CHEESE CUP CAKE
Resipi Asal - Puan Grace (tq puan Grace~)
180 gm butter (fern)
130 gm gula castor
3 biji telur grade A
165 gm self raising flour (ayak 2 X)
80 gm keju cheddar diparut
1 1/2 sudu besar susu segar
12 paper cup besar
Pukul butter, gula dan tlur.
masukkan tepung diikuti dengan cheese dan susu
Masukkan dalam paper cup dan bakar lebih kurang 25 minit. 170C
Thursday, November 25, 2010
nak try ni tak? :) kek oren untuk Diabetic people~
The Cake
75g wholemeal flour
100g ground almond
1 tsp baking powder
75g light brown sugar
2 large eggs
2 tsp grated orange zest
125ml freshly squeezed orange juice, strained
1. Beat sugar, eggs and orange zest.
2. Add in dry ingredients, alternating with orange juice.
3. Spoon into cupcakes cup, bake at 180'C for 20-25 mins.
Cream Cheese Frosting
90g cream cheese
1/2 tsp orange zest
30g icing sugar
60ml freshly squeezed orange juice, strained
1. Beat all until combined.
2. Pipe out as swirls on cupcakes.
75g wholemeal flour
100g ground almond
1 tsp baking powder
75g light brown sugar
2 large eggs
2 tsp grated orange zest
125ml freshly squeezed orange juice, strained
1. Beat sugar, eggs and orange zest.
2. Add in dry ingredients, alternating with orange juice.
3. Spoon into cupcakes cup, bake at 180'C for 20-25 mins.
Cream Cheese Frosting
90g cream cheese
1/2 tsp orange zest
30g icing sugar
60ml freshly squeezed orange juice, strained
1. Beat all until combined.
2. Pipe out as swirls on cupcakes.
look like i'll manage to do this :)~
nk try tak?? hehe...
*please vote~
Wednesday, November 24, 2010
kehidupan selepas mati
hari ini aku mendapat berita kematian Encik Tunut (ITMS)..al-fatihah~
Pernah tak kita terfikir dan bertanya, siapa kita sebenarnya? Kenapa kita ada? Untuk apa kita hidup?
Seharian kita hidup, menjalani rutinnya. Kadang-kadang benda yang kita buat tiap-tiap hari benda yang sama saja.
Begitu juga halnya dengan perjalanan hidup kita di dunia ini. Cuma rutin yang berulang-ulang, sebaliknya hidup kita di bumi ciptaan Allah ini hanya sekali jalan saja. Bila kita tiba di pertengahan jalan, kita tidak mungkin berubah menjadi bayi atau memutarkan masa ke belakang semula, kecuali Allah mentakdirkannya seperti itu.
Sepanjang jalan ini berbagai-bagai perkara kita tempuhi dan lakukan. Dan kita masih dalam perjalanannya ketika ini, saat anda membaca artikel ini. Kita tidak tahu, apakah perjalanan kita masih jauh lagi atau sudah berada di pertengahannya? Atau mungkin, kita sudah hampir ke penghujungnya sebelum berangkat ke alam barzakh? Apakah kita akan mati dalam seminit dua lagi? Ya, kita tidak tahu. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Kita ini hanya makhluk yang lemah.
Pernahkah difikirkan, apakah maknanya semua ini? Yalah, rutin harian yang berputar dan berulang mirip roda dan perjalanan hidup yang sudah lama atau baru bermula, sedang berjalan dan PASTI berakhir suatu masa nanti… Apa, saja suka-suka semua yang kita lalui ini berlaku? Dan kita biarkan semuanya ini berakhir begitu sahaja?
Atau seperti ini kita meringan-ringankannya?
“Alah…biasa la bro, lumrah alam. Hidup, hidup, pastu mati..Ni lah masa nak enjoy kawan oi, kalau dah mati, macam mana nak enjoy? Kubur lain-lain bro…”
Begitulah mudahnya kita mencipta pelbagai alasan. Alasan untuk kita terus lari daripada realiti tentang “siapakah kita?”, “apakah tanggungjawab kita?” dan “ke manakah kita akan pergi selepas ini?”
