanya yang tidak pernah pudar.’ Kek cawan yang ke dua itu diletakkan di sebelah kek yang pertama tadi. Aku lihat sinar permata itu makin pudar.

Dia mengangkat yang ketiga. Kali ini kek cawan itu bercampur aduk hitam dan putih, membentuk lapisan berselang seli dan corak polka dot hitam dan putih.

‘Ini marah dan kebencian saya. Bila lelaki itu tidak pernah mengerti apa yang saya mahukan. Ya, dia melayan saya baik sekali. Tetapi baik dan suka berbeza bukan? Suka dan Cinta juga jauh berbeza. Dia cuma baik, sedangkan saya mengharapkan lebih dari itu. Di satu pagi bila saya bangun tidur, saya sedar kekecewaan saya menjajah fikiran. Saya sedut amarah dan benci dari akal dan kekecewaan dari dada dan adunkan menjadi kek cawan ini.’

Aku melihat lapisan-lapisan hitam dan putih itu bertukar-tukar susunanya. Polka dot pula merubah-rubah saiznya, sekejap kecil dan sekejap besar.

‘Kau lihat ada hati berdarah di atas kek cawan ini.’ Dia mengangkat kek ke empat dan menyuakan kepada aku. Benar, ada hati yang darahnya tidak henti-henti mengalir. Tetapi hati itu tidak pernah kecut, tidak pernah mati. Tetapi makin galak berdenyut setiap kali darah mengalir.

‘Kenapa?’ Soalku. Kata kedua yang terbit selepas menyapanya mula perkenalan.

‘Kerana satu hari lelaki itu berjumpa gadis lain dan terus jatuh cinta padanya. Saya keluarkan kesakitan dalam dada dan adunkan dalam kek cawan ke empat ini. Darah terus mengalir, sakit terus terasa. Tetapi cinta terus berdenyut. Mengapa?’ Aku senyap, membiarkan soal nya tidak berjawab.

Sudah empat kek cawan yang ditunjukkan kepadaku. Aku lihat di dalam kotak masih berbaki dua. Tetapi gadis itu menutup kembali kotak dan mengubah pandang jauh ke depan.

Aku cuba menahan diri daripada bertanya, tetapi kalah.

‘Yang dua lagi?’ Tanganku menunjukkan ke arah kotak di atas pahanya.

Dia memandangku tersenyum lebar, menampakkan gigi yang tersusun cantik. Memegang erat kotak, dia bangun, mengibas-ngibas punggungnya dan mula berjalan pergi sebelum menoleh.

‘Ini waras dan takdir. Saya mahu simpan sampai bila-bila. Hati, harapan, benci dan cinta boleh hilang, cuma jangan waras dan takdir.’

Aku bangun dan berjalan ke arahnya, namun melihatnya makin menjauh. Seolah dimensi ruang dipanjangkan dan dilebarkan. Dia di situ dan aku di sini, tetapi tidak pernah mendekat.

Empat kek cawan yang diletakkan di atas bangku tadi mula diserang gagak hitam yang kebuluran.