Pages

Wednesday, December 22, 2010

Aku tiada disitu

Suara itu
terasa syup kedengaran
jasadku terpaku
tapi jiwaku tiada disitu.


Fikiran pantas mencerna
coreng-coreng di papan putih
apa yang daku pandang
jiwaku tiada disitu.


Berulang kali dijelaskan
namun mata menangkap ekor tulisan
telinga mendengar ekor percakapan
aku tiada disitu.


Aku paksa diri
aku paksa mata
aku paksa telinga
tapi, harus bagaimana?


Aku tiada disini...


~sfzy~
@PPK

One Way Ticket To The La La Land

Suasana sunyi
Aku mendengar
Bunyi suara
Tiba-tiba
Aku terpana
Dek kerana
Satu aroma
Apa ni?
Bau kentut!
Oh my God :(

Friday, December 17, 2010

Ancaman Meninggalkan Solat Jumaat


Hadith :
Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:”Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?”
 
(Muslim)

Huraian
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan.

Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain. Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir.

Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.

Jangan Salah Asuhan


Hadith :
Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash, katanya: “Bahawa Rasulullah s.a.w. berkata: “Dari pada dosa-dosa yang berat; seseorang memaki ibu bapanya.” Bertanya orang yang hadir kepada beliau; Ya Rasulullah s.a.w. adakah orang yang memaki ibu bapanya? Jawab beliau: Ya, dia memaki-maki bapa orang lain, orang itu memaki bapanya pula, dan dia memaki ibu orang lain, orang itu memaki ibunya pula.”
 
(Muslim)

Huraian
Elemen akhlak dan pekerti mulia tetap diberi perhatian dalam Islam. Keluhuran peribadi seperti bersopan-santun, berbudi bahasa dan suka membantu perlu dipraktikkan sentiasa. Dalam hal ini sememangnya keluarga memainkan peranan yang besar dalam mendidik, membimbing dan mencorakkan keperibadian seseorang individu semenjak dilahirkan.

Ia mampu mempengaruhi persekitaran dan mewujudkan suasana aman tanpa sebarang pergaduhan. Hadis di atas mempamerkan betapa dari aspek budi bahasa mencerminkan budi pekerti seseorang. Mencaci maki, menyumpah seranah dan yang seumpama dengannya tidak membawa kebaikan kepada sesiapapun malah ia memalukan sesiapa yang menuturkan, begitu juga ia akan memalukan ibu bapa yang berkenaan.

Justeru dalam membentuk masyarakat yang baik dan beradab semuanya bermula daripada didikan akhlak yang betul. Salah asuhan menjadikan masyarakat kacau bilau dan di antara satu sama lain tidak terjalin persefahaman dan kasih sayang. 

Tuesday, December 14, 2010

terkejut

mlm tadi tgok gambar sendiri masa kenduri kawen CT Raf...
TERKEJUT!!!

it cannot and must NOT be like that! :(

Sunday, December 12, 2010

Terdengar Sepantun Lagu

Malam

Artist: Shades
Malam...
Terdengar sepantun lagu
Irama di malam syahdu
Gaya nada rindu

Oh ! Malam...
Sungguh kau berseri-seri
Wajahmu di malam hari
Hilang rindu hati

Jangan sedih hati
Oh, Janganlah rasa pilu
Senyum... Senyum bunga
Kuntum, Mekar segar dan mengharum

Oh ! Malam...
Hati resah rasa sunyi
Jiwa ku resah dan sepi
Waktu malam hari

Jangan sedih hati
Oh, Janganlah rasa pilu
Senyum... Senyum bunga
Kuntum, Mekar segar dan mengharum

Thursday, December 9, 2010

Management Retreat Workshop 2010

just ended a two days workshop :)
alhamdulillah .. i think it went well~
basically, we presented our plan for executing next year's activities.
i hope ALLAH will ease things for us :)

Wednesday, December 8, 2010

pertanyaan?

Tidak akan berlalu telapak kaki Adam pada hari Kiamat melainkan selepas mereka ditanya tentang 4 perkara:-
1.       Ditanya tentang umurnya : di manakah telah ia habiskan,
2.       Ditanya tentang tubuh badannya : ke jalan manakah telah ia gunakan
3.       Ditanya tentang hartanya: Dari manakah dia mendapatiny dan kemanakah pula ia membelanjakannya
4.       Dan ditanya tentang ilmunya: Apakah yang telah ia kerjakan dengannya?

Sejarah Puasa Assyura


Hadith :
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga".
 
(Muslim)



Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah saw. telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari terseut kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri di samping kelebihan bulan Muharram itu sendiri. 10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.

Monday, December 6, 2010

Hijrah 1432





Esok 1 Muharram 1432.


Aku tanyakan pada diri. Adakah aku berhijrah?
Pernahkah aku berhijrah? Bila masa aku berhijrah?

Dalam hidup aku seharian, tanpa sedar begitu banyak peluang yang ALLAH beri untuk aku beribadat dan menangguk seberapa banyak pahala. Baik dalam setiap degupan jantung, helaan nafas, kerja di pejabat, urusan dengan pelanggan, dalam bersahabat bahkan semasa bersuci sekalipun.

Peluang yang ALLAH bagi tak terkira banyaknya. Namun, diri sendiri yang lalai dan alpa. Lupa dan leka. Hanyut dengan dunia. Astaghfirullah~

Aku sedar juga, kewujudan aku dan insan lain dalam alam ini adalah penuh dengan misi yang perlu diselesaikan sebelum melangkah ke alam seterusnya.

Usia tak menunggu kita. Saban tahun membaca doa Akhir tahun dan Awal tahun. Saban waktu mengulang bacaan Yaa Siin sehingga 3 kali. Doa dipanjatkan untuk 3 hajat utama, mohon di ampunkan dosa, dilimpahi berkat dan dimatikan dalam iman.

Mungkin usaha kita untuk berhijrah dalam erti kata sebenarnya iaitu Hijrah jiwa, Hijrah batin. Hijrah kepada sesuatu yang terlebih baik. Memajukan diri dari sikap buruk yang lama kepada sikap baru yang jauh lebih baik. Memudahkan kerja orang lain. Menyukakan hati orang sekeliling. Sekecil-kecil amal, jika diamalkan tanpa gagal balasannya pasti syurga jua.

Oleh itu, tanya diri. Untuk tahun yang bakal berlalu, apakah markah yang selayaknya untuk kita? Untuk tahun yang akan datang, adakah mahu mengulang lagho yang lama? Berhijrahlah. Kepada yang terlebih baik. Kepada yang lebih sempurna.
Moga malaikat yang menukar buku amalan berasa senang dan gembira melaporkan amalan kita sepanjang tahun kepada yang Maha Esa.

Sesungguhnya, ALLAH Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penerima Taubat!

~sfzy~
uniten