Ada orang kata “hidup hanya sekali”. Ada pula tagline filem yang berbunyi “mati hanya sekali”. Ya, benar jika kita katakan mati hanya
sekali. Dan salah jika kita katakan “hidup hanya sekali”. Sedangkan selepas kita akan melalui alam barzakh kemudian kita akan dibangkitkan kelak di Padang Masyar kelak dan SEGALA amalan dan perbuatan kita akan dihakimi. Dan itulah destinasi kita yang kekal abadi. Tidak kiralah berapa besar pun kebaikan atau kejahatan yang kita lakukan sepanjang perjalanan ini. Biar sebesar zarah sekali pun, semua itu TIDAK akan terlepas daripada pengetahuan Allah. Allah Itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
Manusia adalah khalifah yang diciptakan Allah di atas muka bumi sebagaimana firman Allah SWT dalam surah az-Zariyat ayat 56:
“Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat kepada-Ku”
Sepanjang perjalanan hidup ini, kita hadapi banyak perkara. Adakalanya susah, adakalanya senang. Sedih. Gembira. Sihat. Sakit. Cuma kadang-kadang kita terleka dengan nikmat hidup. Lantas, kita melupakan Allah. Kita tinggalkan segala suruhan-Nya, tetapi kita berlumba-lumba dan tak tebal muka melakukan larangan-Nya. Itulah kita, saat kita senang dan gembira. Saat kita sakit, susah, sempit? Apakah hanya saat itu baru kita mencari Allah, meraung-raung memohon bantuan-Nya?Nauzubillah…
Rasulullah s.a.w pernah berpesan yang bermaksud:
“Ada dua nikmat di mana kebanyakan manusia sering tertipu dengannya:nikmat sihat dan masa lapang (senggang)”
Hadis Riwayat Bukhari
Dalam perjalanan hidup kita yang fana dan sebentar ini, apakah kita mahu termasuk dalam golongan-golongan yang rugi? Sedangkan Allah telah memberikan segala ruang dan peluang. Akal untuk kita berfikir.
Firman Allah s.w.t:
“Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman, beramal soleh. Saling menasihati dalam kebenaran dan dalam kesabaran.”
Surah Al-Asr:1-4
5 Perkara Sebelum 5 Perkara
Apakah bila sudah senja baru kita terdetik untuk pulang ke pengkalan-Nya? Marilah kita cakna 5 perkara sebelum yang 5 lagi datang menimpa kita.
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum MATI
Yakinlah, selagi kesempatan yang sebentar ini masih ada, selagi itulah peluang kita untuk kembali ke pangkalnya. Moga keikhlasan kita terlakar dan dikurniakan hidayah selagi nyawa yang fana ini masih dipinjamkan-Nya.
sumber: http://azzariyat.com/blog/2010/04/17/nyawa-itu-fana-mati-itu-pasti-2/
terima kasih adik2 UNISEL..
sumber: http://azzariyat.com/blog/2010/04/17/nyawa-itu-fana-mati-itu-pasti-2/
terima kasih adik2 UNISEL..
Tuesday, November 23, 2010
in search for Cup Cakes~
saya mencari2 resipi kek cawan untuk dipraktikkan di rumah~ :)
Ina nak order untuk majlis dia nanti..
petang karang mau cari bahan2..
update :)
Ina nak order untuk majlis dia nanti..
petang karang mau cari bahan2..
update :)
MOIST CHOC. CAKE
BAHAN A : diayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bicarbonate
BAHAN B :
4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih
CARA MEMBANCUH ADUNAN :
Pukul gula + telur = kembang (high speed) saya pukul dalam 10 minit . Kemudian masukkan susu pekat , pukul sekejap dan masukkan minyak dan pukul menggunakan aras low speed .
Masukkan bahan A iaitu tepung - sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-plahan sehingga betul-betul sebati .Kemudian masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu).
Akhir sekali saya masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh)dan bakar selama 15 minit dalam suhu 180 darjah celcius atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .
Monday, November 22, 2010
allergy dengan OLAY Ecah
last Weekend aku dapat MC dari Dr. Borhan.
naik balik bengkak kat mata. gatal...Ya Rabbi~
so aku dapat ubat tahan gatai, siang dan malam..
means, MC on Monday~ yeay!
naik balik bengkak kat mata. gatal...Ya Rabbi~
so aku dapat ubat tahan gatai, siang dan malam..
means, MC on Monday~ yeay!
Saturday, November 20, 2010
tak kenang budi
nak cakap pasal apa ek~ (huffing~)
pagi ni kecoh staff tajaan setengah juta nak berhenti. hmm, (mengeluh dan lagi dan lagi) entah lah~
itu la, masa nk pergi study overseas dulu ..bukan main berjanji itu ini. tapi bila dah nak dekat-dekat tamat tempoh tajaan pengajian, dia bagi plak surat letak jawatan..haduih~ memang sedih, letih dan rasa usaha selama ini tak berbaloi langsung. aku kecewa.
kenapa aku kecewa? sebab aku yang uruskan segala urusan cuti belajar dia.. aku yang uruskan elaun-elaun dan tiket kapalterbang dia..
memang betul hutang tu boleh bayar. tapi tidakkah dia terpikir yang umur bukan milik kita? kalau bakalan dijemput Tuhan dalam masa terdekat ini, kasihan orang -orang yang ditinggalkan.
