Pages

Sunday, May 27, 2012

CHINA TRIP (25 - 30 MAY 2012)


JURNAL DAY 2: LET’S LEARN!


DAY : 1 |

Di Beijing, waktu subuhnya jam 4.20 pagi. Honestly speaking, Aku dan amin bersubuh Gajah pada hari pertama L hukhukhuk… kami hanya tersedar dr tidur bila dengan pintu bilik hotel diketuk. Mama dan Baba dah terpacul depan pintu, dah siap cantik2 dah! lengkap dengan beg nk keluar jalan2.. Ya ALLAH!! Jam 6.00 pagi baru terjaga. Penat sangat barangkali. Ralat betul sebab tak tahu guna call inter room. Kalau kat Malaysia tekan ‘0’ dan no bilik..kat China nk tekan apa ya?? So Baba gi tanya receptionist di bawah untuk buat call dari bilik ke bilik. Kena dail angka 8 dulu rupanya, followed by room no. so esok harapnya tak bergajah lagi lah..huhuhu

Breakfast kami nasi goreng cina, telur rebus, kicap soya masin, roti bakar, jem, butter, gula, buah, coffee, timun dan salad.ok laa~ aku ambil roti lebih untuk dibuat bekal dlm perjalanan nanti. Almaklumlah, cepat beno lapanye~

1st destination, Summer Palace. Kami naik River Cruise di tasik buatan manusia ni. tak larat berjalan katanya~ So sebagai anak yg solehah, aku ikutkan saja :p kami kena bayar 30 Yuan untuk naik cruise ni.. 45 minit camtu la… suhu kat tempat ni dingin dan nyaman~
Sejarah tempat ni sikit : The Qianlong Emperor of the Qing Dynasty (1644–1911), who commissioned work on the imperial gardens on the hill in 1749, gave Longevity Hill its present-day name in 1752, in celebration of his mother's 60th birthday.
Ada tasik buatan manusia seluas 200 hectar! Memang kagum. Ramai betul pelancong yg datang ke sini untuk cruising on the lake dan walking around the lake :P after that kami dibawa ke Pearl Center. Ada demo untuk tunjukkan bagaimana mereka memperolehi muatiara dari kerang yang dibiakkandi air tawar. Bentuknya saja sudah berbeza banyak. Bentuknya 3 segi berbanding kerang yang hidup di air masin. Guess what, mutiara dalam kerang air tawar ni ada 35 biji semuanya.kecil saja saiznya. Gunanya banyak juga, sebagai krim kecantikkan, barangan perhiasan, baju dan barang kemas. Aminah dapat cincin kat sini sebab dia teka isi kerang tu hamper tepat J

Kami singgah solat di Masjid yang tertua di Beijing. Tak pasti apa namanya. Tapi masjid tu ada penjaganya dan agak bersih. 1st time cebok kencing dengan air batu!! GRRRR!!!! Bejuk beku kat bawah sana~ambil wudhuk juga dengan air batu. Mereka tiada paip yg bekalkan air panas~ huhuhu~ umpamanya, air yang baru keluar dari peti sejuk bahagian freezer, dibuat ambil wudhuk! Apa rasanya ya? Hehe..aku dah rasa~

Then kami ke kedai teh cina. Dr. Tea nama kedai tu~ di sini, kami diberi penjelasan tentang kebaikan dan cara-cara untuk minum teh yg betul. Cara untuk menikmati teh cara Cina. Kebaikan teh dan jenis-jenis teh yang boleh digunakan dalam perawatan dan kesegaran badan~
Kami dilayani oleh Miss Melati (Chinese Lady yg kecik molek dan cute~) she spoke a good English. Which is rare for a Chinese to be good in English :p

Ada lebih 5 jenis teh yang kami rasa J kelakar juga cara minum teh org CIna ni… ada Ginseng Tea, Ginseng Oolong Tea, Oolong Tea, Jasmine Tea, White Tea, Black Tea, Fruit Tea dan Puer Tea.
Ramai yang membeli disini.. termasuk Makcin Idah, wife Pakcik Kasbun~

Seterusnya kami ke Silk Factory. Di sini kami ditunjukkan cara-cara mereka memproses ulat sutera dari kepompongnya sehingga menjadi kain! Seterusnya boleh juga dibuat alas tidur dan toto! Tahinya juga boleh dibuat bantak tidur!!! OMG~ pengsan~ kemudian, kami dibawa naik ke tingkat atas iaitu tempat shoppingnya~ hehe~ ramai lak yg terpedaya kat sini… nasiblah aku tiada minat dalam hal ni, so hajatnya nak tunggu hari akhir barulah nak habiskan duit. Tapi kat luar factory sutera ni aku dah ‘ter’beli 5 beg yg comel. Boleh isi telekung atau bawa pi mengaji.10 Yuan satu beg. Ok kut~ hehe

Hari ni aku belajar sikit-sikit perkataan cina dengan Cikgu Rose. Aku pun berkenalan dengan Linda, Huda, Lia dan Gee. Makan tengaharai sangat best! Tak macam masa arrival day~ syukur sangat J

Next , kami ke Stadium Sarang Burung Beijing!! Ramainya orang disini. Tapi cuaca amat dingin dan nyaman juga… musim bunga akan tamat pada penghujung Mei nanti. Kami ambil gambar disini. Waktu tiada occasion sukan, stadium ini tak dibuka kepada umum. Khas untuk atlet sahaja.
Baba beli ubi keledek bakar. Rasanya sedap. Sangat-sangat-sangat sedap!!! J
Seterusnya kami ke Acrobatic Show di Puppet Castle. Best sangat performance mereka. Menceritakan tentang asal usul kungfu, do u know that kungfu berasal from pergerakan binatang2 di sekeliling kita?? Hmm..bagaimana kugfu telah berevolusi sehingga ke Zaman sekarang. I enjoyed every moment of it! Tamat je show kami keluar. Rasanya aku macam ternampak Me-G dan Elly kat pintu masuk. Tp mungkin salah orang. Kebarangkalian untuk jumpa di tempat asing macam ni adalah satu dalam sejuta! :P so aku tak berhenti dan tegur. Kami kena kejar bas, bas tak boleh berhenti lama kat depan tu.

Kami ke tempat dinner after that. Makan malam hari ni pun okey! Aku ke toilet dengan Aminah… jumpa jenama production tu. Guess what the name?? Huida!! Hahahaha~~~