Pages

Thursday, August 18, 2011

Yang paling cerdas dan yang paling pintar

"Berkata Ibnu Omar r.a: Pada suatu hari aku datang berjumpa Rasulullah s.a.w yang sedang berada di tengah kalangan sahabat yang terkemuka. Lalu berdirilah seorang sahabat daripada Ansar bertanya Rasulullah dengan berkata: "Ya Rasulullah! Siapakah yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas akalnya?" Rasulullah menjawab: "Yang paling cerdas dan yang paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling banyak bekal menghadapi mati. Merekalah yang paling pintar dan yang paling cerdas kerana mereka mendapat kemuliaan di dunia dan kehormatan di akhirat." Dalam hadis lain Rasulullah bersabda: "Perbanyaklah mengingati mati." (Hadis Riwayat: At Thabrani)" 

Majlis Berbuka Puasa Keluarga Musa

balik dari mengaji, kami dah sibuk2 kemas apa yang patut.
sapu lantai dan sapu simen, vacuum karpet, angkat kerusi dan meja. Mama start buat ikan goreng, gulai ikan dan Ecah tolong kopek kulit telur rebus untuk dibuat sambal telur untuk majlis petang karang.

memandangkan one week earlier Uncle Jamil ada sms untuk tanya feedback ahli keluarga tentang buka puasa tahunan Keluarga Musa di Rumah Nenek di Taman Mesra. patutnya majlis dicadangkan dibuat pada Sabtu lepas. namun atas sebab yang tak diketahui, cancel pula last minit gitu. aku dan family rasa ralat sikit~

so aku bagi suggestion untuk buat buka puasa di rumah kami instead! pada hari cuti Nuzul Quran (aku tak tahu KL kerja!!)

i insist Mama to get some sleep right after she finished masak. kalau tak nanti dia penat :( last 2 weeks kami buat Majlis Buka Puasa jugak kat rumah. tapi jemputannya adalah Keluarga belah Mama (Atok Md. Yunus) alhamdulillah, kehadiran 99%. Abg Hafiz dan newly wedded wife, kak Aida ada wakil Mak Andak Batu Kurau :) waktu hampir berbuka Mama dah semput..aku risau  :( tp semuanya berjalan lancar lepas tu..

pada mulanya agak hambar juga  sambutan petang tu. keluarga Uncle Jamil, Pajina, Atie n Shafiq datang. only then barulah ramai yang tiba. the spirit is once again being restored~ yay!