PENJAMIN-PENJAMIN I dan II dia.
ohh, kasihan~
pagi ni kecoh staff tajaan setengah juta nak berhenti. hmm, (mengeluh dan lagi dan lagi) entah lah~
itu la, masa nk pergi study overseas dulu ..bukan main berjanji itu ini. tapi bila dah nak dekat-dekat tamat tempoh tajaan pengajian, dia bagi plak surat letak jawatan..haduih~ memang sedih, letih dan rasa usaha selama ini tak berbaloi langsung. aku kecewa.
kenapa aku kecewa? sebab aku yang uruskan segala urusan cuti belajar dia.. aku yang uruskan elaun-elaun dan tiket kapalterbang dia..
memang betul hutang tu boleh bayar. tapi tidakkah dia terpikir yang umur bukan milik kita? kalau bakalan dijemput Tuhan dalam masa terdekat ini, kasihan orang -orang yang ditinggalkan.
PENJAMIN-PENJAMIN I dan II dia.
ohh, kasihan~
Friday, November 19, 2010
EL sebab sakit Gigi
sakit gigi..
geraham aku baru nk tumbuh..
cek dlm cermin, tgok gusi aku terkoyak besar :(
adui~
EL akhirnya..
pagi buat kek untuk hantaran Atie..
malam hias kek..happynye sebab kek aku cantik banget!! :)
hope sesiapa yang merasa kek tu dapat merasa juga kasih sayang yg aku masukkan dlm pembuatan kek tersebut~
yosh!!
Thursday, November 18, 2010
Resipi: Kek Coklat Senang Je...
inilah bahan bukti. aku telah membuatnya dan telah membawanya ke opiz~
Alhamdulillah, disukai ramai! =)
*untuk makluman tambahan,
kek ini telah ditempah oleh Nur Zuriati Zahari untuk HANTARAN beliau hari Sabtu ini ok!!
WOW..WOW..WOW..WOW..WOW..
bahan²:-
2 cawan tepung naik sendiri
2 cawan gula perang
¾ cawan serbuk koko
4 biji telur
250gram butter
¾ cawan air
cara²:-
1. Ayak tepung. Ketepikan.
2. Pukul butter dengan gula. Sehingga kembang. Mixer kelajuan penuh.
3. Campurkan serbuk koko dengan air. Kasi sebati. Ketepikan.
4. Pecahkan telur. Asingkan putih dan kuning. Ketepikan.
5. Masukkan kuning telur dalam campuran butter dan gula yang kembang. Sebutir-sebutir. Kasi lebih kembang.
6. Dlm bekas yg berasingan, pukul putih telur sampai kembang.(hehe, kembang lagi~)
7. Masukkan putih telur yang kembang td tu dlm adunan no (5).
8. Dah kembang? J haha..masukkan pula cairan koko yang no (3) dlm adunan no (7).
9. Boleh perlahankan mixer anda… kepada kelajuan rendah.
10. Masukkan tepung no (1) sikit-sikit… dah siap!
11. Masukkan campurization td dlm bekas kek yang telah dilapik dengan aluminum foil dan disapu dengan mentega(atas foil tu, supaya senang nk potong/keluarkan/bungkus/take away)
12. Bakar sampai naik bau dan naik gebu keknye…(gebu mcm CT la~)..emm, lebih kurang sejam setengah ke 2 jam..api sederhana/besar ikut kepakaran sendiri ;p
SELAMAT MENCUBA!! ;p
SONANG JO~
dapat daging
hadir ke Office..hari ni kurang orang.
tapi tetap ceria!
menghabiskan most of our morning with chatting and do unimportant things such as amik gambar, update blog. upload photos..
ya, mungkin aku dah gila.. (@_@)
jam 11.30 Abg Arel called Zura..suruh mai amik daging :)
aku , CT Raf , Zura dan Akmar pegi masjid jap..amik daging :) alhamdulillah~ ada juga rezeki, bahagian kitorang...
Selamat Hari Raya Aidil Adha~
tapi tetap ceria!
menghabiskan most of our morning with chatting and do unimportant things such as amik gambar, update blog. upload photos..
ya, mungkin aku dah gila.. (@_@)
jam 11.30 Abg Arel called Zura..suruh mai amik daging :)
aku , CT Raf , Zura dan Akmar pegi masjid jap..amik daging :) alhamdulillah~ ada juga rezeki, bahagian kitorang...
Selamat Hari Raya Aidil Adha~
Subscribe to:
Posts (Atom)





