Pages

Wednesday, September 7, 2011

small thing by Nurus

aku sgt suka dengan post adik Debat: Nurus :)  terima  kasih atas ingatan..


Kadang-kadang, dalam dunia, ada perkara-perkara kecil yang memberi peringatan yang besar. Yang selalu kita lupa [saya lupa].

Kalau adik anda yang baru sahaja pulang dari sekolah - bercerita bagaimana senior di sekolah bekumpul dan memarahinya kerana menjalankan tanggungjawap sebagai pengawas, dengarlah dengan penuh minat dan perihatin. Mungkin sahaja adik anda begitu memerlukan kekuatan saat itu.

Kalau ibu anda masuk ke bilik, mengusap kepala anda yang sedang sibuk membalas komen di facebook, bertanya itu dan ini - jawaplah setiap persoalannya dengan bersungguh-sungguh, jangan menjawap sambil mata pada laptop. Mungkin sahaja ibu anda merindui anda dek dikejar rutin bekerja yang tidak memungkinkannya untuk berlama-lama dengan anda. 

Kalau ayah anda menanyakan soalan yang sama, berkali-kali pada anda, jawaplah dengan penuh sabar, bukan dengan patah-patah kata yang acuh tak acuh. Mungkin sahaja ayah anda tidak tahu mahu berkata tentang apa, tetapi masih ingin berkata dengan anda.

Bermula dari saat ini, ajarlah diri untuk sentiasa menghargai masa-masa 'kecil' ini, Kita tidak tahu berapa lama lagi masa yang diberi Allah untuk terus mempunyai mereka. Kita mungkin akan meninggalkan mereka, atau mereka meninggalkan kita. Anyone can drop dead anytime.

No comments: