Pages

Friday, August 7, 2009

RE: Terbaik by Prof. Kamil

today, i read an entry from "Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan" the title of that entry is "Terbaik" . it was forwarded from a sahabat yang baik hati dan selalu memajukan ingatan2 mendekatkan diri kepada DIA. alhamdulillah dan terima kasih.
i haven't got any chance to know the blogger - Prof. Dr. Kamil. teringin juga, insyaALLAH satu hari nanti..http://www.muhdkamil.net/kehidupan/

dalam amanah tugas seharian, saya sering berurusan dengan para cerdik pandai, golongan terpelajar dan berpendidikan tinggi. namun, selama 2 tahun dalam kerjaya ini, tak terkira maki hamun yang saya terima. kadang-kadang menitis juga air mata..kadang-kadang terpegun seketika..kadang-kadang hilang segala kata-kata. terfikir saya bahawa, walaupun mereka itu berpendidikan tinggi, dipandang tinggi dimata masyarakat tetapi sangat rendah dalam berbudi bahasa. golongon ini seharus letaknya yang paling tinggi dalam konteks hirarki masyarakat Melayu, tapi jauh menyimpang dari kesedaran asal usul kejadian, yakni-segumpal darah.
bukan mengaibkan, hanyalah pengalaman yang suka saya kongsikan :)yang membuatkan saya terus kuat, tabah dan setia dengan amanah tugas ini adalah dengan kesedaran bahawa masih wujud juga sahabat-sahabat yg berpendidikan tinggi yang sedar dan syukur akan kewujudan insan-insan 'sampingan' lain yang membantu (walaupun hanya sedikit dan tidak signifikan) dalam usaha mereka mencapai puncak jaya.

walau caci maki yang saya terima, saya tak akan mengalah. saya mendoakan kebaikan untuk mereka, (moga mereka sedar satu hari nanti)perkara ini semakin menguatkan semangat saya untuk terus belajar dan menjadi golongan yang berpendidikan tinggi, tanpa sikap bongkak dan sombong. kepada yang bermegah dengan kedudukan sedia ada, saya ucapakan selamat berjaya. kepada yang selalu sedar status diri, alhamdulillah dan teruskan lagi. semakin bersinar kamu di mata masyarakat dan pandangan DIA.

terima kasih :) moga semua sahabat disini mendapat rahmat dan keampunan ALLAH, amin!
i was touched by the entry and thus i post my comment as the above. from my own experience yg tak seberapa. but there are still others who remember and willing to come back to our basic existence.
one words of wisdom that i like to share- "may the force be with you"

No comments: