sempat masih (= |
Thursday, February 23, 2012
Kaya Jiwa Elakkan Diri Meminta-minta
Riwayat: Bukhari dan Muslim
Daripada Abu Said Saad bin Malik bin Sinan al-Khidri RA
katanya, “Ada beberapa orang sahabat di kalangan Ansar telah meminta (sedekah)
kepada Rasulullah SAW. (Ansar ialah penduduk asal Madinah yang menerima
kedatangan Rasulullah dan membantunya.) Maka diberi oleh Rasulullah SAW.
Kemudian mereka meminta lagi dan diberi lagi oleh Rasulullah SAW sehingga habis
apa yang ada padanya.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada mereka, “Apa jua
kebaikan yang ada di sisiku tidak akan kusembunyikan daripada kamu. Sesiapa
yang hendak menjauhkan diri daripada kekejian (meminta-minta) dijauhkan Allah
daripada kekejian itu, sesiapa yang inginkan kaya jiwanya dikayakan Allah dan
sesiapa yang sabar menghadapi penderitaan diberi kesabaran oleh Allah. Dan
tiada pernah seseorang itu diberi kurniaan yang lebih baik dan lebih luas
daripada kesabaran.”
Huraian Hadith:
1. Hadith ini menunjukkan kemurahan (sifat murah)
Rasulullah SAW di mana junjungan memberikan apa sahaja tanpa disimpan untuk
dirinya.
2. Kekayaan sebenar bukan dengan pemilikan harta yang
banyak, tetapi kaya jiwa yakni tidak menjatuhkan maruah diri dengan
meminta-minta.
3. Antara sifat dan akhlak Muslim sejati adalah
memelihara kesucian atau maruah diri, tidak mengharapkan apa yang ada di tangan
manusia dan bersabar atas segala kesusahan termasuk kefakiran.
4. Setiap orang Islam dikehendaki bersifat pemurah dengan
mencontohi Rasulullah SAW.
5.
Umat Islam hendaklah bersifat sabar kerana kesabaran adalah sebaik-baik
kurniaan daripada Allah SWT.Credit to : Dr. MAK
Projek Hotel Kucing~
minggu lepas punya aktiviti..baru nk update hr ni :)
kucing kat rumah semakin banyak..total 10 ekor sekarang.... tgok kadar survival anak2 bulus ni..hope berjaya la hendaknye lepas bulan ketiga..
Mustafa Jahat selalu berkeliaran, nasib baik Ibu2 Kucing yg garang telah menjadi sentri untuk anak2 bulus...
nothing else i can do, but to prepare them a nice, cozy home to play in and to sleep....
so bermula daripada lakaran kasar dan seterusnya berjaya menghasilkan sesuatu hasil yang boleh dibanggakan. usaha aku dan Baba seluruhnya.. Mama ada juga tolong bg air limau ais untuk kitorang. dah mcm pekerja kontrak dah I rasa...tapi alhamdulillah, genggam bara api, biar sampai jadi arang.
alang2 nak buat, biar sampai siap :) ni perjalanan kejadian Hotel Kucing kitaorang~

lakaran kasar rumah impian ku.....cing~ |
lakaran 3D oleh baba |
raw materials, kayu katil lama..jgn bazir2 tak elok ok ! |
tu dia rangka yang telah berjaya di dirikan...gulungan dawai untuk membaluti rangka... |
dalam proses mengetatkan apa2 yg longgar..baba in action. |
heheh dah nampak dah hasil yg bakal jdi hotel kucing ni.. |
akhirnya siap juga :)
gambar terkini akan di upload...tunggu~
Subscribe to:
Posts (Atom)