Pages

Wednesday, October 13, 2010

Ku Redha Sendiri

tak masuk syurga

TERJEMAHAN HADIS

Dan dari Ammar Bin Yasir R.A. Dari Rasulullah SAW. Baginda bersabda:
Tiga golongan yang tak masuk syurga selamanya. Lelaki yang dayyus, Perempuan yang berperawakan lelaki
dan mereka yang menjadi penagih arak. Para sahabat menyatakan: Yang menjadi penagih arak tu kami tahu
ya Rasulullah, tapi apakah yang dimaksudkan dengan lelaki yang dayyus? Rasulullah menjawab.
Si dayyus itu ialah lelaki yang tidak ambil kisah sesiapa pun yang datang dan masuk ke rumahnya berjumpa isterinya.
Para sahabat bertanya lagi: Siapa pula yang dimaksudkan dengan perempuan berperawakan lelaki? Rasulullah menjawab: “Mana-mana perempuan yang meniru dan mengikut perwatakan dan perangai lelaki”.
(Hadis Riwayat Tobroni.
Menurut Imam Munziri: “Setahu aku tidak ada di kalangan perawi hadis ini yang tak boleh di terima”).

PENGAJARAN HADIS
Masuk syurga adalah ultimate kejayaan paling berharga dalam hidup seorang muslim yang beriman.
Setiap muslim mukmin mesti menjauhi perkara yang membantutkan KPInya dalam menuju ke syurga.
Lelaki tak boleh jadi dayyus yang tidak ada perasaan cemburu langsung
& tak pernah mempedulikan kemungkaran melibatkan ahli keluarganya di hadapannya.
Kadang-kadang cemburu kena ada dan tu tanda sayang.
Nabi bersabd: Apabila seorang lelaki dan perempuan berduaan maka yang ke tiganya adalah syaitan
Sekali pun kita percaya dengan isteri kita dan kawannya, kita tetap tak boleh percaya pada yang ke 3 bersama mereka:SYAITAN
Orang perempuan pun kalau nampak suami mereka sering dengan perempuan lain kenalah ada cemburu gak.
Sebarang bentuk perlakuan perempuan nak jadi lelaki atau sebaliknya tak dibenarkan dalan Islam.
Lelaki ada peranan mereka yang tersendiri seperti juga golongan perempuan.
Sebarang penukaran peranan ini tak dibenarkan dalam Islam cam minyak petrol tak boleh ditukar jadi minyak hitam.
Orang perempuan tu kena berhalus dan tak boleh jadi kasar nampak macam lelaki.
Orang lelaki pun sama tak boleh jadi lembut macam perempuan.
Arak adalah pemusnah akal. Bila akal rosak kehidupan juga akan rosak.
Orang yang merosakkan akalnya dengan arak dan dadah menjatuhkan title kamanuasiaannya ke tahap yang lebih rendah.

"Holding onto anger is like grasping onto a hot coal with the intent of throwing it at someone else. You are the one who gets burned."

untuk diriku yg sering leka~

Bila itu adalah aku

Bila ilham mencanak
Segalanya ingin aku luahkan
Tiap minit ingin aku kongsikan
Semua perkara ingin aku lontarkan
Agar semua jelas dan nyata

Bila ilham mencanak
Masa yang tiada aku adakan
Hati kering terlonta-lonta mahu dikhabar
Baris ayat terbit mengalir
Laju
Selaju air di jeram
Namun tidak sejernih
Jernihnya bila bercampur pasir dan lumpuran
Cuba aku salurkan air itu
Pada laluan yang lebih bersimbol
Untuk bacaan manfaat
Nasihat penuh makrifat

Dan rupanya
Aku masih jahil
Dan
Yang jahil itu
Rupanya aku

Untuk sekali ini

Wahai~
Kenapa tidak
untuk sekali ini
Engkau
buka sedikit minda sempitmu
pandang luas alam keliling
sedar belas hakikat sepicing
bukan semata membabi buta
atau sekadar membuta babi
wahai~
tidak DIA menjadikan
engkau, aku, dia
untuk melampias egotistikal
dalam kata sarkastik-stikal
….
Wahai~
Sesungguhnya aku tiada berasa lagi
Mahu bercerita
Ingin bersenda
Semuanya tawar
Segalanya hambar
Gulung tikar
Sedarlah, Wahai~
Kau bukan manusia mulia
Kaulah terjijik diantara kejinya
Najis yang bertaburan
Dijalan…

If you are patient in one moment of anger, you will escape a hundred days of sorrow.

for me~

tak faham

Ada orang yang tak faham bila keadaan seseorang yang lain itu sulit atau tidak.
Adakalanya ikut pantas bicara tanpa mahu memikir apa-apa.
Mana-mana yang memudahkan mereka dituntut pantas dan segera!
Ada orang yang memang berkira dalam kerjanya.
Ada pula yang kurang bertoleransi dalam mengambil tindakan sesedap rasa.
Tidak mahu berkompromi dalam segenap hal dan pandangan.
Mahu atau tidak menjadi persoalan dan lalu ada mangsa yang pasti terkorban.
Ada orang menjadi dalang, ada pula yang menjadi jalang.
Ada orang sanggup bermanis muka dan menelan segala kepahitannya si petualang.
Aku yang tidak faham atau sengaja memilih jalan ini.
Yang mana sehingga bila, kemana..tidak aku pasti.