Pages

Thursday, October 14, 2010

Cerita Masa Zaman Sekolah

Tadi waktu rehat, aku duduk melepak di bilik Ida n CT Raf. Kak Ekin pun ada sama, mungkin masing-masing sudah penat melayan FB. Iyalah, bosan. Lapar. Sudah jam satu. Rehat.

Aku pandang Ida, Ida pandang aku. Kak Ekin pandang aku dan Ida. Entah. Angkat bahu. Dalam seminit, masing-masing diam melayan perasaan.

Tiba-tiba aku teringat cerita lama, kenangan semasa darjah empat. Aku ketawa kecil. Ida dan Kak Ekin pandang. Kenapa?

Lantas aku mula bicara, “Ida dengan Kikin ingat lagi tak cerita masa korang zaman sekolah rendah dulu?” aku tanya. Ida angguk-angguk. Aku pandang Kak Ekin, “Ingat!” katanya. Kami senyum. Tanpa disuruh, Ida mula bercerita. Katanya masa sekolah dulu, awal-awal pagi, Ida akan tunggu kawan dia untuk ke sekolah bersama-sama. Masa sedang menunggu, masih sempat dia bermain-main. Kebetulan ada lopak dipinggir padang. Biasalah, budak-budak. Ida jatuh dalam lopak, habis baju kotor. Malang, kawannya tak pedulikan dia. Sesampai di sekolah, Ida masuk ke tandas untuk mencuci baju yang kotor akibat terjatuh dalam lopak tadi. Malang lagi, kena marah pula dengan makcik cleaner. Kasihan. Sejak dari itu, Ida tak tunggu lagi kawannya untuk ke sekolah.

Giliran Kak Ekin bercerita, “ Kenangan akak dengan abg akak je, berdua. Semua kenangan sekolah... mesti dengan dia. Dialah hero Malaya akak” jelasnya. “Berapa beza umur Kikin dengan Sanny?” tanya aku. “Setahun”…

Kak Ekin dengan abangnya Sanny kesekolah dan pulang dengan menaiki bas sekolah. Kadang-kadang, pemandu bas mereka malas untuk masuk ke dalam kawasan perumahan Kak Ekin dan lalu memberhentikan basnya di luar kawasan saja. Nak dijadikan cerita, kawasan perumahan mereka memang ada anjing-anjing yang berkeliaran. Entah siapa yang menjaga. Entah siapa yang empunya. Aku teringat, zaman itu pernah ada kes budak sekolah mati akibat kena gigit dengan anjing! Huh~ seram juga bila memikirkan semula. Maklumlah, Kak Ekin orangnya bersaiz kecil. Aku dapat membayangkan beliau masa sekolah rendah. He he~

Kak Ekin menyambung kisahnya. Bila dia dan Sanny turun dari bas sekolah, selalunya Sanny akan kata, “Dik, engkau duduk kat belakang Abang. Abang akan lindung engkau.” Kak Ekin pun terkedek-kedek menyorok di belakang Sanny. Kami ketawa bila membayangkan perkara itu, beza setahun memanglah rapat. Macam aku dengan Ecah. Aku memahaminya. Kak Ekin sambung lagi, “Kalau korang nak tahu, biasanya selepas tu, bila nak dekat-dekat sampai kat rumah, kami jumpa dengan anjing tu. Dia tunggu je kat depan lorong rumah. Dan biasanya Sanny yang lari ke belakang akak. Kami berlari sampai masuk dalam rumah. Tau-tau je, tudung akak dah bolos ke belakang, tinggal serkup saja! Sebab Sanny tarik tudung akak” jelasnya sambil ketawa. Kami turut terbahak-bahak. Kelakar.

Giliran aku pula menyambung kisah…

Teringat semasa aku darjah empat. Rumah aku dan sekolah tidak jauh mana. Lebih kurang dua kilometer. Tak terasa perjalanan ke sekolah itu jauh kerana aku dan Ecah suka menggunakan laluan dalam. Ada jalan potong daripada rumah ke sekolah dengan melalui sungai dan dusun durian orang kampung di situ. Hendak kata aku sibuk sangat sehingga tidak sempat ke tandas, rasaku tidak. Iyalah, darjah empat adalah masa riang ria tanpa sebarang peperiksaan besar yang menanti.

Alkisah aku berjalan pulang ke rumah. Aku jalan cepat. Bersaing dengan Ecah. Berlumba. Sesampainya kami berdua di hadapan jalan besar yang perlu kami lintas untuk masuk ke lorong kampung rumah kami, pundi kencingku terasa sangat tidak selesa. Penuh. Empangan di dalam itu rasanya mahu pecah. Tak mampu bertahan lagi! Tahu-tahu saja bagaimana gaya-nya bila seorang budak dengan baju kurung sekolah terjingkit-jingkit berjalan menahan kencing. Sudahlah kereta yang lalu semuanya laju-laju. Aku tergedik-gedik menahan kencing.“Apalah malang nasib aku, kenapa waktu ini kereta banyak yang lalu lalang?” getusku geram. Dendam. Rupanya jam sudah satu setengah tengah hari. “Ecah, aku dah tak tahan nak kencing ni,” aku mengadu pada Ecah, adikku. “Alah, sabarlah sikit. Kejap lagi je. Sampai rumah nanti hang kencing la. Takkan nak kencing kat sini? Nanti malu orang nampak”, Ecah membebel. “Tapi…”

Terasa panas celah kangkang bila kencingku mengalir. Basah. Habis basah kain sekolah. Habis basah setokin. Bertakung dalam kasut sekolah yang aku pakai. Lega. Malu. Geram. Marah. Malu. Malu. Malu!

Aku terhincut jalan balik ke rumah. Dalam fikiranku, aduhai esok ke sekolah lagi. Dan aku hanya ada satu kasut sekolah!

Aku, Ida dan Kak Ekin sapu mata. Kami bukan tahap tergelak besar. Kami mengilai tak ingat dunia.

Aku tersenyum-senyum kambing selepas itu. Ha Ha. Kenangan... inilah cerita aku masa zaman sekolah.

Frank Sinatra - Fly Me To The Moon Lyrics



Fly me to the moon
Let me play among the stars
Let me see what spring is like
On a-Jupiter and Mars
In other words, hold my hand
In other words, baby, kiss me

Fill my heart with song
And let me sing for ever more
You are all I long for
All I worship and adore
In other words, please be true
In other words, I love you

Fill my heart with song
Let me sing for ever more
You are all I long for
All I worship and adore
In other words, please be true
In other words, in other words
I love ... you