Pages

Thursday, October 20, 2011

Kepentingan Berakhlak Mulia

Kepentingan Berakhlak Mulia
Riwayat:  Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Hadith:

Daripada Abdullah bin Amru bin al-'As r.a, katanya, Bukanlah rasulullah s.a.w seorang yang bersifat keji dan baginda tidak pernah melakukan perkara-perkara yang keji. Baginda bersabda, Sesungguhnya orang-orang yang terpilih antara kamu ialah orang-orang yang mulia akhlaknya.


Huraian Hadith:



1.    Rasulullah adalah manusia yang paling sempurna. Baginda terpelihara dari sifat-sifat keji dan tidak pernah melakukan perbuatan keji.

2.    Orang-orang yang berakhlak mulia adalah menjadi pilihan Allah dan mereka diberikan beberapa keistimewaan di dunia dan kedudukan yang tinggi di akhirat.


3. Kita hendaklah sentiasa berusaha menghindarkan diri daripada semua sifat-sifat yang buruk dan keji serta memperbaiki kualiti diri dengan menambahkan amal ibadat dan mengamalkan sifat-sifat mulia dari semasa ke semasa.


credit: Dr.M.A.K