Hidup tidak selalunya indah. Disitulah letaknya keindahan hidup.
Ni la tajuk motivasi pagi ni di stesen radio IKIM fm.
Ustaz Pahrol Mohd. Juoi ni bukan satu nama asing J aku start dengar namanya sejak Zaman UiTM lagi. Zaman GEMA to be exact :p beliau ada buku sendiri, pieces yang ditulis oleh beliau juga kerap diterbitkan di majalah-majalah. Ceramahnya ada di radio.
Ok, berbalik kepada tajuk @ topic yang dikupas, antara yang aku boleh shorthand kan adalah point-point berikut:-
· Ujian yang ALLAH bagi itu memanglah pedih, tapi, itulah ubat.
· Ujian ALLAH juga tanda DIA sayang kita (hamba)
· Perlu ada rasa kehambaan antara kita dengan ALLAH, barulah rasa berdosa dan mahu bertaubat serta improve diri kepada yang lebih baik J
· Dugaan datang ada sebabnya
· Musibah melanda, ada hikmahnya
· Hidup tak selalunya indah, itu yang menjadikannya indah. Disitulah keindahan hidup
· Semuanya milik ALLAH, semuanya hak ALLAH~
· Ada kebaikan yang tersirat. Sebagai hamba kena YAKIN dan BERTENANG.