Pages

Saturday, June 18, 2011

coretan malam 2

sesak dadanya
putus nafasnya
terbelit rasanya
sesak dan sedak

begitu lagaknya
bila problema mengimpit jiwa

cuba fikirkan



apa agaknya
rupa dunia
yang tak pernah kenal
erti merdeka


mari bayangkan
rupa manusia
yang setiap kalinya
tompokan darah kering menjadi
jamuan mata


kalau terasa
lapar dahaga
tiada lain
haiwan melata
atau daging saudara


hingga bila
dunia bermata
bebaskan jiwa
yang lama sengsara
kerana kurasa
harga nyawa
semakin tiada


sampai bila?

little house on a prairie II



ni la rupa rumah kecil di pinggir prairie... (ladang kut~) tapi rumput dia tak berapa nak menarik la..
tak hijau pun!!

aku nak tengok hijau, nak sedut udara bersih dan segar~
macam kat kampung2..
nak jugak lari-lari dengan adik beradik aku macam gambar kat bawah ni~


haha, keep on dreaming!!

Gerak Hati



Baba pernah pesan, jika kita gantung harapan dan percaya pada ALLAH, insyaALLAH DIA akan lindungi kita dari makan atau guna benda yang haram. kita jaga hubungan kita dengan ALLAH, DIA akan jaga kita dalam perjalanan menuju abadi.


Aku percaya, hati yang bersih suci akan dapat merasa jika ada unsur tak baik yang berdekatan. hati kita akan ajak kita pergi menjauh dari tempat sepertinya. gerak hati tu penting, terutamanya bila hati kita terikat kuatdengan DIA :)


segala yang baik datang dariNYA juga..

Berkumpul Dengan Keluarga

aku masih punya Datuk Saudara. Namanya Tok Jun. Isteri Tok Jun, Nek Su Jah. mereka ada tiga orang anak, Pak Long Hafiz, Pak Ngah dan Mak Su Nadhirah Hani. Pak Long kerja rasanya. Pak Ngah masih belajar di kolej. yang ada di rumah hanya Mak Su.


petang tadi kami berkumpul di rumah Tok Jun. Taman Kosas, Ampang. we are the first to arrive :) mama bawak Mee goreng basah untuk potluck. tak sangka Nek Su Jah pun buat mee juga untuk hidangan petang tadi. ada Mak Su Nadhirah bantu juga kemas apa yang patut. 


lepas kami sampai, aku, DJ dan Ecah tolong Nek Su Jah di dapur. hehe, masa ni la nak tunjuk bakat. kalau kat rumah, haram~ (sorry Mama!!)


DJ sendukkan Mee Goreng Mama dalam mangkuk. Aku kupas kulit telur rebus (untuk Mee Kari Nek Su Jah) dan Ecah buat air. dalam setengah jam gitu, Uncle Jamil pun sampai. berdua je ngan Auntie Ani. hehe, Besday 'Boy'.


then kami makan je dulu. tak perlu tunggu orang lain, sebab nk elak tetamu lapar~ (Nek Su Jah yang kata). then, family Uncle Akex, Auntie Fatah dan Mira. Auntie Ijan dan Mikhail. Auntie Cikin dan Uncle Nahar serta Jia. Uncle Yusof, Dek Mat dan Auntie Shikin. Auntie Shikin bawak Makcik Ana (sepupu Baba dan lain2) Then, Auntie Rehan sampai. Last to arrive was Auntie Jah dan Auntie Yati. agak meriah sebab bukan senang nak kumpulkan adik beradik Baba yang perempuan. ada lima  semuanya. dan petang tadi, lima-lima ada :)


adik beradik lelaki Baba, yang ada hanya Uncle Jamil, Baba, Uncle Nahar dan Uncle Akex. yang tak ada Uncle Faid and Uncle Halim.


anyways~ kami bincang fasal kenduri anak Tok Jun yang akan di adakan pada bulan Julai nanti. aduh, aku akan jadi MC (sekali lagi). Ecah, memang muka jaga bunga telur :) hehe DJ dan Aminah belum tahu lagi skop tugasanya merangkumi apa. mungkin juga tak sempat mahu sertai. masing-masing sibuk dengan urusan belajar.


Pak Long Hafiz sebaya dengan aku. 27 tahun. masa Mama dalam pantang (Aku), yang turut sama dalam pantang adalah Nek Su Jah (Pak Long Hafiz), Auntie Jah (Ina), Auntie Cikin (Nash), Mak Teh (Yati) dan...


ramai kan? :) ya, kami keluarga besar. Mama ada 10 adik beradik, Baba ada 11.


sekali-sekali berkumpul macam ni, memang seronok!

impian

semua orang ada impian.
semuanya hidup dalam angan dan cita.
manusia, lahiriah memang tidak mampu lari daripada perkara-perkara ini.
aku suka pandang sekeliling. 
memerhati kebesaran Ilahi. sambil mempelajari sikap manusia menjalani kehidupan sehari-hari.
aku berpeluang untuk banding-bezakan mana yang elok dan mana yang tidak.
ini semua memotivasikan aku untuk lebih berusaha.
kadang bersua juga dengan perkara yang tak disangka.
tiba waktu, ada juga momen yang terpaksa buat-buat suka.
insiden yang buat aku terpaksa mengubah diri supaya compatible  dengan keadaan semasa.
bukan semua perkara yang berlaku itu positif.
bahkan kadang kala dalam perkara negatif yang berlaku atas diri kita,
itu yang mendatangkan kekuatan pada diri untuk bangkit semula setelah puas berbicara,
dengan akal fikir kita.
entah.
memang pernah aku dengan ungkapan ini.
sometimes we do need to live our lives one letter at a time (quote from P.S I Love You)
tetapi tanggungjawab kepada ALAH, ibu bapa, adik beradik, kerja, komuniti dan sosial tak membenarkan itu.
kita perlu bangkit dengan pantas kerana zaman ini, masa tak menunggu sesiapa.
sebagai konklusi, biarlah kita yang berada dihadapan masa..

Back to the future!!