Pages

Sunday, January 16, 2011

misi menawan puncak Broga

Pagi ni aku , Ecah dan Sobri naik bukit Broga.
Whoa~ sangat penat. 

Kami bertolak lepas subuh. Lepas solat jemaah dengan Sob, dia ajak,
"Jom jogging Long".
Aku mamai. Serius ngantuk lagi. So dia pun siap². Ecah jenguk depan dan tanya, "Long hang pi jogging tak? Jom pi Broga."
Aku pandang dia, "Hang nak ajak Zul sekali ke? Aku segan la. Tak selesa."
"Tak lah.."
"Ok, siap. Kita naik Bukit Broga"

Naik WTH. Sejuknya pagi² kat kawasan tu. Kereta lain tak ada. Maklumlah hari ni hari Ahad.
Perjalanan kami lancar je. Lalu depan University of Nottingham, Semenyih.
Ok, cantik Universiti ni. Besar dan baru. Kalau aku minta kerja sini ok tak? :P hehe~

Aku tak expect terrain yang kami akan tempuhi adalah macam tu. Huaa~
Bermula episod mendaki bukit.

Kami melalui kebun kelapa sawit untuk sampai ke laluan yang penuh dengan pokok paku pakis dan lalang.

Perjalanan naik atas tu taklah lama sangat. Tapi sebab aku banyak kali berhenti. Naik jam 8.00 pagi dan sampai puncak lebih kurang 9.15 pagi. Turun balik bawah jam 10.30 pagi.

Penat beb! Separuh nyawa. Kalau tak sebab Sob tarik tangan aku, memang takkan sampai pun atas tu. Memikirkan sekali ni la kalau nak naik pun, dengan adik², dan dah sampai separuh jalan maka aku teruskan juga. Ego pun memainkan peranan penting. Tak mahu kalah.

Always see a glass as a half full glass. Not half empty.

So, lepas amik nafas beberapa minit (10 minit-15 minit kut) kami teruskan lagi pendakian. Bersama² kami ada ramai lagi umat yang datang untuk tawan puncak bukit tu. Tak sangka. Masa parking tadi pun kereta berderet² beratur. Kata Ecah, kalau nak parking dalam kawasan kebun, kena bayar RM 2.00. Jadinya kami park di luar saja.

Masa naik, aku teringat pengalaman mendaki Bukit Bauk di UiTM Dungun. Dan bukit apa entah masa latihan silat dulu. Lalu sungai dan masa tu memang tak leh nak elak, kena gak pimpin tangan orang lelaki untuk bantu habiskan misi. Sama jugak dengan misi kali ni. Huh~

Ramai juga yang mencungap masa on the way tu. Yang bestnya, aku jumpa dengan sorang Chinese girl ni. She was on her way down.
Aku tanya dia,
“Hi,adik how far up? Berapa jauh lagi?”
Dia kata, dan aku tak boleh lupa, “Very near lah~ it’s just up there”
Aku bersemangat untuk menghabiskan juga misi menawan puncak Broga ni.

Kami teruskan perjalanan. Macam² orang  yang kami jumpa. Ada yang menyanyi sambil naik atas bukit tu. Sweet sgt dia nyanyi untuk awek dia. Lagu Anuar Zain you, jgn main²..

Ada yang pakai selipar jepun. Ada yang baunye busuk bangat! Ada yg bawa helmet. Ada yang berdukung!! (kes ini: dukung kanak² kecil ya~) ada juga org tua bertongkat. Ramai..
Melayu Cina India.. Semua ada.

Lepas ambil gambar untuk menjadi bahan bukti, kami pun turun.
Di atas tu tak la ada The Mall ke apa.. tapi pemandangan yang ada tu , memang berbaloi². Aku takkan lupa..

Balik tu penat, terus membuta~
ZZZZZzzzzzzzzz~~~

sfzy
@ home
1400hrs

1 comment:

pESAwah said...

this is awesome~~~ hooosemmmmm :P