Pages

Monday, June 6, 2011

Majlis Pertunangan Siti Aishah Mohd. Yusof part II

Hari Sabtu 4 Jun 2011. Pepagi lagi aku dah busy~
Kakak pengantin..(ceh..ceh la sangat!)
Mama bangkit jam 5 untuk goreng nasi, celur mee kuning, perangat kuah mee jawa, keluarkan agar2 buah.
DJ tolong potong bahan untuk pelengkap mee jawa. Aku pun bangun untuk tulun juga..
Potong tembikai, betik, n some other things~

Everything after that was a bit blurry~
Dengan baju tido aku hantar makanan yang mama siap masak pagi tu ke rumah nenek.
Dah ramai yang sampai.
Lepas dropped all that off, aku rush balik rumah dengan DJ untuk mandi dan bersiap2.

Sampai umah nenek, keluar balik untuk jemput Zul dan familynya.
Dalam jam 12tgh selesai J

Aku shoot ke Masjid Kajang untuk meet up dengan Nanem, Nana, Huda, Jijah, Adra, Ainul dan Zaimah~
Kami bertolak ke wedding Azuan Shah di Bangi, Dayah and Mior di Semenyih, lastly ke rumah Badrul Hisham di Taman Koperasi Cuepacs.

Memang penuh jadual aku.. petang baru balik~

Majlis Pertunangan Siti Aishah Mohd. Yusof

Last week agak penuh dan memenatkan tetapi puas dan gembira.

Jumaat aku bercuti untuk bantu Ecah dengan majlis pertunangannya.

Pagi kami ke Pasar Kajang untuk cari daun sirih. Katanya Mama dah ‘order’ dengan makcik yang jual ulam-ulam tu. Alangkah ralatnya kami rasa bila makcik tu kata dia tak order pun daripada pembekal daun tu. Ecah dah down sebab sirih tu untuk hantaran – sirih junjung yang Auntie Ani nak gubah. Mama dah pesan dalam 200 helai untuk digunakan. Ada request khas plak tu, mesti nak sirih Melayu. Sebab warnanya hijau dan mudah dibentuk. Malang sungguh kami terpaksa survey sirih dari kedai India  yang turut sama offer untuk jual. 100 keping RM6. Warnanya kekuningan (kata Auntie Ani, cepat pecah. Aku rasa aku boleh bayangkan rupa daun tu kalau pecah.. J)
Kami lalu semula depan gerai makcik sirih tu. Dia pun panggil, “Dik..dik, ni ada orang lain punya dia pesan 2 minggu lepas. Ada 100 lebih je. Ambil la..”

Ecah pun amik le. Hopefully cukup.
Dalam hati aku, “agaknye dengan semua orang yang deal dengan makcik ni dia cakap macam tu. Yang order kita dia pi bagi kat orang lain. Order orang lain dia bagi kat kita. Apadaa~ kalah auntie kat gerai India tu~”

Then kami ke Office Ecah untuk jemput kek cawan yang officemate dia buatkan untuk majlis ni. Ecah order daripada officemate dia.

Bila dia turun dari office sambil bawak cupcakes tu, aku tengok muka dia sedih lagi. Awat plak ni?
Dia tunjuk kotak cupcakes tu. Laaa, kesian..buruk benor ghopenye cupcakes untuk majlis tunang dia. Isk isk isk kesian~

So aku suggest untuk cari barang2 kat kedai kek untuk ‘modified’ supaya nampak elok skek.. kami singgah Best Mark Trading untuk mencari bekas baru.

Kami pun bertolak balik rumah J sambil memikir mana nak cekau sirih.. Ecah tetiba kata depan rumah Pakcik Si Dol ada pokok sirih menjalar riang. So kami patut kesana untuk memetik dalam setangkai dua (kami petik 50 tangkai..hehe). kami minta izin ok~fuh~

Balik rumah dan prepare untuk kemas2rumah Nenek di Taman Mesra (tempat kejadian majlis tunang ini)

Pinjam


Aku tak suka meminjam. Tapi lepas berbincang dan berdebat dengan kawan2 yang aku percayai, rasanya aku perlu meminjam.
Kepada diluar sana, jangan ikut jejak langkah aku k..