Pages

Saturday, May 12, 2012

Back To Nature V: Kuala Kenong Rimba Park

Jurnal hari 2: 


Pagi gegirl bangun jam 6.30pg. Aku terus mandi,yayak dan solat subuh kat surau.nampaknya majoriti boboy juga jaga timing solat masing2. Alhamdulillah.


Lepas breakfast, kami berkumpul ramai2 untuk xtvt caving. Aktiviti ni semua join. Jam 9 pagi kami bkumpul untuk streching. Diketuai oleh Dous. Guide kami pagi ini Khayyam lagi.me follow~ 


Gua pertama adalah Gua Buta. Ada 4 portion dlm gua tu. Entrance,Twilight,Dark Zone n Exit. If kami ke atas kami akan terus ke puncak. So memandangkan stamina dah tinggal nyawa2 ikan, kami pun request untuk keluar. Setelah melalui pjalanan yg penuh dgn liku2..kami pun selamat sampai ke bawah. Rest sekejap dalam 20 minit,kumpulan yg naik ke puncak pun sampai. 


Then kami teruskan pulak ke Gua Hijau. Kitorang bjalan dlm 15 minit je. Kat sini ada kelawar yg mkn buah. Tahi dia busuk.. Semacam je bau dia. Sebelah tu ada sungai yg sgt cantik :) ada jambatan yang sambung antara hutan dan gua. masuk je dalam, masyaALLAH! it was so beautiful :') the cave was called Green sebab memang dinding gua tu hijau warnanya. kata guide sebab alga yg tumbuh dlm gua tu. bising sangat kelawar yg ada dlm tu. kami tak boleh bercakap dengan suara yg tinggi. kelawar ada sistem sonar. so kita taknak kacau dia dan kita taknak dia kacau kita :)


Kami tgok orang memancing dalam 30 minit, ada plak yang  tak tahan tgok sungai, terus masuk berenang pun ada. memang rileks sangat :) lupa langsung dengan hal luar...


En. Azam (Caretaker Kenong Rimba Park) ada maklumkan, Forest is for Rest. memang la sangat betul.
aku tak pernah minat masuk hutan. tak pernah minat nak jadi adventurous bagai.. tapi entah kenapa kali ini rasa terpanggil untuk join program Back to Nature V yg Kelab Kilat buat. alhamdulillah aku tak ketinggalan dalam pengalaman best ni...


after that, kami rest, makan and berkumpul semula dalam jam 3 ptg. kami lepak lebih kurang 2-3 jam sebelum masuk sungai for River Trekking. 2 jam jugak kami berendam dlm air.. Seronok plus penat sebb beberapa kali tenggelam dlm air.mmg pglmn kolam renang n sungai sgt berbeza. masa perjalanan balik ke tempat turun sungai, kami bawa balik kayu balak. aku biasa tgok org kampung main ni dlm TV. tak sangka ada peluang main balak dalam air juga masa trip ni.


malam tu dinner. kami dimaklumkan (kemudian) BBQ tu adalah daging kijang. ada ikan, ada ayam juga. kuah asam best! kuah BBQ tak sedap sgt..masin :P kami bertambah mkn lauk je..nasi goreng tak berapa nk laku :) memang licin semuanya...


malam ada sesi perkongsian pengalaman.. dengan caretaker, En. Azam...sesi habis jam 1.00pg.. macam2 ada... :)