Pages

Wednesday, September 16, 2009

Final Day

hmm, aku duk sorang2 kat opis..
tenang je rase, sunyi..mcm ni la kut dlm kubur nanti (kalau kat kubur boleh bawak PC)

hmm, hai asyik mengeluh je aku ni..

hmm, sebenarnya org lain semua dah balik..ari ni ari last aku kerja sebelum on leave from esok sehingga 27 September 09. lama tu..aku tak pernah cuti lelama camni :) anyway, based on mama's request ;p

hmm, td selesai briefing handing over task dengan kak Huieda. lepas aku balik cuti raya ni terus tak jumpa dia dah..on maternity leave terus. mungkin masuk semula pertengahan Disember 09 nanti.

hmm, anyway sikit2 rase mcm lost gak, mungkin sbb aku sebelum ni banyak bergantung dengan dia untuk kerja2 Scholarship..she has imprinted he 'brand' on Scholarship..hilang identiti aku selama dulu2 pegang Scholarship :p (or mungkin dulu sebab aku tak ade identiti..kui kui kui)

i am very-very grateful for her and my work has improve significantly since the taking over from kak Huieda :) so, BIG '" Thanks" to you, kak!'

hmm, final day..kenapa aku namakan post kali ini Final Day? mungkin sebab hari ni final day aku berpuasa di bulan Ramadhan sambil bekerja di office sambil handing over tasks kak Huieda sambil last day jumpe Kak Huieda sebelum dia on leave 2 bulan lebih sambil taip di sini sambil dikelilingi oleh PC PC yg tak bertuan -sebab semua org da balik dan aku masih disini..final day dengan Encik Suhaimi sebab naik raya kami dijangka dapat bos baru..hmm, ntah la..

hmm, ntah bila aku akan on9 lg..maklum, PC kat umah dah patut campak dlm tasik jd tukun jew..

so, dikesempatan ini kepada DD, cepat la balik umah, tlg kemas2 umah nak raya..jgn asik nak mkn kueh raye je..lgpun pesanan ni khas untuk kamu sebab kamu je yg folo blog aku..heheh.

ok, semoga selamat balik kampung dan selamat balik ke office semula... :)

15 SEPTEMBER 2009

Mama's birthday :) i love mama so very much!!!!

Monday, September 14, 2009

so many thoughts and so many things to do

my weekend baru saje berlalu..mcm2 yg aku buat bagi mengisi masa lapang :)
i wish i can record everything verbatim!

Wednesday, September 9, 2009

copy and paste :) subhanALLAH



-Diterima oleh seorang sahabat. Satu pedoman yang menarik dan baik-assalamualaikumAku dpt email ni dr kenalan.. tak tau sejauh mane kebenaran.. sebab sepanjang 22 tahun aku hidup selaku anak Kelate tak pernah terserempak ngn penguatkuasa yg menjalankan tugas sekitar mall mcm cite kat bawah.. btol ke tak cite nih.. the most important thing is what can we learn from the story.. Layan

.Kalo Tuhan tu baik,kenapa buat neraka? Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat. Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..." Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.. Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:

"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je.
Takpe, sebab neraka tak da. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz. "Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis. Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?" Gadis tu terdiam. Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "
-- "Death is just the beginning"

Tuesday, September 8, 2009

susahnya..

yesterday i went to kajang to hunt for my baju raya. i brought mama along with me to help in choosing the best she can for me..aku takda mood nak cari baju tahun ni..hmm~~ (looooong sigh~)

it will be my 1st year celebrating raya without him. i remembered last year kami pakat pakai baju raya yg sama color..-org kata sense of belonging- but not this year..
deep down inside i fully understand and accept the fate that is already decided for me :) no regret. cume kadang2 terasa gak sikit..tiba2 teringat, tiba2 terkenang, tiba2 terfikir-kalaulah...

anyway, kami masuk ke kedai yang 1st kami jumpa..i let mama choose for me 100%..terpulang pada mama nak pilihkan yg mana, aku bayar je..as long as kena dengan tema family aku tahun ni. tak sampai sejam kami keluar dengan menjinjit satu beg bungkusan baju raya. well, apa kaitan tajuk post ni dengan cerita aku kali ni? hehe, susahnya nak cari saiz yg seswai dengan jiwa aku :( susahnya bila saiz pinggang dan dada tak seperti patung mannequin yg ada dalam kedai tuh..

mama masuk dlm fitting room untuk tengok aku bersalin-bersalin baju ok..malu plak :p tak kisah la mase kecik2 dulu..ni dah tua bangka, perlu kee??? hehe, the reality did happen. so, i bought that baju. dengan perasaan yg puas hati..tak saba nak bergaya masa raya nanti :)

Thursday, September 3, 2009

T&Co.

thanks Dee for giving this to me :)
i'm in heaven~~~~ weeeee...

Wednesday, September 2, 2009

Khatimah Cinta - 6ixth Sense

Bintang Malam
nyanyikan lagu
Rindu hatiku
yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi
Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu
Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku
Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...